al quran- senaskah

hubungi meor - 0125964886 utk membeli

Jun 28, 2012

TARGET ESOK!!

Solat Sunat Dhuha merupakan solat sunat yang dianjurkan oleh Rasulullah s.a.w melalui hadis-hadis baginda. Makanya, ini merupakan sunnah qauliyah (perkataan) dan merupakan sunnah tertinggi jika hendak dibandingkan dengan sunnah taqririyah dan sunnah fi'liyah (perbuatan).

Waktu Solat Dhuha

Dari naik matahari sampai sepenggalah dan berakhir di waktu matahari tergelincir. Tetapi disunatkan dita'khirkan sehingga matahari naik tinggi dan panas terik.

Berapa rakaat?

Solat sunat ini sama seperti solat sunat yang lain yakni dua rakaat dan satu salam.

Berdasarkan hadis Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh at-Thabarani:
Sesiapa yang mengerjakan solat sunat dhuha,

2 rakaat = orang-orang yang tidak lalai daripada mengingati Allah
4 rakaat = orang yang suka beribadat
6 rakaat = dicukupkan baginya hari tersebut
8 rakaat = orang yang selalu berbuat taat
12 rakaat = Allah akan membina baginya mahligai di dalam syurga

Doa Selepas Solat sunat Dhuha



Ya Allah ya Tuhanku, jika rezekiku di atas langit, maka Engkau turunkanlah. Jika rezekiku di bumi, maka Engkau keluarkanlah. Jika sukar, mudahkanlah. Jika lambat, percepatkanlah. Jika haram, halalkanlah. Jika jauh perdekatkanlah.

Kelebihan

Rasulullah s.a.w bersabda: 2 rakaat solat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan.

Inilah yang dipegang oleh sahabat baginda Said bin Zaid. Ketika beliau menjadi pemimpin dan hidup dengan keadaan yang begitu zuhud, Khalifah Umar al-Khattab bertemu dengannya untuk memberi sedikit bantuan. Beliau menjawab: Aku mengamalkan solat sunat Dhuha, maka itu sudah cukup mengkayakan aku.

Rasulullah s.a.w. juga bersabda:Barangsiapa yang menjaga solat Dhuhanya, maka diampuni Allah baginya segala dosanya walaupun seperti buih di lautan (Ibnu Majah dan At-Tirmidzi).

p/s

Ramai yang sedang bercuti barangkali. Dan hari ni dan esok merupakan hari cuti. InsyaAllah boleh diambil masa 5 minit untuk mengerjakan solat sunat Dhuha. Sama-sama kita sokong satu sama lain untuk beramal.
meorz.blogspot: Tulisan ini  dari blog ini Berubah Meskipun Payah

kredit to tuan tanah blog tersebut.insyaallah

tobat before terlewat

Solat Dhuha adalah termasuk bagi solat untuk orang-orang yang bertaubat (Sholat Awwabin). Daripada Zaid bin Arqam bahawasanya Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam keluar menuju tempat Ahli Quba’ yang ketika itu mereka sedang mengerjakan solat Dhuha. Baginda lalu bersabda:

صَلاَةُ الأَوَّابِينَ حِينَ تَرْمَضُ الْفِصَالُ.
Maksudnya:
Solat Awwabin (orang-orang yang taubat) dilakukan pada saat teriknya matahari. - Hadis riwayat Imam Muslim dalam Shahihnya, Kitab Sholaatul Musaafiriin wa Qashruhaa, no: 748.

Jun 26, 2012

yin




ayat pertama

Kita pernah mendengar seseorang mengatakan, “Benarlah rezeki itu daripada Tuhan, tetapi kita kena usaha.”
Kita juga pernah mendengar kata-kata, “Benarlah kita kena usaha, tetapi rezeki itu daripada Tuhan.”

Bagaimana kita memahami kedua-dua ayat ini? Apa bezanya? Yang mana satu betul?
Ternyata kedua-dua ayat di atas bukanlah untuk memilih betul atau salah. Tindakan dan kata-kata kita cenderung mewakili apa yang kita rasa dan percayai.

Ada orang yang memang mempercayai rezeki itu daripada Tuhan. Namun melihat caranya berusaha, Tuhan dijadikannya nombor dua pula. Maksudnya apabila bertembung dengan situasi yang memerlukan dia membuat satu pilihan, keputusannya adalah Tuhan diletakkan nombor dua.

Contohnya apabila dia sedang asyik dengan sesuatu perkara, sedang waktu solat sudah pun tiba, maka, solat dikemudiankan, malah dikerjakan di hujung-hujung waktu. Inilah golongan yang selesa mengucapkan ayat yang pertama itu

Jun 22, 2012

syaaban yg mulia

assalamualaikum ...sesetengah hadis ada mengatakan sama ada sahih atau tidak ttg amalan yg di utamakan pd bulan syaaban ini.namun kt amiklah mana yg terbaik dan di kira sebagai ibadah,insyaallah
cuba lakukan mana termampu.
seperti mana yg dikatakan oleh aishah r.a "aku tidak pernah melihat baginda rasulullah s.a.w. berpuasa lebih daripada bulan syaaban "

AMALAN UMUM
1. Membaca: Astaghfirulah waasluhu aluhu taubat.Ertinya: Aku meminta ampunan dari Allah dan aku betaubat kepada-Nya.
yg ni tiap2 hari wajib buat,agar amalan taubat kita diterima ALLAH.insyaallah

2. Membaca: Astaghfirulah allazii lailaahailla huwarrahman nurahimul haiyulqayyum waatubuilayhi.
Ertinya: Aku mohon ampunan dari Allah Yang tiada tuhan selain Dia, Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Yang Tegak dan Hidup, dan aku bertaubat kepada-Nya.

Tujuh puluh (70) kali setiap hari. Riwayat-riwayat menyebutkan bahawa beristighfar lebih utama daripada membaca doa dan zikir di bulan ini, dan barangsiapa beristighfar tujuh puluh kali setiap hari di bulan ini, maka ia seperti beristighfar tujuh puluh ribu di bulan lainnya.

3. Bersedekah, walaupun dengan separuh biji kurma, agar dapat mengharamkan jasadnya dari api neraka.

4. Membaca: laailaahaillallahu wala na’bud illaa eiyahu muhklisiinaalahuddiin walau karihal mushrikun.
“Tiada Tuhan melainkan Allah, dan aku tidak menyembah melainkan kepada-Nya, dengan mengikhlaskan agama bagi-Nya, walaupun orang-orang kafir benci.”
Seribu kali, dan pahalanya bagaikan beribadah seribu tahun.

Jun 11, 2012

euro 2012

always germany my team.hahaha
sekadar hiburan.