al quran- senaskah

hubungi meor - 0125964886 utk membeli

Sep 25, 2013

want or need?




apa khabar sahabat2 sekalian?di dlm dunia yg mencabar ini,soal hidup adalah kata2 harian.kemampuan utk terus hidup sering tercabar.di malaysia,taraf hidup adalah kuat.dimana terbahagi kepada kehendak dan keperluan.
apa itu keperluan???
-ianya perlu utk terus hidup..contoh makanan, pakaian , rumah(?)
-ini semua tuntutan semula jadi manusia.lumrah.
-konsep dia adalah mudah dipuaskan.
-mengikut peringkat.

what is kehendak?
- ini yang memeningkan,tapi bagus.
-bertujuan utk lebih selesa dgn kehidupan..contoh smart tv.tilam 20inci,kereta (??)
-ianya tidak terhad dan tiada keutamaan. 

Dari semua diatas akan diterjemahkan dalam bentuk nilai faedah.dimana ada baik dan buruknya..dapat mengubah dari sebelumnya kepada lebih baik.disini kita kena letakkan perbezaan yg nyata.


  • Gaji kasar : RM2300 (fresh graduate)
  • Gaji bersih : RM2032 (masih tidak layak menerima BR1M)
  • Kereta : RM 400 (Kawasan yang sukar mendapatkan public transport seperti di kawasan Damansara, maka kami memerlukan kereta)
  • Tol: RM1.60 x 2 kali sehari : RM 3.20 x 23 hari = RM73.60 (melalui LDP, masih tidak menerima 20% rebate touch n go)
  • Parking : 23 hari x RM5 = RM115
  • Minyak : RM 12 x 23 hari = RM230 (dari Taman Melati ke Damansara dan untuk ke kerja sahaja)
  • Sewa : RM 200 (paling murah di Kuala Lumpur untuk satu bilik)
  • PTPTN : RM150 (minimum)
  • Makan untuk sebulan = RM 450 (sehari RM15)
  • Ibu Ayah = RM200
  • Baki : RM2032 – RM400 – RM73.60 – RM115 – RM230 – RM200 – RM150 – RM450 – RM200
  • TOTAL BAKI : RM213.40

Sep 20, 2013

shaklee - pengenalan(call/sms/pm-0125964886(meor) dan 0125964846-linda)



Shaklee Malaysia
Selamat datang ke Shaklee, sebuah syarikat yang berlandaskan falsafah dalam menawarkan produk mesra alam dan kesihatan yang baik. Shaklee selaras dan patuh pada prinsip yang telah dibina oleh pengasasnya, Dr Forrest C Shaklee.

Visi yang diilhamkan oleh Dr. Shaklee masih diteruskan melalui matlamat syarikat dengan menghasilkan produk berkualiti dan semula jadi yang menyokong kesihatan alam sejagat.
Dengan prinsip asas ini, Dr. Shaklee telah mencipta syarikat yang bertujuan untuk mencipta kehidupan yang lebih sihat. Beliau telah menghabiskan masanya dengan mencipta syarikat berlandaskan naluri yang dicipta untuk mempertingkatkan kehidupan setiap insan yang ditemui dan dipandu oleh satu prinsip utama “Berikan yang terbaik kepada setiap insan sebagaimana anda ingin diperlakukan oleh mereka”

Dengan matlamat untuk menjadi peneraju dunia dalam produk kesihatan dan kesejahteraan kehidupan, Shaklee sangat berdedikasi untuk terus menyumbang dalam produk inovasi, kecemerlangan sains.

Jutaan insan telah bertukar kepada produk nutrisi Shaklee sebagai salah satu tahap kualiti kehidupan dan Shaklee merasa bangga dapat mengeluarkan dan menjual produk terbaik seumpamanya.

Pada 2004, Ripplewood Holdings LLC dan Activated Holdings LLC telah mengambil alih perniagaan Shaklee di seluruh dunia oleh Yamanouchi Pharmaceutical Co. Ltd. Shaklee merupakan pengeluar dan pengedar ulung nutrisi, penjagaan peribadi, penjagaan rumah dan produk rawatan udara termasuk 45 paten di seluruh dunia.
Apa jua yang anda perlukan, kami harap anda dan keluarga tersayang anda akan seronok menikmati kehidupan yang lebih sihat melalui produk dan peluang yang ditawarkan oleh Shaklee.

 


Sebuah syarikat yang berlandaskan falsafah dalam menawarkan produk mesra alam dan kesihatan yang baik. Shaklee selaras dan patuh pada prinsip yang telah dibina oleh pengasasnya, Dr Forrest C Shaklee.
 
Shaklee Products (Malaysia) Sdn Bhd merupakan anak syarikat kepada Shaklee Corporation yang berada di Amerika Syarikat. Shaklee Malaysia telah memulakan operasinya semenjak bulan Ogos 1995 yang berpangkalan di lokasi strategik iaitu di Subang Jaya, Selangor serta mempunyai enam (6) buah cawangan yang terletak di negeri-negeri seluruh Malaysia iaitu di Pulau Pinang, Ipoh, Kuala Lumpur, Johor Bahru, Kota Bharu dan Kota Kinabalu.Shaklee Malaysia menjalankan operasi perniagaannya mengikut garis panduan Akta Jualan Langsung 1993 dengan Lesen Jualan Langsungnya yang bernombor AJL93747.

Kesihatan adalah tenaga, kecergasan dan kesejahteraan. Anda akan ketahuinya apabila anda merasainya, apabila anda melihatnya; kehidupan yang sihat adalah sesuatu yang menarik. Orang yang sihat sentiasa bertenaga dan kelihatan hebat. Nutirisi Shaklee telah membantu mewujudkan kehidupan yang lebih sihat kepada berjuta-juta orang selama lebih 50 tahun. Alamilah kehebatan kesihatan dengan Nutrisi Shaklee.

Kesihatan bermula dengan nutrisi yang baik.
 
Manjakanlah kulit dan rambut anda dengan ramuan yang lembut, semulajadi dan bersih.
 
Sesuai untuk Bumi dan kediaman anda.
 
Anti-Aging
 
Essential Nutrition
 
Antioxidants
 
Bone Health
 
Heart Health
 
Digestive Health
 
Immune Support
 
Liver Health
 
Women's Health
 
Children's Nutrition
 
Sports Nutrition
 
Healthy Weight
 
NutriWhite
 
Enfuselle
 
ProSante
 
Daily Care
 
Get Clean
 

Sep 10, 2013

~ ATOM di Youtube ~ KIK Konvensyen Inovasi Kreativiti


ATOM TERUS MENDAPAT LIPUTAN.
serba sedikit di hari konvensyen suk ke-26




Sep 6, 2013

ATOM Rangkul Dua Anugerah Innovatif

peraknews logo
Thursday, 05 September 2013   29. Syawal 1434
ssfsf

Sep 5, 2013

~ lagi berita ATOM ~

Berani Buat Perubahan, Inovasi: Setiausaha Kerajaan Negeri


Datuk Abd Puhat Mat Nayan
Golongan penjawat awam perlu sentiasa berani melakukan perubahan dan inovasi bagi menghasilkan kaedah terbaik, pantas dan tepat untuk memenuhi kehendak pelanggan, kata Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Datuk Abdul Puhat Mat Nayan.
Beliau berkata, penyelesaian kekangan tersebut memerlukan daya pemikiran kreatif serta keupayaan menjana idea-idea yang mampu memberi impak positif selari dengan arus perubahan semasa.
“Tiada garis penentu dalam menjadikan seseorang itu sebagai berinovasi dan kreatif, malah sesiapa sahaja boleh mencetuskan pembaharuan dalam pelbagai bidang.
“Namun, apa yang penting ialah sifat keterbukaan dan berani berubah. Bagi meningkatkan daya saing antara semua pihak dalam mencapai sasaran negara ekonomi bernilai tinggi, budaya inovasi perlu diterapkan di kalangan semua kakitangan awam,” katanya ketika merasmikan majlis Anugerah Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Sektor Awam Ke-26 peringkat Negeri Perak, di Ipoh, hari ini.
Katanya, menerusi inovasi baru, penyampaian perkhidmatan oleh penjawat awam akan mempunyai nilai tambah yang menjadi kayu pengukur dalam membuat penilaian membabitkan pelbagai aspek.
“Dengan penghasilan sesuatu kaedah baru, permohonan mendapatkan hak cipta, paten, cap dagangan atau rahsia perdagangan daripada Perbadanan Harta Itelek Malaysia perlu dilakukan.
“Ini dapat membantu melindungi hak eksklusif penciptaan yang telah dihasilkan sekaligus menjana pendapatan jika mempunyai nilai komersial untuk pasaran,” ujarnya.
Beliau juga berkata, penjawat awam perlu meningkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran setiap masa agar dapat memperkukuhkan organisasi mereka.
Sebanyak 27 kumpulan menyertai pertandingan itu yang terdiri daripada 13 kumpulan teknikal manakala 14 kumpulan pengurusan sektor awam dari Perak turut menyertai konvensyen sehari tersebut.
Kadar hadiah untuk johan, naib johan, tempa ketiga dan persembahan juga telah dinaikkan kepada empat kali ganda berbanding pada tahun lepas iaitu masing RM20,000, RM16,000, RM12,000 dan RM2,000 di samping hadiah iringan bagi menggalakkan lebih banyak penyertaan agensi sektor awam di Perak.
Kumpulan ATOM yang mewakili Makmal Klinik Kesihatan Greentown Ipoh memenangi Anugerah KIK Kategori Teknikal dengan tajuk projek ‘Kelewatan Pelepasan Keputusan Tibi Di Pejabat Kesihatan Daerah Kinta’.
Sementara itu, kumpulan MESMERIZE dari Bahagian Hal Ehwal Akademik, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Tanjung Malim memenangi Anugerah KIK Bagi Kategori Pengurusan dengan tajuk ‘Kesukaran Memilih Calon Penerima Anugerah Kecemerlangan Pelajar Sempena Istiadat Konvokesyen UPSI’.
Johan bagi setiap katogeri masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai RM20,000 bersama piala pusingan, piala iringan dan sijil penyertaan.

Sep 4, 2013

kembara ATOM ....

Kumpulan Atom Dan Mesmerize Johan Konvensyen Kumpulan Inovatif Dan Kreatif(KIK) Perkhidmatan Awam 

Ke-26, Peringkat Perak - 2 September 2013

IPOH, 2 SEPTEMBER  2013 - Kumpulan ATOM dari jabatan Unit Makmal, Klinik Kesihatan Greentown, Ipoh dan kumpulan MESMERIZE dari Bahagian Hal Ehwal Akademik, UPSI, Tanjung Malim mengungguli kategori masing-masing apabila menjadi johan dalam KIK Ke-26 Peringkat Negeri Perak yang berlangsung di Dewan Bankuet dan Dewan Serbaguna, Bangunan Perak Darul Ridzuan.
Kumpulan ATOM dan MESMERIZE selaku johan kategori Teknikal dan Pengurusan, menerima Anugerah YAB Menteri Besar Perak, Piala Pusingan, Piala Iringan, sijil dan wang bernilai RM 20,000 yang disampaikan sendiri  YAB Menteri Besar Perak, Dato’ Seri DiRaja Dr. Zambry Bin Abd Kadir.
Kumpulan ATOM yang menyertai pertandingan kali ini dengan projek bertajuk  “Kelewatan  Pelepasan Keputusan Tibi Di Pejabat Kesihatan Daerah Kinta”  berjaya menewaskan 12 pasukan lain termasuk pasukan EX7 dari Balai Bomba dan Penyelamat, Tanjong Malim yang berada di tempat Ke-2  dan PASTI dari Jabatan Pengairan Dan Saliran Daerah Hilir Perak, Teluk Intan di tempat ke-3 bagi kategori Teknikal.
Manakala bagi kategori Pengurusan, Kumpulan MESMERIZE dengan projek  bertajuk “Kesukaran Memilih Calon Penerima Anugerah Kecemerlangan Pelajar Sempena Istiadat Konvokesyen UPSI” dipilih selaku johan kategori Pengurusan  menewaskan 14 pasukan lain yang mengambil bahagian termasuk pasukan NRD dari Jabatan Pendaftaran Malaysia Negeri Perak yang menduduki tempat ke-2  dan SINERGI 10.1 dari Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Perak Ke-3.
Naib Johan bagi setiap kategori menerima Anugerah YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, piala iringan, wang bernilai RM 16,000 dan sijil manakala pemenang ketiga bagi setiap kategori menerima Anugerah YB Pegawai Kewangan Negeri, piala iringan, sijil dan wang bernilai RM 12,000.
Turut Hadir, YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Dato’ Abdul Puhat Bin Mat Nayan dan YBhg. Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan) Dato’ Haji Razali Bin Othman.
Sumber: Korporat, SUK Perak.