al quran- senaskah

hubungi meor - 0125964886 utk membeli

Dec 21, 2010

byk yg banyak

assalamualaikum dunia..
adalah teramat jauh disudut hati untuk mencoret apa aku fikirkan.terlalu byk utk di postkan,namun ada saje yg menghalang.bermula dr awal hijrah hingga kini,byk isu ,perkara,kejadian dan mcm2 lagi.tp apakan daya di batas masa dan kemudahan internet yg terbatas.di tambah hebat oleh kepala otak yg gagal mengeluarkan dlm bentuk taip,bentuk teks blog..nanti2 la.dan harap2 la.
ku berdoa agar ku tdk tersasar jauh dr landasan yg ku target...selamat maal hijrah!!!!

Dec 2, 2010

pergi tak kembali

assalamualaikum....
saya mengucapkan takziah ke atas arwah hj abd aziz.al fathihah

Nov 25, 2010

teruna dan dara

TERUNA-akhirnya inilah saat yang aku tunggu sekian lama
DARA- Apakah kau rela kalau aku pergi?
TERUNA-tentu tidak!! jangan sesekali kau berkata demekian!!
Dara- Apakah kau mencintai ku sepenuh hati?
TERUNA-Tentu sekali !! selamanya akan tetap begini sayangku
Dara - apakah kau pernah curang ?
teruna- Tidak!! aku x akan berkelakuan sebegitu buruk.!!!
DARA- mAHUKAH KAU menciumku?
TerUNa- Ya
DARA- sayangku !!!

selepas 5 tahun perkahwinan baca dari bawah ke atas pulak!!!!
HEHEHEHE

Nov 23, 2010

perjalana ke besut

assalamualaikum semua

pada 21 hb nov aku bersama mak,adik ipar dan sekelurga ke terengganu..
hahaha.drive ikut grik.mak aik jauh betoi.jam 630pg sdh bertolak dr ipoh.sejuk.sampai grik mkn pagi.dan teruskan perjalanan.1st sampai kelantan,rantau panjang.tau la kl dan berjalan dgn org pompan,setakat sejam dua tu xcukup beb!!

gua layan anak2 gua je la.fuh satu pekan gua kejar mengajar depa.mcm pelesit.barang sini memang murah utk bt berniaga.angkat byk sure murah.tp yg tertarik menarik memang debom cd2 thai n dikir barat.fuh layan tu.melihat jersi2 di sini memang rasa semua nak beli..tp tu la xdan nak beli anak2 gua dah hilang.terpaksa mencari mereka kembali..cincin dan bt permata ada la jgk tp xberapa cantik.last2 beras siam cap pisang jgk aku sambar!!! 9kg=rm33.xleh beli byk kata penjual di situ.mujur xbeli sbb masa nak kuar dr situ kete gua kena bukak bonet..kena cek la siot.nasib lepas.

aku pun teruskan perjalaananku..ke bachok .singah rumah member bini gua.katanya ada kain murah2.xmurah pun.kat masjid india gua bleh dapat muarah lagi!!! dah lunch teruskan perjalanan ke besut.
berpinor jgk cr besut.ptg dah hujan,so terus ke chalet yg telah ditempah.tepi pantai.fuh layan panorama magrib di tepi pantai.tp gua layan sekejap je.pastu tido

sambung esok la.

Nov 4, 2010

sujud

Hikmah sujud -

Sujud lega sistem pernafasan

Mungkin ramai di kalangan umat Islam tidak sedar mengenai pelbagai hikmah yang tersembunyi ketika sujud. Pada hal, kita perlu sedar bahawa tiada suatu pun ciptaan dan suruhan Allah s.w.t. yang sia-sia, malahan setiap ciptaan itu mempunyai kelebihan yang selalunya tidak terjangkau akal manusia. Manusia melakukan sujud dalam dua bentuk, iaitu sujud fizikal seperti ketika bersolat dan sujud spiritual berbentuk ketaatan kepada perintah Allah s.w.t. dan menjauhi laranganNya. Ulama mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling hampir dengan Allah s.w.t. dan mereka menggalakkan kita bersujud lebih lama. Antara hikmah lain sujud adalah melegakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya.

Bernafas ketika sujud pula boleh:

- membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya.

- membetulkan pundi peranakan yang jatuh.

- melegakan sakit hernia. (burut)

- mengurangkan sakit senggugut ketika haid.

- melegakan paru-paru daripada ketegangan.

- mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa.

- kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh.

- meringankan bahagian pelvis.

- memberi dorongan supaya mudah tidur.

- menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud.

- pergerakan otot itu menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik, secara automatik memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik.

- bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik, mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada.

- mengurangkan kegemukan.

- pergerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut (convulsions).

- organ terpenting iaitu otak manusia menerima banyak bekalan darah dan oksigen.

- mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya.

Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha Pencipta sekaligus mengikis sifat sombong, riak, takbur dan sebagainya.

Dari segi perubatan, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentality seseorang. Menurut kajian, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki darah sedangkan setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal dan sempurna.

Nov 2, 2010

balasan

بسم الله الرحمن الرحيم

kita sering mendengar pelbagai cerita dr mastika dan buku2 sewaktu dgn nya.baca saja la,tp x amik ikhtibar dan akibat.aku baru lepas baca blog ttg benda ni.share la ngan korang.citer ni memang dah ada berlaku dan lama dah aku dengar dr kuliah2 marghir di surau aku.tuan2 guru aku sering cerita yg lebih dasat dr ini.la ni sekarang citer dr blog td aku baca.sama2 la renung dan beranikan diri tuan2 dan puan2.Suatu cerita yang telah berlaku beberapa tahun dulu di Makkah …Kisah Benar … kisah yang boleh kita renungkan bersama serta jadikan panduan dalam diri kita ini. Kisah yang anda baca ini bukannya datang dari majalah Mastika atau majalah2 tabloid tetapi kisah dari tanah perkuburan Sa’raya, Makkah.

Pada beberapa tahun dahulu ada seorang perempuan yang berumur 40an telah meninggal dunia. Mereka telah mengusung jenazah beliau untuk dikebumikan di tanah perkuburan Al Ma’ala yakni lebih kurang 2 kilometer dari Masjidil Haram selepas solat zuhur. Apabila sampai sahaja di tanah perkuburan tersebut, alangkah terperanjatnya mereka bila mendapati se ekor ular yang berwarna Hitam sebesar peha bersisik tebal telah berada di dalam liang lahat (dalam kubur tersebut). Subhanallah … keadaan ular tersebut amat menggerukan. Mereka pun terus berlalu dari situ dan membawa jenazah wanita tersebut ke tanah perkuburan yang lain yakni di tanah perkuburan Sa’raya lebih kurang setengah jam memandu dari situ (8 km Jauhnya) . Apabila mereka sampai di tanah perkuburan tersebut, rupa-rupanya Ular Hitam yang sama juga telah menunggu jenazah wanita yang ingin dikebumikan di situ. Allahuakbar … mereka mengambil keputusan untuk memindahkan serta mengangkat ular tersebut dan letakkan di luar yakni berjauhan sedikit dari kawasan tersebut dan mengkebumikan jenazah wanita itu (yang peliknya Ular Hitam itu tidak melakukan apa-apa bila disentuh oleh mereka).

selepas sahaja mereka mengkebumikan mayat wanita itu, tiba-tiba Ular Hitam yang diletakkan berjauhan dari situ terus datang menjalar dengan pantas dan masuk meluru ke dalam kubur wanita itu. MasyaAllah (seperti menjunam kedalam swimming pool dari atas – keadaan sewaktu ular itu masuk ke dalam kubur). Dengan beberapa seketika mereka mendengar bunyi seperti dahan-dahan pokok yang dipatah patahkan dan apabila mereka melihat ke dalam kubur wanita tersebut, alangkah terperanjatnya kerana Ular Hitam sedang membelit jenazah wanita itu serta mematah matahkan tulang jenazah itu … Subhanallah.Ada beberapa orang yang berada di persekitaran kubur itu turut pengsan melihat kejadian itu. Selepas diselidiki kenapa perkara tersebut boleh terjadi, rupa-rupanya sewaktu hayatnya, wanita tersebut suka melewat lewatkan Solatnya.bukan sahaja penting WANITA,TETAPI LELAKI.

Marilah kita ambil iktibar dan pedoman dari kejadian ini. Semoga Allah swt kuatkan iman kita dalam mendirikan solat 5 waktu daripada gangguan syaitan dan iblis insyaAllah. Ini baru seksaan di dunia akibat melewatkan solat….Bagaimana kalau tak solat…..

Oct 28, 2010

SIMPLE TP KESANNYA...

Pagi Jumaat....

Pada setiap Jumaat, selepas selesai menunaikan solat Jumaat, seorang Imam dan anaknya yang berumur 7 tahun akan berjalan menyusuri jalan di kota itu dan menyebarkan risalah bertajuk "Jalan-jalan Syurga" dan beberapa karya Islamik yang lain.Pada satu Jumaat yang indah, pada ketika Imam dan anaknya itu hendak keluar seperti biasa meghulurkan risalah-risalah Islam itu, hari itu menjadi amat dingin dan hujan mulai turun.Anak kecil itu mula membetulkan jubahnya yang masih kering dan panas dan seraya berkata "Ayah! Saya dah bersedia"

Ayahnya terkejut dan berkata "Bersedia untuk apa?". "Ayah bukankah ini masanya kita akan keluar menyampaikan risalah Allah"

"Anakku! Bukankah sejuk keadaan di luar tu dan hujan juga agak lebat"

"Ayah bukankah masih ada manusia yang akan masuk neraka walaupun ketika hujan turun"

Ayahnya menambah "Ayah tidak bersedia hendak keluar dalam keadaan cuaca sebegini"

Dengan merintih anaknya merayu "Benarkan saya pergi ayah?"

Ayahnya berasa agak ragu-ragu namun menyerahkan risalah-risalah itu kepada anaknya "Pergilah nak dan berhati-hatilah. Allah bersama-sama kamu!"

"Terima kasih Ayah" Dengan wajah bersinar-sinar anaknya itu pergi meredah hujan dan susuk tubuh kecil itu hilang dalam kelebatan hujan itu.

Anak kecil itu pun menyerahkan risalah-risalah tersebut kepada sesiapa pun yang dijumpainya. Begitu juga dia akan mengetuk setiap rumah dan memberikan risalah itu kepada penghuninya.Setelah dua jam, hanya tinggal satu saja risalah "Jalan-jalan Syurga" ada pada tangannya. DIa berasakan tanggungjawabnya tidak akan selesai jika masih ada risalah di tangannya. Dia berpusing-pusing ke sana dan ke mari mencari siapa yang akan diserahkan risalah terakhirnya itu namun gagal.Akhirnya dia ternampak satu rumah yang agak terperosok di jalan itu dan mula mengatur langkah menghampiri rumah itu. Apabila sampai sahaja anak itu di rumah itu, lantas ditekannya loceng rumah itu sekali. Ditunggunya sebentar dan ditekan sekali lagi namun tiada jawapan. Diketuk pula pintu itu namun sekali lagi tiada jawapan. Ada sesuatu yang memegangnya daripada pergi, mungkin rumah inilah harapannya agar risalah ini diserahkan. Dia mengambil keputusan menekan loceng sekali lagi. Akhirnya pintu rumah itu dibuka.Berdiri di depan pintu adalah seorang perempuan dalam lingkungan 50an. Mukanya suram dan sedih. "Nak, apa yang makcik boleh bantu?"Wajahnya bersinar-sinar seolah-olah malaikat yang turun dari langit. "Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik. Saya datang ini hanya hendak menyerahkan risalah akhir ini dan makcik adalah orang yang paling bertuah". Dia senyum dan tunduk hormat sebelum melangkah pergi."Terima kasih nak dan Tuhan akan melindungi kamu" dalam nada yang lembutMinggu berikutnya sebelum waktu solat Jumaat bermula, seperti biasa Imam memberikan ceramahnya. Sebelum selesai dia bertanya " Ada sesiapa nak menyatakan sesuatu"

Tiba-tiba sekujur tubuh bangun dengan perlahan dan berdiri. Dia adalah perempuan separuh umur itu. "Saya rasa tiada sesiapa dalam perhimpunan ini yang kenal saya. Saya tak pernah hadir ke majlis ini walaupun sekali. Untuk pengetahuan anda, sebelum Jumaat minggu lepas saya bukan seorang Muslim. Suami saya meninggal beberapa tahun lepas dan meninggalkan saya keseorangan dalam dunia ini" Air mata mulai bergenang di kelopak matanya.

"Pada Jumaat minggu lepas saya mengambil keputusan untuk membunuh diri. Jadi saya ambil kerusi dan tali. Saya letakkan kerusi di atas tangga menghadap anak tangga menuruni. Saya ikat hujung tali di galang atas dan hujung satu lagi diketatkan di leher. Apabila tiba saat saya untuk terjun, tiba-tiba loceng rumah saya berbunyi. Saya tunggu sebentar, pada anggapan saya, siapa pun yang menekan itu akan pergi jika tidak dijawab. Kemudian ia berbunyi lagi. Kemudian saya mendengar ketukan dan loceng ditekan sekali lagi".

"Saya bertanya sekali lagi. Belum pernah pun ada orang yang tekan loceng ini setelah sekian lama. Lantas saya melonggarkan tali di leher dan terus pergi ke pintu"

"Seumur hidup saya belum pernah saya melihat anak yang comel itu. Senyumannya benar-benar ikhlas dan suaranya seperti malaikat". "Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik" itulah kata-kata yang paling indah yang saya dengar".

"Saya melihatnya pergi kembali menyusuri hujan. Saya kemudian menutup pintu dan terus baca risalah itu setiap muka surat . Akhirnya kerusi dan tali yang hampir-hampir menyentap nyawa saya diletakkan semula ditempat asal mereka. Aku tak perlukan itu lagi".

"Lihatlah, sekarang saya sudah menjadi seorang yang bahagia, yang menjadi hamba kepada Tuhan yang satu ALLAH. Di belakang risalah terdapat alamat ini dan itulah sebabnya saya di sini hari ini. Jika tidak disebabkan malaikat kecil yang datang pada hari itu tentunya roh saya ini akan berada selama-lamanya di dalam neraka"

Tiada satu pun anak mata di masjid itu yang masih kering. Ramai pula yang berteriak dan bertakbir ALLAHUAKBAR!

Imam lantas turun dengan pantas dari mimbar lantas terus memeluk anaknya yang berada di kaki mimbar dan menangis sesungguh-sungguh hatinya.Jumaat ini dikira Jumaat yang paling indah dalam hidupnya. Tiada anugerah yang amat besar dari apa yang dia ada pada hari ini. Iaitu anugerah yang sekarang berada di dalam pelukannya. Seorang anak yang seumpama malaikat.Biarkanlah air mata itu menitis. Air mata itu anugerah ALLAH kepada makhlukNya yang penyayang.Panjangkanlah risalah ini. Ingat ALLAH sentiasa menyayangi dan memelihara kamu!

TAKBIR!! ALLAHUAKBAR!

Wassallam


Contoh Surat Perjanjian Sewa Rumah Kediaman -

Oct 27, 2010

1ST STEP

ok la



OK…Bagaimana Caranya.?…

Caranya gini, pada 31 Julai 09 lalu based pada carta, harga emas dah kira rendah tuuu. So saya pun beli Gold Bar 100 gm Public Gold untuk cuba-cuba menyimpan. Kemudian, pada 14 Sept 09, saya pergi pajak Gold Bar 100 gm itu dan saya dapat pinjaman tunai RM8580 dengan upah simpan RM98.23 sebulan. Cuba tengok carta bawah ni, nampak rendahkan harga emas masa tu.

Dengan modal ini, saya beli emas gold bar PG 20gm dan 50 gm pada harga rm2420 dan RM6021 masing-masing, sebagai stok jualan. Boleh tengok contoh Surat Pajak Ar Rahnu Bank Rakyat dipajak pada 14 Sept 09.

Kemudian, pada 10 Oktober, harga dah kira tinggi jugalah berdasarkan pada carta emas, jika saya jualkan balik Gold Bar 100 gm itu pada Public Gold, maka harganya RM11780. Bermakna saya akan dapat balik modal saya RM11276 bersama keuntungan.

Kemudian pula, sebagai agen PG saya telah berjaya menjual balik Gold Bar 20 gm dan 50 gm itu kepada rakan saya dengan harga RM2533 dan RM6304 masing-masing, kedua-duanyanya pada 8 Okt 09. Pada 9 Okt saya pergi tebus semula Gold Bar itu dengan modal hasil jualan itu. Boleh lihat contoh resit tebus emas Ar Rahnu Bank Rakyat;

Jadi, untungkah saya dengan proses Pajak Gadai ini?

OK, jom kita buat kiraan skit, adakah saya untung dengan semua transaksi ini?

1. Keuntungan dari transaksi jual beli Gold Bar 20 gm dan 50 gm ialah;

Untung 20 gm : RM2533 - RM 2420 = RM113

Untung 50 gm : RM6304 - RM6021 = RM283

2. Untung dari Kenaikan Harga Emas Gold Bar 100 gm

Untung 100 gm : RM11780- RM11276 = RM504

3. Komisen jualan oleh Public Gold

4. Tolak kos Upah Simpan Ar Rahnu

Kos simpan : RM81.40

5. Untung Bersih kesemuanya

RM113 + RM283 + RM504 - RM81.40 = RM818.60 + komisen jualan

Jika anda selaku pelabur EMAS sahaja, maka keuntungan anda hasil dari menggunakan Teknik Pelaburan Emas Jangka Pendek ini adalah;

RM504 - RM81.40 = RM422.60

Dalam jangka masa +/- 3 bulan sahaja…duduk diam-diam dapat duit sebab emas naik harga…..he he…..

Jadi ini membuktikan emas mampu menjana pulangan singkat jika kena caranya dan apa kata kali ini kita ubah mentaliti kita jangan jadikan Institusi Pajak Gadai Ar Rahnu sebagai jalan terakhir jika dah terdesak nak pakai wang, sebaliknya jadikan ia tempat untuk kita menjana pendapatan lumayan daripadanya dengan konsep “OPM”.

IHSAN DR SAUDARA SYuKUR jutawanemas.com


So jika saya pun boleh, anda pun boleh juga……contact saya

MEOR-0125964886.

Oct 25, 2010

magis

Rahsia segala rahsia

Menjadi Jutawan Dalam Masa Sebulan

Sekarang nie sibuk semua orang nak jadi kaya dengan MLM. Tak payah jual barang cuma cari downline je dah boleh jadi jutawan. Kaya raya. Duit pakai sampai ke anak cucu pun tak habis. Tapi kami dah jumpa satu MLM yang paling hebat. Tak perlu cari downline, tak perlu jual produk. Dalam masa sebulan kami guarantee anda akan jadi jutawan.
Sila baca artikel ini sepenuhnya untuk mengetahui rahsia menjadi jutawan MLM dalam masa sebulan.

Hari minggu tu hari, aku diajak mendengar satu presentation MLM. Apa yang aku agak berlaku, biasalah MLM ..tepuk! tepuk! Anda Hebat!
Jadi Kali ini tawaran lagi hebat! Tidak perlu push orang, tak perlu cari kaki downline, tak perlu networking marketing, tak perlu maintain bulanan kerana peluang untuk menjadi 'jutawan kekal' ni datang sekali dalam sebulan.


Solat fardhu sendirian diganjarkan oleh Allah swt 1 pahala.
Solat fardhu berjemaah diganjarkan Allah swt 27 pahala
Solat fardhu berjemaah seseorang yang berkahwin 10 kali ganda iaitu diganjarkan oleh Allah swt 270 pahala
Solat fardhu berjemaah seseorang yang berkahwin didalam ramadhan diganjarkan oleh Allah swt 70 kali ganda iaitu 18900 pahala
Solat fardhu seseorang itu tadi 5 kali sehari semalam iaitu diganjarkan oleh Allah swt 94500 pahala
Mari kita tukarkan dalam bentuk RM.
Solat fardhu sendirian diganjarkan oleh allah swt rm 1.00
Solat fardhu berjemaah diganjarkan allah swt rm 27.00
Solat fardhu berjemaah seseorang yg berkahwin 10 kali ganda iaitu diganjarkan oleh Allah swt rm 270.00
Solat fardhu berjemaah seseorang yg berkahwin didalam ramadhan diganjarkan oleh Allah swt 70 kali ganda iaitu rm 18,900.00
Solat fardhu seseorang itu tadi 5 kali sehari semalam iaitu diganjarkan oleh Allah swt rm 94,500.00 satu hari!!!
Pahala solat dalam 30 hari dalam bulan ramadhan rm 2,835,000.00
Wow! Masya allah kita sudah jadi jutawan hanya dalam bulan ramadhan 30 hari Sahaja!!!!
Nabi saw memberitahu sekiranya kita membaca al-quran sebagai contoh Alif Laaaaaam miim, maka allah akan memberikan pahala atas setiapnya. Sahabat pun Bertanya satu perkataan satu pahalakah?
Nabi saw memberitahu lagi bukan begitu, allah swt memberikan pahala Alif 1 pahala Lam 1 pahala dan mim 1 pahala.
Wow!!! Bila kita baca al-quran dalam ramadhan ini dan ditukarkan dalam rm Berapakah jumlahnya?
Bagaimana dengan zikir, sadaqah, solat sunat, zakat,puasa, malam lailatul qadar dan lain-lain lagi?
Sesungguhnya allah swt itu teramat maha pemurah dan maha kaya. Tidak ada Mana-mana perniagaan, pekerjaan, multi level marketing, jutawan internet dan Lain lain dalam dunia yang mampu menawarkan bonus sebanyak ini!!!
Bagaimana dengan anda? Masih nak jadi papa kedana atau jadi jutawan!!!!! Ayuh Ajak keluarga, rakan dan yang lainnya menyertai kami menjadi jutawan jangan Lepaskan peluang ini sebelum terlambat dan tarikh tutup sampai.
Tetapi sedihnya masih ramai kita yang mahu miskin didunia dan miskin di akhirat!
Mengapa?
Alah swt juga mengajar kita bahawa sesungguhnya kita manusia ini senantiasa (diulangi senantiasa) berada dalam kerugian melainkan mereka yang berpesan-pesan dengan kebenaran dan juga di dalam kesabaran.
Tak guna jika kita ada degree ke, jadi akauntan ke, master in business admin (mba) ke, kalau tak tau nak kira untung rugi berniaga dengan Allah swt.
Jadi mari kita lihat siapa yang untung siapa yang rugi!!!!!!
*sesungguhnya rm1.00 tak mungkin sama nilai dengan 1 pahala allah swt. Hanya Allah sahaja yang tahu berapa besar nilainya satu pahala itu. Renungkanlah.

Oct 12, 2010

kenangan

saban tahun keluarga mentua gua pun rutin adalah bergambar di studio di hari raya.tp kali ni lambat sikit sbb yong gua dpt baby baru..sampai studio anak2 kecik memang otai.hanis semua brg studio di terokai depe.letih..dan inilah hasilnyeee

kenangan

saban tahun keluarga mentua gua pun rutin adalah bergambar di studio di hari raya.tp kali ni lambat sikit sbb yong gua dpt baby baru..sampai studio anak2 kecik memang otai.hanis semua brg studio di terokai depe.letih..dan inilah hasilnyeee

Oct 5, 2010

hari raya

banyak perkara dilakukan.1st raya di rumah mak aku.pastu br beraya di rumah mertua.seronok melihat kelibat anak2 dan anak2 buah.semoga bergembira di hari raya...selamat hari raya..

Sep 20, 2010

pergi tak kembali

al fathihah

aku di telefon oleh sahabat aku.
baru sahaja ayah mentua meninggal,ini pula subuh td perginya tak kembali emak mentua bg helmi..
moga roh ditempatkan oleh ALLAH di tempat org2 yg soleh dan solehah.
sahabatku,,, tabahkan hati mu dan cekap sebagai hamba -NYA....

?????

big ?

Sep 15, 2010

KEMERIAHAN AIDILFITRI

MAKSUDNYA

kembali kepada fitrah kejadian.di hari raya maksud itu terlaksana.
kemeriahan lebih teruja kepada anak2 ku
dengan mercun dan bunga api.apatah lagi duit raya.kayo!!



zahin yg cemburu yob nya



yob tgk tunggu turn nak amik air sembahyang..
mcm ye je...


dalam kereta menuju ke masjid solat raya....sudahnyaaaa



zahin with mama

raya seterusnya...

hari raya-SENDIRI

assalammualaikum dunia.

hari raya di sambut meriah di seluruh dunia.raya tahun ni 2010,apa yg berlaku macam2 ada.hahahaha.tapi raya tahun ni lebih kepada anak2 la.aku mcm biasa je.cuma kali ni pada ku lebih terasa SENDIRI.

SENDIRI merenung diri yg serba kekurangan dan kerdil.tiba2 setiap kaya lagu raya dimainkan air mata seolah2 mengalir keluar namun tiada titisannya.apabila memohon maaf terhadap kedua ibu bapa,lebih2 lagi emak.air mata ku tumpah setumpahnye air mana emak di pagi raya.aku rasakan dosaku terhadap emak sebesar gunung.sedih dan hiba mengundang suasana hiba.pagi raya ku tidak ke pusara opah kerana terlalu SENDIRI.

Sep 8, 2010

menu



ayam penyek.....

hai..tinggal restoran ni je kosong sejak pukul 1 tadi aku menempahnya.dr hotel sampai la ke kedai wongeh.semua dah penuh.maksudnya org2 yg berpose ni semua mewah.mewah mkn dan duit.tempah yg purata rm35 keatas semua full.

jadi dah telah ni je yg kosong aku pun boking la.ingatkan buffet,tp penyek.hahaha
merasa la bwk mak bapak aku mkn makanan indonesia dan jawa ni.tempahan aku rupenya meja yg terakhir.memandangkan ada upacara hari jadi lalu ku teruskan niat mengajak mak bapa aku sekali.berat hati sebenarnye bapak aku,sbb jenis yg bukan suka berjalan.
sampai2 je separuh kedai dah penuh.ada satu family besar.berlagak je rupenye.
mcm dia sorang je mkn kat situ.jam dah hampir berbuke tp juadah belum sampai.cuma air je yg sampai.menu menarik.rasa pun sedap.cuma sayur je kureng la.
anywhere ....alhamdullillah



selamat hari lahir sayang(sambungan)




pose waijb tayang zarif

upacara kucalana

zahin n mama

zahin mengambil tempat

bersama opah

assalamualaikum dunia...
moga cahaya ramadhan terus bersinar.

fuh penat membuat tempahan utk berbuke akhirnya disini la tempatnye..
hari lahir zarif dan majlis berbuka pose bersama keluarga.

Sep 7, 2010

selamat hari lahir sayang





yang ke-3

dah besor anak abah ni.moga bijak pandai dan cerdik tauladan.pandai hingga memandai

dirimu umpama cahaya bg hidup ini,
terang lagi menyinari kegelapan,
pasti dan terang ke mata lalu di hati,
mulutmu petah umpama khalifah muda,

perihal kata2 laksana bulan terang,
bahasa tubuh bak hujan mencurah,
penuh kias lg tersirat,
tersirat maksud ibumu berkata2.

hubungan antara kita cemburuan umum,
auramu terpancar hingga dua jiwa,
emas ku pegang kurang nilainya dr dirimu sayang,
akan ku jaga naluri dan jiwa mu..






Sep 3, 2010

sama DGN = je

cerita pagi

assalammualaikum dunia....
di pagi ni,aku dikejut kan kot!! xpun terkejut.citenya :
seorg tua pesakit aku la,mengadu or meminta bantuan or memperli aku?ntah la
kesian tu memang la tp aku ni ...

dia menstorykan kat aku,ttg anak dan kehidupan tuanya.katanya`` nak ,pakcik ni sedih la.anak2 bkn ada masa layan aku ni.semua buat hal sendiri.nak g klinik pun susah.depe xtau ke pakcik susah?"
fuh nak jawab apa la aku ni?xkan nak nasihat dia kot.betul kata org dulu2,mak bapa seorg bleh menjaga anak 10 ,tp anak 10 org belum tentu dapat menjaga dan membelai mak bapa nan satu!!!
dah la pagi2 td dlm perjalanan ke lab,kudgr alunan lagu2 raya yg meninsafkan.terasa aku ni sedih sgt la sepjg perjalanan td.ku katakan pada isteri utk membeli bj raya anak2 pd rehat sat g,tiba2 je hiba.setiap bait2 lg raya aku teringatkan masa pg raya,masa bermaaf2an dgn mak bapak aku.mungkin aku terlalu byk dosa pd mereka.ku harap aku dapat menghabiskan masa2 indah bersama mereka pada pagi raya nanti.insyaallah.

jelas terpancar kesedihan pada wajah pakcik tu..
kadang2 apa yg pakcik tu ckp kena je pada aku.aku ni sama dgn je. = lebih kurang

ibu ampunkan dosaku
ayah ampunkan daku...

mentaliti diseru

assalammualaikum....
begitu letih la.pergi pagi pulang petang,.agenda utk menghantar adik ku ke tempat keje barunya.citenya jauh n usang.dapat rumah pun ya allah ,teruknya.
rumah felda 1st fasa!!! FELDA SG TENGI..

ku harap adik aku dapat menyesuaikan dirinya n mentalnye.berdasarkan sosialiti nya,entahla..dah la bergaya dgn branded2 gajet!!entah la.hanya ku serunye jgn tinggal sembahyang dah la.doaku terhadap adik ku yg memulakan hidup barunya.

Sep 1, 2010

IJOK

aku dijadualkan menghantar adik aku ke felda ijok
nantikan dimana kah ia.sure cerok gila ni..
ijok akan ku jejaki
tp......

1/9/2010@5.01pm.....

cuti yg panjang

pelbagai perkara dilakukan

paling best beli baju anak2...
bkn beli baju,beli bunga api n benda memain je
aduhai zarif n zahin


.......

Aug 30, 2010

cuti lama

aktiviti

-ke KL,sesat di kLsentral.
-hotel KL internasiaonal
-pak yob
-masjid india,tiada tempat solat jumaat
-sogo yg sesak n semak
-peace at maju junction
-kedai duit lama
-chow kit
-berbuka di istana budaya.

Aug 25, 2010

keredhaan

keredhaan ALLAH adalah keredhaan IBU BAPA.

PADA satu petang dibulan ramadhan,ishh mcm tulisan kanak2 pulak.hahaha.
ok serius meor!!!

balik je dari kerja terus ke rumah mak,singgah jap.tp x berbuke pose sana.masuk je rumah abah cakap mak kerumah jiran.depan rumah je.sakit katanya.apalagi aku terus ke sana.sampai je aku bg salam.masuk2 tgk dia kena sakit kayap.kat kepala tu.cian betul.dia ckp panas nak mampus.
tapi bukan tu mesej gua,anak dia member aku.tp keje luar perak dah la ni.anak sulung.sembang je apa yg patut.yg pedih dan aku marahnye ttg anak dia ni la.dah la call jarang2.apa yg diceritakan oleh mak dia la.call je semlm bkn nak tanya khabar ke>?just to say i balik raya ke 3 nanti..
ayooo...luluh hati mak dia.anak dia ckp mcm tu.dah la balik raya lambat..xtanya khabar.mcm2 la bila dah mak bapak buka cerita.biasala keje private memang la bz,tp tanya la khabar dulu.disini etika terhadap ibu bapa tiada.habis cerita..
sepanjang aku balik ke rumah aku,dibawa ke mlm selepas terawih,aku terfikir.apa mamat ni dah buat?apa yg perlu aku buat?
lalu aku call dia n story A-Z.terpulang la kepada dia.sbb aku rasa dah jd tanggungjawab aku.nasihat kat dia ttg kelebihan ibubapa.nasihat kat diri aku sekali.hari ni call tanya dia ckp mak dia merajuk dgn dia.moga di hari raya ni ada la sesi kemaafan antara dia n keluarga dia.insyallah..


Aug 23, 2010

duka dan suka

duka...

al fathihah di ucapkan kepada emak pn zurida mazlan.telah kembali kerahmuttallah pd jumaat lepas.takkala org semua menyambut ramadhan yg mulia.aku berserta abd mubin bergegas ke taiping utk urusan ziarah.dia kawan sebidang kami.dan lebih pada aku kerana pernah menyulam kasih dengan dia.namun jodoh tiada.aku pernah berjumpe 2x emak dia.masa pergi kerumah dia.emak dia very simple.senang dengan nya.baik orgnya.semoga di tempatkan dalam alam yg redha dan diberkhati.
sesampai kami di exit changkat jering,kami menelefon dan mendapat jawapn jenazah telah dikebumikan.memang xde rezeki kami.so kami mengambil keputusan utk solat jumaat terlebih dulu.selepas solat kami pun ke rumah utk menziarah ..disebabkan pose terasa la sedikit keletihan,namun di wajah mereka tergambar seribu rahsia.walaupun aku pernah mengenali zurida namun aku seperti org asing.moga di beri kekuatan.insyaallah.

suka

sabtu lepas aku bergegas pulang ke sg buloh.ke rumah kak ipar aku.diberitakan pagi sabtu sudah sampai masa untuk bersalin.aku dr kuala kangsar terus ke sana.lepas waktu berbuke kami sampai.berbuke kueh sahaja dlm kereta.tedala 10 lebih kami sampai di KPJ shah alam.namun bayi yg ditunggu masih belum lahir.pukul 12 lebih kami balik ke rumah.tup tup kul 130 abg ipar call mengatakan yong telah selamat melahirkan anak laki2.alhamdulliah..
seorg lagi umat nabi muhamad di lahirkan.

Aug 19, 2010

hampir sudah

10 malam pertama....

assalammualaikum dunia

sedar x sedar dah hampir 10 malam pertama ramadhan.rasullullah s.a.w. berkata ini adalah 10 malam keberkatan.apa sumbangan kita untuk anugerah ni?adakah kita telah rebut semua peluang keemasan ini?alangkah ruginya kita andai tidak melakukan sebarang tindakan utk ini...mungkinkah kita dapat bertemu ramadhan tahun depan?

Aug 18, 2010

ibu dan bapa

sebak

assalammualaikum dan salam ramadhan

sementara selesai solat tarawih semalam,diselangi oleh tazkirah oleh imam surau aku.
hadis dan sunnah nabi di selitkan oleh tuan imam.beberapa perkara menarik telah dikaitkan oleh imam.sejak bebuke tadi sampai solat abis byk benda yg disembangkan aku ngan imam.
salah satu tazkirah yg betoi2 masuk dlm kalbu aku adalh ttg AMIN yg di ucapkan nabi muhamad s.a.w.
ada satu hadis diriwayatkan nabi semasa menaiki tangga mimbar utk berkhutbah,nabi mengucapkan amin sebanyak 3 kali.iaitu setiap anak tangga satu amin sebanyak 3 anak tangga.para sahabat merasa hairan dgn amirulmukminin pada masa tu.lalu ditanya oleh para sahabat.''ya rasullullah,kenapa tuan mengucapkan amin tersebut?''
jawab rasullullah s.a.w.
''jibril mengatakan padaku,CILAKA la umat mu pada bulan ramadhan tidak di ampunkan dosa sehingga selesai ramadhan itu''

ah...ni la fenomena akhir zaman,lebih sedih lagi puasa ni dijadikan adat sahaja.bagi aku kesedihan ini akan berpanjang andai umat islam tidak mengamalkan solat ngan sempurna.mana mungkin puasa sempurna.sebak hatiku bila amin kedua diceritakan..
insyaallah ada masa kita menyampaikan lagi info walaupun sepotong ayat..

Aug 17, 2010

salam ramadhan...

assalamualaikum......
kumeharapkan ramadhan kali ni ada perubahan...ada tersirat jd nyata.ada logik dalam samar.
kali ini ku berpose sbg seorg sendiri.dimana aku berhenti,berbuke la aku.dimana sahurnye,disitu la subuhnye..
aku sorang2 di kala pose tahun ini.isteriku sambung belajar di KL.
sempena pose aku menjelajah setiap masjid dan surau.berbuke dan berjamaah..seminggu berpose pelbagai kerenah dan aktiviti di setiap perhentian ku telah dijalani..
tidak lupa di rumah mak bapak aku dan mertuaku..sedekah makan adalah paling ok.tiada makanan yg x sedap.cuma solat je kurang kyusuk..takkala malam ingatan terhadap anak2 dan isteri di bawa ke kamar tidur..ku mengharap ramadhan kali ni lebih sempurna...
insyaaallah.....

Aug 1, 2010

ujiAN

assalammualaikum...
demam dan kurang sihat..
turun dari cameronn terus selsema,mungkin badan ni dah tua..kurang imun..maybe ada gambar yg menyusur..

Jul 21, 2010

السلام عيكم ورحمة الله وبركاته

السلام عيكم ورحمة الله وبركاته

doa para malaikat


pembuka rezeki


kita sering memohon supaya di tambah rezeki dan dipermudahkan hidup.tp juga terlupa mensyukuri nikmat yg dah dapat.memberi salam dinaungi oleh 70,000 malaikat.amat mudah pahala itu dan terlalu payah di lakukan oleh kita.
selain itu sumber rezeki di tambah dan sentiasa di rahmati.insyaallah semua ni akan ku zahirkannya...

Jul 20, 2010

memberi salam....

benda yg simple tp susah diamalkan..ibadah yg besar impaknya.adab2 dan hikmah sebesar2nya.
tp diakhir2 zaman ni,manusia hanya memberi salam kepada yg mereka kenal.salam yg ada makna.moga2 kita sentiasa menjadi org yg pertama memberi salam kepada org lain.

adab2 bersahabat

simple tp susah....

-sering memberi salam antara satu sama lain
-mendoakan sahabat
-bersangka baik terhadap masing2
-menghadiahkan sesuatu
-menghadirkan diri di majlis yg di adakan
-mendirikan solat jenazah dan mengiriginye ke tanah perkuburan..

Jul 19, 2010

hujung minggu di kuala

kekuatanku.....

salam dunia....manusia yg mempunyai anak mempunyai tanggungjawab yg besar..selaras dgn pembangunan ummah.selaras dgn sunnah ..dijaga agar menjadi insan kamil.anak aku masih kecil,tp bebanan aku dan anak2 aku di masa hadapan adalah ketentuan ALLAH..ku harap anak2 ku menjadi yg terbaik.tu harapan semua ibu bapa bkn saje aku sorang.

hujung minggu lepas aku balik ke kuala....
anak2 aku masih seperti dulu ,masih lg suka takkala menanti kepulangan ibubapa mereka.
manje dan mengada2.tp aku akan sentiasa mengusik dan mengacau depe.selagi mahu agar aku puas.hahaha.abah ni..mamanye jd mangsa memerap zahin.3hari xdpt menetek dilangsaikan.hujung minggu yg mendatang lama lagi..tp rindu adalah saban hari.

kuala lumpur

erti diri

hujung mg lepas aku ke kuala lumpur.urusan seperti biasa,isteriku g amik pos basik.
dulu di sini adalah tempat aku belajar dan bekerja.tersimpan kenangan dan teladan.maybe sesalan.selama 8tahun disana.aku tetap aku.walaupun insfrastuktur bandaraya ini banyak berubah.aku masih ada lagi kawan2.aku masih ada lg guru2 disana.sesekali berjumpe mau menitis air mata.dr jahat sehingga sebaik2 kawan dan lawan aku ada di kota maya ini.mungkinkah ada tarikan pada diriku?seperti ada tarikan dan tumpuan dimasa kakiku berpijak di KL.
aktivi penuh jadual walaupun asasnya terlalu senang utk ku serahkan.tempat pertama yg aku jejak adalah masjid kg baru.disini ustaz dan jemaah adalah baik.byk ilmu ku dapat dan ku beri di sini.rindu jemaah takkala ramadhan sering kali ku renguskan di benak diri.tp tu dulu,dizaman REFORMASI !!!!.
seakan kosong jiwa ini bilamana berada di lapangan ilmu.ustaz2 yg mana mengajar betoi2 kasi ajar.namun aku masih lg kurang ajar.

Jul 14, 2010

pertama

membawa erti


ASSALAMMUALAIKUM dunia....
setiap yg datang pasti akan pergi
setiap yg hidup pasti mati
yg hidup biarla belajar dr semua ini...

Jul 2, 2010

selepas jumaat

biasanya aku akan mendengar khutbah mlm nanti.compare ngan kat masjid td.
pro n kontra yg amat ketara saban jumaat.benda kecik tp di remehkan.biarla apa yg ada tetap ada.selepas berlunch ngan bini aku terus ke masjid dlm keadaan kenyang sure ngantuk dgr khutbah tp still ok lg.

apa itu hubungan suami isteri.itu la tajuk yg aku baca sebelum kuar rehat td...terlalu subjektif sebenarnye.yg ku baca td adalah yg terbiasa dr selalu.fakta dan cara2 yg diperkatakan saban masa.

istimewa julai

assalamualaikum dunia...
sekejap sahaja dah setengah tahun beredar..masuk suku ketiga pulak sekarang.tp kita masih dimana?hahaha.soalan memerangkap pernyataan!!!ntah la.masih lagi persoalan ttg org kita!! org melayu islam.
aku sejak dua menjak ni byk pergi kerja tpt org.tronoh , malim nawar dan berdekatan ipoh.faktor persekitaran dan sosial ekonomi masih lagi relevan.dimana masyarakat di luar bandar terus di salurkan kemajuan yg baru.pembukaan tanah juga semakin serius,namun pembelian ku rasa tiada kuasa.tu serba sedikit kajian kerdil ku terhadap persfektif kehidupan sepanjang aku berada di luar ruang aku.pergi ke pekan ipoh terdapat segelintir org melayu yg maju dan paling maju.hanya segelintir tp % tu boleh la di banggakan.cuma semangat dan mentaliti org kite ni yg aku sedih la.

Jun 15, 2010

apa akan terjadi bila hyperinflasi melanda negara malaysia?

-barang naik ke?
-harga barang mahal gila ek?
-duit kena timbang..
-kena tulis lg byk nombor kat wang ke?
-orang kaya akan bertambah kaya kot?
-org miskin usah cakap la..
-camne nak bayar zakat?

----------- aku pengumpul duit lama.......

--------------aku pengumpul emas..........

-------------wang ini diperakui dgn nilai---------------

dinar dan dirham



atas segalanya nilai

Jun 9, 2010

sembang pagi

nama je otai...

salam dunia.sejak kebelakangan ni,byk benda gua dah lari prinsip..bab makanan gua dah start mkn ayam..mcm xleh elak ke?(byk persoalan).cuma aku kena elak la mana yg was2.yakin je.dah tu macam2 la jadi kat badan aku.secara tersirat byk jugak la yg aku nampak.aku coba ni cobaan.

pagi td minum,tp lebih kepada baca paper je.minum kat dlm kg aku.kg manjoi.kg yg macam2 ..termasuk mcm hampeh.lepak punye lepak.terdgr la satu rundingan meja bulat kat kedai tu.biasla sembang kedai kopi.Tiada hakim tiada saksi.ramai otai2 kg ni aku kenal la.biarpun bapak aku kurang org kenal.aku lagi ramai org kenal.sembang benda2 yg xmalu berbanding usia depe.
tambah2 lg org lama ni semua org UBN.kaya2 la katakan.
yg kaya bertambah sombong,ada jugak yg sembang ttg keinsafan..hhahaha ..lawak gak dgr.
seorg otai tu,kaya la jgk.minum pagi je naik alphard.tp ayat yg menginsafkan tp kadang2 lawak gak!!hehehe. mcmni ayat dia...aku la ni xnak mintak apa2,janji aku sihat dah la. lu org kaya mcm ne pun tp x sihat nak jadi apa?jadi nyesal je la.

meja bulat yg lain pulak,sembang ttg zakat.mak aiii..pakai seluar pendek,ada subang,isap n minum.gua kenal UBN ni..kl rm1000 boleh la berzakat.kl juta2 xpayah zakat.amboi sedapnye mulut.next time gua dtg sana gua bawak harakah bc depan meja depe.br boleh debat.
yg karat paling susah di sental...

mcm lagu ni...sembang kedai kopi:

Malique - Cerita Kedai Kopi

Terlalu banyak kena kopi aku menyanyi
Ditemani teko berasap dan bau wangi
Ditemani cahaya malap dan lagu reggae
Hayati Salam

Masing-masing ada masalah sendiri
Masalah dunia masalah peribadi
Luahkan jangan simpan dalam hati
Boleh cerita di kedai kopi

Cerita kedai kopi
Cerita kedai kopi
Tiada hakim tiada saksi
Cerita sensasi di kedai kopi

Ada satu hero Melayu namanya rahsia
Dulu lepak tepi parit kampung
Sekarang lepak media massa

Asal boleh masuk TV dia mesti buat
Awek tengok jambu laki tengok meluat
Citarasa makin besar otak makin ketat
Baru angkat berat sikit baju pun dah sendat
Jalan berkepak dengan awek romantis
Biasalah budak baru nak naik jadi artis
Jalan berkepak dengan awek romantis
Biasalah budak baru nak naik jadi artis
Jakun ke pelakon jamban ke makan malam
Dinner show menyanyi seorang pun tak faham
Tapi datin muda tengok geram dan sangkut
Datuk outstation apa lagi angkut

I'm in the mood for love
Simply because you're near me
Honey but when you're near me
Well I'm in the mood yes
I'm in the mood for love

Terima kasih rahsia diterima
Kalau sunyi lagi boleh main gila
Datin kena taruk rahsia kemaruk
Makan boleh tapi jangan sampai kena lauk
Datuk pergi London lama pucat bila balik
Bini buncit sikit tahu dia tak boleh naik
Datuk pergi London dia pucat bila balik
Bini dan anak percuma dah ada penyakit
Apa kesudahannya apa yang terjadi
Rahsia tinggal rahsia takkan masuk TV lagi
Cerita sensasi dengar di kedai kopi
Setiap individu punya versi sendiri

Masing-masing ada masalah sendiri
Masalah dunia masalah peribadi
Luahkan jangan simpan dalam hati
Boleh cerita di kedai kopi


Terlalu banyak kena kopi aku menyanyi
Ditemani teko berasap dan bau wangi
Ditemani cahaya malap dan lagu reggae
Hayati rentak keluarga Marley
Hamba di Belanda di tengah ibu kota
Temanku Salam dreadlocks bawah mahkota
Anak perantauan yang punya citarasa Jamaica
Rindu nak dengar cerita kopi Malaysia
Aku cerita dia ketawa
Tak kering gusi jatuh kerusi
Dia pula bercerita tapi bukan tentang dia atau dia
Di Eropah orang bentang idea
Topik-topik intelektual di diskusi
Anjakan paradigma bila kena kopi
Peace love and harmony reggae sampai pagi
Keluar kedai kopi Amsterdam masih steady



Terlalu banyak kena kopi aku menyanyi
Ditemani teko berasap dan bau wangi
Ditemani cahaya malap dan lagu reggae
Hayati yeah

Jun 7, 2010

sambungan 2

1st burger king in ipoh


opah pun join sekali


baby cool mkn semuanye


budak yg tetap anti BK.

sabtu ahad yg terlampau

kecik2 dah lepak sini...


budak anti- SR

mogok lapar

cool baby

Jun 4, 2010

al aqram

pagi jumaat


assalamualaikum semua...
minggu yg sibuk ..tiada banyak isu .hanya aku je yg bisu.mungkin sudah terlalu lama xde input bacaan dr buku2.br hari ni je mula membaca.hitam putih darul arqam-mso-
selamat membaca semua.
IQRA

Jun 3, 2010