al quran- senaskah

hubungi meor - 0125964886 utk membeli

Dec 29, 2011

zuhud harta dan iman-pelaburan yg terbaik dan berbaloi

pada suatu masa di zaman nabi s.a.w. ada cerita zuhud dan pelbagai yg tersirat.di satu tempat tgl seorng budak yg yatim piatu.ia ada sebidang tanah.tanah rumah dia besar.lalu terfikir ia utk membina pagar sepjg tanah dia.masalah utama ada sebatang pokok kurma di sempadan antara tanah dia dan jiran dia.dimana budak ini amat menghormati jiran dan menjaga batas2 kejiranan.ditanya jiran tersebut utk memberi padanya,namun tdk dipersetujui.diminta membeli lagi la x bagi.
cerita ini lama kelamaan telah sampai ke rasulullah nabi.lalu diperintah oleh nabi kedua2nya berjumpa nabi.setelah pelbagai tawar menawar di bincangkan,tiada yg memuaskan hati jiran budak ini.lalu nabi memberi jaminan kepada jiran,jika engkau memberi pokok kurma itu nabi memberi jaminan sepohon kurma di syurga yg sebesar bayang dia sepjg 100tahun perjalanan.namun jiran ini tetap dgn pendirian nya.lalu bising la keadaan sekeliling nabi.di masa ini dtg la sahabat nabi yg terkenal.iaitu ABU DARDA'

Dec 28, 2011

4 golongan itu

manusia ada pelbagai bentuk,maupun dr segi fizikal or mental.dapat kita lihat secara tersirat mahupun tersirat.kadang2 kita merasa sedih andai kita berilmu.gali la ilmu semahunya.allah berkata nabi kekasih nya: ilmu yg ada padamu ya rasulullah adalah teramat sedikit .bayangkan lah kita,ilmu yg ada pada nabi pun amat sedikit tuhan kata,kl kita,wallallhualam la jawabnya.tp rasul nabi allah amat pandai dan berhikmat.dgn sedikit ilmu itu la,kita merasakannya sampai sekarang.nabi berpesan kepada umat2 nya...ada 4 golongan manusia di dunia:
1-golongan orang yg tahu tetapi buat2 tak tahu
2-golongan orang tidak tahu tp buat2 tahu
3-golongan orang yg memang tidak tahu
4-golongan org yg sedia tahu semuanya dan menyampaikannya

disini ilmu penting .sampaikan la sepotong ayat/ilmu dr apa yg kamu tahu kepada mereka2 yg memerlukan.moga kita terlepas apabila di hisab nanti.insyaallah

Al fathihah untuk mujahid ini

Dec 7, 2011

ucapkan la

kita sering tiada masa utk mendekati DIA,walaupun dia tidak pernah melupakan dia langsung...
sejengkal kita mendekati DIA,sedepa dia menhampiri kita..begitu la sampai IA dan kita mengdampingi satu sama lain.sepekara semasa aku melakukan umrah,ada sahaja idea dan fikiran yg aku rasa hanya ALLAH yg mengetahuinya.berlinang air mata tiada akhirnya.aku ingat diri ini tidak diterima,namun rahmat dia amat luas
ucap kan lah sayang...

SUBHANALLAH,
ALHAMDULILLAH,
ALLAHHUAKBAR,
LAA ILA HAAILLAALLAH...

Nov 23, 2011

cuba tgk

Doa Untuk Menangani Anak Yang Nakal

1.Baca "Ya Latif" sebanayak 7 kali dan hembuskan ke ubun-ubun sewaktu mereka tengah tidur

2.Cuba berbicara dengan baik dan gunakan kaedah memujuk

3.Banyak berdoa kepada Allah minta dilembutkan hati anak-anak

4.Bila bangun pagi, peluk anak, usap kepalanya dan berselawat sambil berniat dalam hati

5.Baca surah Al-Fatihah, Surah Taha ayat 1 hingga 5, diikuti doa nabi Daud 3 kali. Doanya "Ya Allah lembutkanlah hati anakku (sebut namanya) sepertimana Engkau lembutkan Nabi Daud akan besi. kemudian hembuskan pada makanan dan minuman. Kalau anak masih menyusu,hembus pada susu

6.Untuk membantu anak mudah belajar baca zikir Ya Latif sebanyak 129 kali diikuti ayat 19 dari surah As-Syura yang bermaksud "Allah maha lembut pada hambaNYA. Dia memberi rezeki kepada sesiapa yang dia kehendaki dan Dia lah yang Maha Kuat lagi Maha Kuasa.

7.Baca surah Al-Insyirah sewaktu menemani nak-anak belajar

8.Ketika memasak, sentiasa basahkan lidah dan bacakan doa dari Surah Al-Imran ayat 200 yang bermaksud " Wahai orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah iman kamu, dan bersedialah serta bertakwalah kepada Allah supaya kamu berjaya"

9.Kita juga digalakkan menyentuh lembut ubun-ubun anak dengan tangan kanan sambil berdoa dan menyatakan harapan. Lakukan setiap malam ketika anak-anak dalam keadaan baru hendak tidur. Ketika ini otak mereka sedang berada dalam separa sedar dan mudah merakam apa yang kita lafazkan.

10.Selepas solat lima waktu, amalkan doa dari Surah Al-Furqan ayat 74 yang bermaksud " Dan juga mereka yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh daripada isteri-isteri dan zuriat keturunan kami perkara-perkara yang menyukakan hati kami, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang bertakwa.

11.Amalkan ayat 40 dari surah Ibrahim yang bermaksud "Wahai Tuhanku, jadikanlah aku orang yang mendirikan sembahyang, zan zuriat keturunanku. wahai Tuhanku perkenankanlah doaku.

Doa-doa dari ayat Al-Quran yang boleh diamalkan

1.Supaya anak-anak pandai belajar, baca surah Al-Anbiya' ayat 79 selepas solat Subuh sebanyak 10 kali dan diikuti doa

2.Sewaktu anak-anak bergaduh, baca surah Al-Baqarah ayat 102

3.Supaya anak-anak lembut hati dan elakkan panas baran, baca surah A-anbiya' ayat 69, juga surah Al-Hasyar ayat 22 hingga 24

4.Anak-anak malas ke sekolah, baca surah Taha ayat 1 hingga 5.

5.Anak-anak yang suka keluar malam, baca surah Ar-Rum ayat 31 sebanyak 33 kali.

Insyaallah dengan doa yang tidak putus, anak-anak yang nakal akan berubah menjadi baik

Oct 31, 2011

amalan,syariah,ibadah

pegang la kepada semua di atas.apa yg kita masih tunggu.jgn berlengah.

Oct 27, 2011

cuba jgn tangguh usaha ziarah ....

assalamualaikum sahabat dan sekalian
sejak lepas2 waktu ini banyak pengajaran dan himpunan ilmu telah dapat di abadikan dalam kronologi hidup aku.ada yg tepat pada masanya . malah ada yg amat lewat diusahakan.seterusnya terlepas apa yg sepatutnya saya or kita sempat.

Sep 28, 2011

palestin oh PALESTINE

kenal dulu asal usul(di amik dr petikan blog2)


A l-Quds bukanlah sebuah ibukota semata-mata. Al-Quds adalah ibu negara umat Arab dan Islam secara kekal untuk selama-lamanya. Al-Quds tanah suci ketiga dari tempat suci umat Islam selepas Mekah dan Madinah. Al-Quds merupakan paksi bumi ke langit, pusat pengumpulan dan perhitungan, pusat tempat perbincangan agama dan kekudusannya sejak zaman berzaman dan apa yang saya ingin utarakan dalam dasar gomentari apa yang dikatakan oleh Netanyahu baru-baru ini dalam sebuah pertemuannya di salah sebuah Sekolah Agama Yahudi di Quds dengan katanya: "Al-Quds tidak akan sempurna pembahagiannya selepas ini, penempatan dan meyahudikan kawasan sekitarnya akan diteruskan".

Kata-kata Netanyahu diluahkan pada kesempatan ulang tahun "Peringatan Penyatuan Quds", iaitu pada hari kita sama-sama memperingati tarikh Naksah - kekalahan 1967 - serta deklarasi Zionis Israel meyahudikan Quds, yang merupakan tarikh keramat mereka memperingati dan memperbodoh-bodohkan kekalahan kesatuan Arab dalam sejarah abad ini !!!.

Setiap kali mereka memperingati ulang tahun kekalahan yang memalukan ini - kekalahan umat Arab dan Islam - para pemimpin Zionis akan memperbaharui persaingan mereka, berlumba-lumba mengumumkan projek-projek skala besar sebagai melahirkan dan menonjolkan rasa bangga idea-idea meyahudi dan mengembangkan penempatan Yahudi di bumi Quds dengan kekuatan harta mereka, dengan keputusan hebat mereka, mencabar masa kini dan akan datang.

Di sini saya ingin memberi amaran kepada kepimpinan Palestin dan pemimpin Arab bahawa kerajaan Netanyahu telah memperuntukkan pada memperingati ulang tahun ini, tahun 2011, sebanyak 296 juta syikal untuk tempoh antara 2011-2016 bertujuan menjadikan Quds bandar pelancongan yang terbesar, pusat penyelidikan terbesar, pusat pembangunan dan industri.

Saya sampaikan berita ini sebagai pertanyaan kepada pemimpin Arab dan Islam, Apa yang telah anda khaskan peruntukan harta/wang dan ketetapan untuk Quds ? Apa yang telah anda khaskan kekuatan untuk keluar dari kekalahan dan penindasan yang dilakukan oleh Zionis terhadap sejarah dan hari-hari memperingatinya ?.

Suka saya ingatkan kepada pemimpin Arab dan pemimpin penjajah Zionis, kesimpulan dari intipati sejarah, bahawa Quds adalah kota Islam dan pusat Isra', Quds sekali-kali tidak akan tunduk pada penjajahan selepas dari pembukaan Islam melainkan pada satu titik dimana pemimpin dan penguasanya berperangai buruk dan lalai, namun ia pasti akan kembali kepada Islam dan umatnya.

Sesungguhnya arahan mengembalikan Quds amat mudah dan ia semakin hampir dari apa yang kita mampu bayangkan, kita hanya perlu membaca sejarah dan mengeluarkan pengajaran darinya, Islam mengajar dan menyuruh umatnya menyemarakkan semangat membara mengubah cara berkempinpinan, dan saya begitu yakin Al-Quds dengan segala kebaikannya walaupun berhadapan dengan berbagai bentuk kesukaran untuk hari-hari yang mendatang, pastinya akan kembali bersatu tetapi pada kali ini dibawah panji-panji Islam dan umat Arab kerana itu adalah janji dan amanah Allah kepada bangsa Arab dan Islam, suruhan ini kekal hingga ke hari qiamat.

Penulis: Dr. Yusuf Zarqa'
Penterjemah: Abu Mohd








Aug 25, 2011

dilerai2

lama sudah aku tidak membaca pembacaan dr genre yg berat dan serius.byk membaca cerita2 ramadhan la ni.motivasi dan mencari diri sendiri.lalu lebih kepada emas dan politikus.jarang benar menghabis sejam dua masa di kedai2 buku.namun sedang berfb terbaca wall org tua berjanggut putih ini.wah!!!  berat kepala gua.tp best for mind

Aug 16, 2011

di pondok keinsafan

diri ini jauh dilempar utk menangisi adakah kesilapan.

Aug 10, 2011

moga aku tergolong diantara semua ini.insyaallah

Tujuh kalimat Sabda Rasulullah S.A.W'Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang mulia di sisi Allah dan Malaikat serta diampuni dosa-dosanya walau sebanyak busa/buih laut '

1. Mengucap Bismillah pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.

2. Mengucap Alhamdulillah pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu

3. Mengucap Astagfirullah jika lidah tersilap perkataan yang tidak patut.

4. Mengucap Insya Allah jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.

5. Mengucap La haula wala kuwwata illa billah jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini.

6. Mengucap inna lillahi wa inna ilaihi rajiun jika menghadapi dan menerima musibah.

7. Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah sepanjang siang malam sehingga tak terpisah dari lidahnya dari tafsir hanafi, mudah-mudahan ingat, walau lambat-lambat mudah-mudahan selalu, walau sambil lalu mudah-mudahan jadi biasa, kerana sudah biasa!

Aug 8, 2011

LIPATKALIGANDAKUASADUAKAN

assalamualaikum semua .selamat beraya ibadah.satu perkara yg penting di awal ramadhan adalah rahmat.keberkesan puasa kita hari ni adalah gambaran lailatul qada 10 mlm terakhir nanti.insyaallah.moga kita teruskan sinar di mlm hari2 kita.rahmat adalah tergolong dlm makna yg luas.bagaimana berkesannya itu yg penting!!!! tiada apa yg perlu di cari andai perlaksaan tidak di buat dgn segera..

ANDAIKAN LAH RAMADHAN KITA INI TAHUN,RAMADHAN YG TERAKHIR????

Aug 5, 2011

selepas jumaat

JUMAAT PERTAMA DI BULAN RAMADHAN

nabi berpesan kepada sahabat2 dan umatnya.10 pertama ramadhan adalah rahmat.apa pengertian kita ttg ini?bacisnya apa itu rahmat?berpose setiap tahun adalah rahmat,di sini kita lihat semula kepada tahun2 dahulu.apakah sama pada tahun ini?1st lihat org2 keliling kita,sapa yg ada pada tahun ini yg berpose kepada kita?mungkin tahun lepas kita berpose bersama dia,adakah tahun ini dia bersama kita lg?inilah dia yg dipanggil RAHMAT!!!!!  rahmat usia.rahmat dipanjangkan usia utk bersua ramadhan kali ni.masihh bernafas utk berraya ibadah,adakah kita lihat semua ini?rahmat ALLAH adalah maha besar.masyaallah...moga aku dan keluarga dapat berpose tahun ini dan tahun2 seterusnya.

RAHMAT rezeki.contoh kesihatan,harta benda dan akal.semua ini rahmat yg tidak terhingga,terpulang kepada kita untuk meneruskan usaha dakwah kita.dakwah terhadap iman kita

selamat berpose dan ber raya amal ibdah..

Jul 6, 2011

nikmat itu sekali sekala,bersyukur itu harus selalu

al kisah tentang semua kita harus bersyukur...kita x perlu berjudi dgn ALLAH.kenapa sudah dapat yg kita kehendaki baru nak bersyukur?salahkah kita bermula dgn langkah pertama.....
apabila si pasangan ini berkahwin,berita gembira adalah mempunyai cahaya mata.perihal si ibu ini sejak bujang amat gemar mengemas rumah dan susun atur barang.berskala tetap.tidak boleh tidak tetap.hari2 di atur lebih kurang sama tanpa sikit pun beza.apabila sudah ada anak,di uji tuhan dgn seorng anak yg jauh lain sama sekali dgn perangai ibu ini.berbalik tetap.kl si ibu amat kemas ,si anak ini sebaliknya.begitu la kontra si ibu dan anak.
saban hari usia bertambah.si anak ni sdh berumur 3 tahun.namum perangai tidak langsung berubah,namun lagi teruk.kegemaran si anak ini adalh mengoyak sebarang jenis kertas kpd cebisan kecik2 .ditimbun2kan sprt gunung.kesabaran si ibu saban hari semakin memuncak.
pada satuhari terjadi la satu kejadian.si ibu ini mendapat panggilan telefon mengatakan kwn hendak kerumah.maka kelam kabut la si ibu ni menyiapkan rumah.kemudian memasak masakan utk tetamu.apa yg terjadi apabila si ibu ni habis memasak?dia ke depan rumah,di lihat rumah mcm tongkang pecah.apa lagi si ibu ni pun amat marah.lalu di tempiknya si anak ini,anak ini takut lalu berlari ke luar rumah.tanpa di sedari si anak ini telah melintasi jln.alangkah terkejut ibu ini,satu cecair yg byk membasahi mukanya.meraung si ibu melihat si anak yg telah nazak.dipangkunya anak lalu memecut laju ke hospital.dunia seolah2 runtuh menghimpap ibu .hanya doa sahaja di ucapkan kpd tuhan.tanpa henti2 meminta nyawa anaknya di selamatkan.utk si ibu ni menebus segala kesilapan dulu...


Jun 17, 2011

garis bongkok

assalamualaikum semua.apa yg kita lihat kepada kedua ibu bapa kita?makin hari mereka semakin tua.semakin lemah dan semakin kurang sihat.ini lah pusingan hidup.
jika ibu begitu besar pergorbanannya,bapa juga besar juga sumbangannya.berkeja sambil part time.pernah juga pening memikirkan kehendak anak2.namun tetap taat dan di turuti semuanya.
pernah ada satu cerita tentang seorang anak di satu kg....kasih ibu memang ternilai,kasih ayah sampai ke mati.si anak kl teringin utk mkn itu or ini,tgkla esok lusa sure ada di hidangkan.tp bila anak dah besar,jika si ibu bapa berhajat ke sini or ke sana..langsung tidak di hiraukan.cubala berbakti sebaik2nya utk meraka!!

Jun 16, 2011

asal kepadaNya

Bersedekah adalah sebahagian dari strategi keseluruhan untuk mengawal tunai anda. Jika anda bermula sekarang untuk bersedekah, bermakna dalam masa yang sama telah mula membina aset. Aset anda akan tetap berkembang kerana anda ...telah memilihuntuk mengadaptasi tanggungjawab secara zahir dengan jalan anda sendiri.

puasa sunat

sedikit sebanyak memberi kita objektif yg baik.kita dapat merasai kepayahan dan kelaparan org2 yg susah.lantas menwujudkan rasa ingin bersedekah pada aku.bulan mulia ni rebutla peluang utk meyediakan diri bg ramadhan.ramadhan harus di latih mulai rejab.x byk buat sedikit.xsedikit buat termampu.
tuhan hanya menguji hambanya sekadar termampu hambanya..

diri sbg hamba ALLAH

JIKA di lihat dan dikaji sedikit,mana letaknya kekuatan kita?adakah kita sama mcm sahabat2 nabi?or para2 mujahid islam?muhasabah diri utk mencapai semua ini.tp semua ini perlukan persedian sejak azali.bila mana kita nak mulakan kan?jawapan nya sekarang!!!!   now!!!insyaallah

Jun 14, 2011

untuk kita semua yg berdosa

assalamualaikum..
kita cuba muhasabah diri sebentar.apa yg kita dah berikan kepada ALLAH?
sebenarnya tiada yg di minta tuhan selain mentaatinya..nikmat je luas,dosa kita byk.tidak adil sama sekali.berubah la utk memberi yg terbaik.jika dulu kita meminta pada mahkluk,sekarang berubah la utk memohon pada tuhan.tuhan tidak penah putus asa dlm memberi.bertaubatlah kita semua sebelum kita tiada .dosa selaut biru,jika di kehendaki oleh allah,maka lenyaplah ia.
harga selaut syukurku,hanyala setitis nikmatmu di dunia.

Jun 13, 2011

doa

assalamualaikum
aku berdoa dan berdoa utk di jemput ke tanah haram..aku tidak sangka secepat ini.alhamdulillah..
di sini kesan doa itu amat halus padaku.semua aku minta kepadanya.semua yg ku minta di tunaikan.cuma lambat dan cepat sahaja.itu lah senjata mukmin...mulai ini semau munajat di teluskan kepada nya.
doa itu indah.


Doa yang bererti ibadah atau menyembah

''Dan jangan kamu berdoa (menyembah) selain Allah, sesuatu yang tidak memberi manfaat dan mudharat kepadamu...
(Surah Yunus ayat 106)

sepatutnya

assalamualaikum..
dlm perjalanan aku berniatkan niat yg satu ..iaitu menunaikan umrah.sekitar pemikiran aku berfikir,adakah aku ni layak?saat perjalanan teramat manis walaupun penat..org kata naik kapal terbang best!!! org kg mcm aku rasanya biasa je.sama mcm naik bas.cuma tinggi di awan.bak kata zahin,abah!! awan dania.sepatutnya ada yg tak patu dlm kepatutkan itu.
aku ni hamba allah yg lalai,namun aku dengan biasanya lupa akan semua itu.jika kita kira,sepatutnya tak allah berikan kita nafas ?padahal kita ni nak taat kepadanya pun main2 sahaja.acuh tak acuh.contoh,pADA subuh hari,dtg jibrail memotong bil nafas kita..alasannya kita tidak menunaikan solat subuh..kesannya....
tp itu yg sepatutnya.namun tuhan tidak begitu,dia maha pemurah..di beri peluang sampai kita xde peluang...

Jun 10, 2011

ALLAH yang maha memberi

kita di suruh meminta apa sahaja kepada allah.minta la apa sahaja.allah tidak pernah tidak memberi.sbb apa ,sbb semuanya miliknya.tidak susut nilai or kurang sedikit pun.emosinya adalah bertuhankan allah..allah tidak pernah berhenti memberi walaupun kita tidak mentaatinya.ALLAH TIDAK BERHENTI MEMBERI WALAUPUN KITA TIDAK MENTAATI ALLAH...

ada keje pulak.lepas jumaat la sambung....

May 31, 2011

kenangan di sana

bismilallahirahmanirahim..
assalamualaikum dan selamat semua.

lama sudah tidak menulis /menaip di sini.ingatkan nak lama lg.start 1hb 6.tp ada masa sikit ,cuba la teruskan.insyaallah agar semua mendapat manfaat.berkesempatan di panggil ilahi ke tanah haram .hati tenteram bila mana berita gembira sampai ke telinga aku.seperti bagaikan bermimpi.sedikit sebyk dpt juga aku ilmu2 khas di sana.insyaallah ..


berlatar belakangkan bukit uhud.tempat dimana tentera islam semasa perang uhud.bukit di mana tentera memanah telah mengingkari perintah nabi kita.tentera islam hampir kalah.di sini juga terdapat makam saidina hamzah,bukit uhud juga di kata tuhan adalah antara bukit2 di syurga.bagaikan bermimpi....

selepas zohor di masjid nabi.di madinah munawarah.tanah haram.tempat di mana dimakamkan kekasih  ALLAH DAN PARA SAHABAT.apa yg di perkatakan hanyalah maha suci ALLAH.moga di berkhati hidup aku dan keterunanku.nabi mengatakan ,solatla di masjid ku.pahala satu waktu solat adala 100,00.masyaallah.hebatnya kuasamu.di sini adalah tempat or pintu masuk ke dlm masjid.saban hari kaki melangkah ke sini...saban hari luluh hati ku.gertak lalu bagaikan bermimpi/...



impian setiap umat islam di dunia,impian aku sejak 4-5tahun dulu tercapai pada 2011.terima kasih ALLAH.ampunkan dosa aku sbb selalu melupakan ALLAH.namun MU amat pemurah dan pemaaf.memaafkan hamba mu walaupun jahat pada  mu..pagi ini aku menunaikan umrah.ramai org umpama air sungai.kalau musim haji lagi la.tp kita sering di mudahkan tuhan,niat dan terus berdoa.ku rindu saat ini lagi YA ALLAH YA KARIM..

insyaallah..seperti biasa rutin harian aku di sini.munajat dan beramal.

aku baru sahaja melakukan umrah selama 12 hari.alhamdulillah syukur.aku ni insann kerdil yg terpilih utk ke sana.lalu ku titipkan doa utk semua agar di buka pintu rezeki ke sana utk merasai keseronokan spt aku.insyaallah akan di uploadkan lagi picture2 aku di sana.

May 3, 2011

cermin mata

assalamualaikum dunia...
selamat menyambut hari ibu..tiada yg lebih penting dr ibu..
wanita ygbergelar ibu mendapat syafaat yg tinggi di sisi allah
satu kisah terjadi bila mana aku membawa isteri ku membuat cermin mata baru.cerminmata lama patah.di sbbkan kepala pening ..aku seperti melihat satu2 kejadian yg seaakan2 menjadikan aku ni hamba kepada allah.ya rahim ya rahman.aku hamba yg kerdil.
di kedai tersebut masuk seorg ibu bersama anaknya.seorng perempuan dlm lingkungan darjah 5 rasanya.mungkin anak ini ada masalah mata.lalu di bawa oleh ibunya.berkira2 la si cina tokeh kedai n ibu ini,berlakula tawar menawar sehingga berlakunya sedikit kekecohan.si ibu ni susah,ada bajet yg kecik.terpancar kehampaan nak saya aku membayar harga itu.disisi lain pulak si cina ni terlampau berkira.nak untung sgt.siap ckp pegi kedai lain lg.si anak ni masih setia menunnggu penglihatan yg jelas.tp si ibu ni berjanji akan membeli juga walau apa cara pun

Apr 14, 2011

dimana letaknya kita pada NYA

saban hari semakin dekat aku ke tanah haram.jika utk bertobat semata2 kesana ,sukar bg aku terima.keinsafan dr baik ke lebih baik amatla konsisten sekarang.hijrah dr x elok ke baik sebaik2nya pergerakan.hari ke hari aku makin terasa kecik lalu hanyut dr diri ini.tiada yg dapat di banggakan langsung!!!!

sebulan sebelum..

assalamualaikum dunia...
alhamdullillah,saya bersyukur kepada ilahi..semoga di panjangkan umur dan di berkati.agar saya terus merasai nikmat tuhan umpunye dunia...

Mar 31, 2011

kedai bawah poko

assalammualaikum dunia..
setiap pagi kl berkesempatan aku mesti kuar minum pagi.mkn dah di rumah.kuar pun bkn nak minum or mkn sgt pun.just nak amik angin.rehatkan minda.biasala melayan kerenah pesaskit yg xtentu hala ni.
setiap pagi kedai bwh pokok ketapang pilih utama aku.minum biasala teh o.tp hairan kenapa pakcik kedai tu tanya hari2 mau minum apa?biasa la.mkn nasi goreng sandwich.melayu+westren.hahaha
dlm semua paper yg ada di kedai ini,semua ku baca.utusan meloya baca sukan je.tu pun ada kelentong lagi!!!
dlm selak punye selak helaian paper ni,terkaget gua!!!!
apa isu?apa barang terkejut2!!!!
ada terpapar seorng pesakit aku di jadikan keldai dah ke luar negara.rasanya br je lagi buat ujian kat aku.umur 20an,smart segak.tp hati xtau.hampir xpecaya namun ia terjadi.moga dia x bersalah.insyaallah

Mar 28, 2011

segelas air

apabila minuman air kosong itu penting,harus ada jadual yg betul...insyaallah
• 30 minit sebelum makan pagi : 1 gelas
• 2-5 jam setelah makan pagi : 1 gelas
• 30 minit sebelum lunch : 1 gelas
• 2-5 jam setelah lunch : 1 gelas
• 30 menit sebelum makan malam : 2 gelas
• 2-5 jam setelah makan malam : 1 gelas
• 30 minit sebelum tidur : 1 gelas

buku baru sedar-x abis baca






bila benda2 ni ada kat aku,benda lain xleh buat.baca sikit dah nak tau semua mana boleh.sabar sikit la.aku nak baca buku ttg unrah duku..sat g payah pulak.

Mar 22, 2011

2nd

RUKUN-RUKUN UMRAH

1. Berihram (Berniat melakukan umrah)
2. Tawaf
3. Sa'i
4. Tahallul
5. Tertib

WAJIB-WAJIB UMRAH

1. Berihram serta berniat umrah di Miqat yang ditentukan.
2. Menjauhi segala perkara yang dilarang semasa dalam ihram.

SUNAT-SUNAT UMRAH

1. Mandi sunat untuk Ihram
2. Sembahyang sunat Ihram
3. Sembahyang sunat Tawaf
4. Mengucup Hajarul Aswad
5. Bertalbiyah.

MENYEDARI DIRI SEBAGAI TETAMU ALLAH

Bakal haji adalah Tetamu Allah s.w.t yang dipilih sendiri olehNya. Sebagai tetamu manusia kita akan hanya akan berada diruang khas yang dipanggil ruang tamu. Sebagai tetamu kita tidak boleh masuk ke dapur atau bilik tidur atau bilik bacaan hatta untuk ke tandas perlu meminta izin tuan rumah. Diruang tamu kita sebagai tetamu tidak boleh membuat sesuka hati. Kita tidak boleh mengubahkan kedudukan sofa atau meja seperti kesukaan kita. Kita tidak boleh menyuruh tuan rumah menurunkan gambar di dinding kerana kita tidak suka. Sebagai tetamu apabila makanan berada dihadapan kita, sebagai tetamu tidak beradap jika terus memakannya tanpa mendapat jemputan tuan rumah. Sebagai tetamu kita tidak boleh marah tuan rumah jika makanan yang dihidangkan tidak mengikut selera kita. Sebagai tetamu yang beradap akan sedaya mungkin tidak menimbulkan kegelisahan dan kebencian tuan rumah.
Fahamlah kita bahawa kita ke Tanah Suci adalah tetamu Allah maka kita tidak boleh melakukan sesuka hati kita. Tidak boleh bercakap mengikut perasaan kita. Tidak boleh merasa marah atau membuat teguran jika suasana atau keadaan tidak menyebelahi kita. Oleh itu kita akan melakukan sesuatu atau percakapan yang baik dan berfaedah, menyebabkan kita disukai oleh Allah s.w.t.

Mar 21, 2011

berita gembira pagi mulia

ALHAMDULILLAH
rahmat ALLAH yg paling manis akan ku dapat ini...INSYAALLAH.
apakah aku sedia?apakah aku sedang di uji?siapkah aku ke sana?fuh..bercampur perasaan ini.aku amat terasa ,the 1st think is makam RASULLULLAH S.A.W.sayu sgt aku terasa..kat rumah aku frame gambar tapak kaki nabi dan seangkatannya saje ada...memang ada Dambakan semua ini.ASSALAMUALAIKUM YA KEKASIH ALLAH..selawat ke atas nabi dan para sahabat.
aku harus bersedia lebih dari selalu.insyallah

Mar 17, 2011

lafazkan lah

selawat ke atas rasul sebanyak mungkin untuk mendapat syafaatnya nanti..

Feb 21, 2011

rezeki akan bertambah jika.....


Amalan-amalan ini menjadi sebab Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya. Berdasarkan konsep rezeki yang telah diperkatakan, Allah memberi jalan buat setiap hamba-Nya untuk memperolehi rezeki dalam pelbagai bentuk yang boleh menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat. Di antaranya:

1. Menyempatkan diri beribadah
Allah tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi:

“Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu.” (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.)

2. Memperbanyak istighfar
Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah , yang menjadi sebab Allah jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba.
Sabda Nabi s.a.w.:
“Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah s.w.t akan
menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.” (Riwayat Ahmad,Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a.)

3.Tinggalkan perbuatan dosa
Istighfar tidak laku di sisi Allah jika masih buat dosa. Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sabda Nabi s.a.w.:
“… dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya.” (Riwayat at-Tirmizi)

4.Sentiasa ingat Allah
Banyak ingat Allah buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini rezeki yang hanya Allah beri kepada orang beriman. Firman-Nya:
“(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah . Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram.” (Ar-Ra’d: 28)

5.Berbakti dan mendoakan ibu bapa
Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan. Baginda s.a.w. juga bersabda:
“Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya.” (Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani,al-Asybahani dan al-Hakim)
Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki,
berdasarkan sabda Nabi s.a.w.:
“Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah ) daripadanya.” (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)

6.Berbuat baik dan menolong orang yang lemah
Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin,juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Nabi s.a.w.:
“Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu.” (Riwayat Bukhari)

7.Tunaikan hajat orang lain
Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Nabi s.a.w.:
“Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya…” (Riwayat Muslim)

8.Banyak berselawat
Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan,kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat. Wallahu a’lam.

9.Buat kebajikan banyak-banyak
Ibnu Abbas berkata:
“Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain.Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya.”

10.Berpagi-pagi
Menurut Rasulullah s.a.w., berpagi-pagi (memulakan aktiviti hariansebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.

11.Menjalin silaturrahim
Nabi s.a.w. bersabda:
“Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya.” (Riwayat Bukhari)

12.Melazimi kekal berwuduk
Seorang Arab desa menemui Rasulullah s.a.w. dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah . Baginda s.a.w. bersabda:
“Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah akan memurahkan rezeki.” (Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid)

13.Bersedekah
Sedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah buka pintu rezeki. Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam:
“Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya.” (Riwayat ad-Daruquthni dari Anas r.a.)

14.Melazimi solat malam (tahajud)
Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah

15.Melazimi solat Dhuha
Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri. Firman Allah dalam hadis qudsi:
“Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya.” (Riwayat al-Hakim dan Thabrani)

16.Bersyukur kepada Allah
Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah . Lawannya adalah kufur nikmat. Allah berfirman:
“Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras.” (Ibrahim: 7) Firman-Nya lagi: “… dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.” (Ali Imran: 145)

17.Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu
Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma’ul husna selain menenangkan, menjenihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki. Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat, dikatakan boleh menjadi sebab Allah lapangkan kehidupan dan murahkan rezeki.

Salah satu nama Allah , al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu; misalnya dibaca “Ya Allah ya Fattah” berulang-ulang, diiringi doa: “Ya Allah , bukalah hati kami untuk mengenali-Mu,bukalah pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya `Alim.” Ada juga hadis menyebut, siapa amalkan baca surah al-Waqi’ah setiap malam, diatidak akan ditimpa kepapaan. Wallahu a’lam.

18.Berdoa
Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah , penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam al-Quran, Allah suruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan perkenankan.

19.Berikhtiar sehabisnya
Siapa berusaha, dia akan dapat. Ini sunnatullah. Dalam satu hadis sahih dikatakan bahawa Allah berikan dunia kepada orang yang dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tapi agama hanya Allah beri kepada orang yang dicintai-Nya saja.

(Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim)
Bagi orang beriman, tentulah dia perlu mencari sebab-sebab yang boleh membawa kepada murah rezeki dalam skop yang luas. Misalnya,hendak tenang dibacanya Quran, hendak dapat anak yang baik dididiknya sejak anak dalam rahim lagi, hendak sihat dijaganya pemakanan dan makan yang baik dan halal, hendak dapat jiran yang baik dia sendiri berusaha jadi baik, hendak rezeki berkat dijauhinya yang haram, dan sebagainya.

20.Bertawakal
Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan Allah . Firman-Nya:
“Barang siapa bertawakal kepada Allah , nescaya Allah mencukupkan(keperluannya) .” (At-Thalaq: 3)

Nabi s.a.w. bersabda: “Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang.” (Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattabr.a.)

Kesemua yang disebut di atas adalah amalan-amalan yang membawa kepada takwa. Dengan takwa, Allah akan beri “jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkan) , dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya.” (At-Talaq: 2-3)

Pendek kata, bagi orang Islam, untuk murah rezeki dalam ertikata yang sebenarnya, kuncinya adalah buat amalan-amalan takwa. Amalan-amalan ini menjadi sebab jatuhnya kasih sayang Allah , lalu Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya.


 

ajak main bola....

assalammualaikum ...
terkezuttttt  gua,dapat sms pagi td.
askum striker...bila nak datang selection team ni?nama lu dah tentu ada punye.
malu aku.mana ada main bola jadi penyerang lagi dah.pancit beb.jadi midfield boleh la.jawab aku.
fuh lama dah.dah lama.depa lupa ke?ke aku yg lupa..
aku dah cakap aku dah x keje di KUALA LUMPUR.ni nak g selection.liga FAM pulak tu.6 stud aku pun dah jual.mana nak main dah.hahaha.mcm x caya je depa aku dah tukar perak.main utk freindly game boleh la.futsal ke.anywhere thanks semua.to all my team your all very best!!! our memories is da best...

Feb 9, 2011

cuba tgk

ajaib

keajaiban ciptaan ALLAH.......

indahnya ciptaan nombor 

cuba


umur anda sekarang    +   tahun kelahiran anda


jawapan  111



cuba encik dan puan

RASULLULLAH S.A.W. ku rindu mu


Feb 3, 2011

aku dan kawan cinaku

assalamualaikm dunia

sempena raya cina ni,saya ingin bercerita tentang kawan dan sahabat cina saya.aku mempunyai kawan cina bermula dr tingkatan satu.di mana sek menengah aku bercampur dgn pelbagai bangsa.di sebabkan aku baik dgn mereka,kami sering bertukar2 ilmu.aku lebih kepada bahasa melayu.depe ajar gua yg lain.memang syok.semua smart2 dan hard.aku lebih senang bergaul dgn mereka.ada sampai tido di rumah ku.
aku tidak lupa jasa2 mereka.mereka x sombong pada yg mengenalinya.
kawan2 aku,
cheah fook hoe adalah paling rapat.kami sering bermain badminton bersama2.asal petang je cheah dtg ke rumah ku untuk bermain badminton.apabila kami tiada duit utk membeli bulu tangkis,kami akan bermain bola sepak.cheah juaga pandai bermain bola.aku rasa dia adalah budak cina pertama yg bermain bola di kg aku.kg org melayu.kami memang rapat.mkn pun sama2.bapanya cheah kam seng,abgnya form 3 ,cheah fook keong.berbasikal kami ke sekolah.cina pun makan nasi lemak buah bidara.budi bahasa dia memang amat unik.byk cerita yg kami berdua kongsi bersama.rahsia sampai ke hari ni.persahabatan kami sampai ke form 5.kami kelas aliran sains.tp berlainan kelas.namun kami masih lagi berbual saban hari dan bergelak ketawa.sehingga abis spm kami terputus hubungan .sementara menunggu keputusan spm kami mencari kerja.dgr cite di ke singapura.dan hilang khabar berita,harap cheah sihat dan berjaya.alangkah terkejutnya aku bila aku pulang cuti sem,bilamana aku ke rumahnya.sudah tiada rumah cheah.aku sedih melihat kenangan kami lenyap begitu sahaja.tp aku yakin ke temu dia satu hari nanti.
ada llagi kawan yg rapat juga dgn aku.iaitu loh wai sun.kami akrab sebab dia ketua kelas,aku setiausaha pada form 1,dan penolong ketua kelas di form 2.kami saling berkerja sama.aku sering mengatur teks ucapan dia.kaya cina ni.setakat rm5 sebagai elaun aku memang senang aku dapat.hahaha
lagi,thye liang chin..dia ni susah orgnya.berniaga selepas abis sekolah.cakap bersembur.pelat tarak ingat,tp dia member gua.harap kita dpt jumpe lg thye.miss sama lu!!!
lagi qi tian .nama penuh gua x ingat.dia ni pelatih U masa aku keje HKL dulu.amoi.cun sbb x pakai tudung.rajin belajar,sinonim dgn org cina.dia ni memang nak belajar.dlm 3 bulan tu,aku rasa dia dah boleh handle lab aku.kami sering kuar sama.dia open punye.kedai mamak pun layan.naik bas pun layan.aku je x dan tarbiah dia.masa tu aku pun teruk jgk.hahaha.moga qi tian dah berjaya.

paling aku x leh lupa adalah kak teo...thanks kak teo.

to all my chinese freindz...selamat hari raya cina..

Jan 31, 2011

memberi utk menerima

assalamualaikum dunia

sebenarnya kita ni manusia harus di beri motivasi tiap2 hari.tujuan nya adalah utk beramal dan menyembah ALLAH S.A.W..diri kita ni hanya pinjaman.tiada yg istimewa kl tiada taqwa dan iman.marilah kita memperbykan sedekah dan amal .nilai diri akan lebih tinggi .hanya amal dan sedekah jariah yg akan menemani kita di alam lain nanti.
kisah dlm bersedekah ni,aku ada satu kisah.iaitu memberi utk menerima.
pada satu ceramah maghrib,aku di dengari oleh ustaz sebuah cerita yg membuat aku sentiasa redha dgn apa yg aku ada.xkira fizikal or mental!! moga citer ni akan memberi sedikit pahala pada aku ,hasil dr apa yg saudara dan saudari amik dr coretan kerdil aku ini.cerita yg membibitkan rasa cinta pada aku utk memberi apa jua secara ikhlas.bersedekah dimana hati terdetik utk membuatnya.
cerita di sebuah kg,di mana tinggal sebuah keluarga yg hidup susah.hidup mereka tidak ber ayah.tinggal dua beradik bersama ibu mereka.ibu ini hanya membuat kerja kg dan mengambil upah sahaja.memang susah.
disini naluri seorg ibu itu amat kuat.walau susah mcm mana pun,si ibu tetap ingin memberi ilmu yg berguna kepada anak2 nya.akan di cuba oleh ibu menyekolahkan anak2nya dlm apa jua cabaran .kesusahan ini amat memeritkan.si ibu ni x berapa kuat sgt.kurang sihat utk membuat kerja berat.mana ada rezeki itu yg mereka mkn dan gunakan.
dlm satu keadaan ,dimana seorng penduduk yg lalu di kg itu ternampak seorng budak berlari.berlari seolah2 dlm ketakutan.lalu di ikut oleh lelaki ini budak itu kemana arah pergi.sehingga sampai budak ini di rumah mereka.rumah yg usang.rumah dimana si ibu sedang membuat keje rumah.membasuh pinggan mangkuk yg di amik upah.di ikut lelaki itu sampai ke rumah.lalu di dgr nada kemarahan dr seorg abg terhadap adiknya.adiknya yg berlari tadi.lelaki ini berasa hairan,kenapa di marah pulak.tidak lama selepas itu keluar la abg ini.apa yg dpt di lihat oleh lelaki ni?MASYAALLAH!!!
keluarnya si abg ni dlm keadaan lega.apa yg di lihat oleh lelaki itu adalah baju sekolah si abg ni sendat dan basah.diperhatikan dgn teliti baju si abg itu.rupanya basah adalah di sebabkan peluh adiknya tadi.seluar dan bajunya sendat.yg dimarahi aabgnya tadi sbb adiknya pulang lewat.risau abgnya pula.si abg ni pula berlari kesekolah.mereka berkongsi baju dan seluar sekolah yg sama walaupun berlainan usia.kesusahan yg di perlihatkan kepada lelaki itu amat sedih.

dengan kuasa tuhan satu lagi peristiwa utk ikhtibar.
dimana si abg ni mendapat keputusan 5A dlm upsr.maka di panggil oleh pihak sekolah utk penyampaian hadiah dan ucapan tahniah.dlm kegembiraan semua pelajar yg cemerlang ini,di tanya oleh pengetua apakah hadiah yg mereka dapat utk kejayaan ini?lalu seorng2 menceritakan hadiah dan kemanisan kejayaan mereka.lalu sampai giliran si abg ni tadi.apa jawapan yg di berikan dunia?
si abg ni menjawab..saya menunjukkan keputusan ni kepada ibu.lalu ibu memaut kepalaku dan medakap aku.terasa kehangatan air mata ibu membasahi pipi ku.terpancar wajah kepuasan di wajah ibu.itu lah hadiah yg aku dapat.hadiah yg tidak boleh di beli di dunia.aku bersyukur kerana ada ibu .kata si abg itu.

ingatlah wahai sahabat sekalian.diri kita susah,bkn bererti kita ni malang.ada lagi org yg lebih susah dr kita.ada yg susah yg kita x dapat bayangkan kesusahan mereka.maka bersyukurlah,dan sedekah kan harta kita utk yg memerlukan.INSYALLAH.

Jan 26, 2011

subuh yg subur

assalamualaikum dunia....
syukur kehadrat ilahi kerana di hidupkan pagi ini utk terus bertobat kepadanya.apa lg tujuan hidup kita selain beribadat dan menurut perintah ALLAH.mulakan kan hidup di subuh hari dgn bertawakal kepaaNYA.insyaallah.
dalam perjalanan ke tempat kerja sempat juga aku mendgr motivasi pagi dr corong radio kereta aku.adakala motivasi yg di beri mudah di kecapi.namun ada juga isu berat yg otak aku berspontan lari dr sisi ceramah .
yg akan ku ceritakan adalah kelebihan memberi.insyaallah....

Jan 24, 2011

titiskan airmata kita utk kasihnya ibu.....

assalamualaikum dunia..
setiap kita mempunyai ibu.kasihnye ibu membawa ke syurga.aku selalu teringat kata tuan guru ku..kerhedaan ALLAH ,adalah kerhedaan ibu bapa.so ingatlah untuk melakukan sesuatu kerja or benda hendaklah mendapat restu ibu dan bapa.kalau diberi  seluruh harta kita kepada mereka nescaya tidak akan dapat membalasnye walaupun ibu berkata sudah cukup dengan apa pemberian kita.aku rindu emak aku setiap hari,namun hati aku cuba menafikan realiti.tapi doa ku padanya tetap tidaK berubah.aku x mahu seperti kata pepatah, "sesuatu itu menjadi berharga apabila kita kehilangannya".akan ku beri mana termampu utk membahagiakan ibu .kasih sayang aku sama mcm dr kecik.ada satu kisah tentang pergorbanan ibu yg nescaya hati ibu adalah semurni2 hati .
aku menangis di dalam hati,malah xmampu diterjemahkan kepada air mata,bila mana seorng ustaz menceritakan dlm ceramahnya ttg kasihnya ibu.ini berbalik dgn keredhaan ALLAH.meruntun jiwa dan naluri.aku seperti anak2 kecik yg dahaga kan ilmu.setiap kuliah di mana2 masjid ku pergi utk mengenali diri.
ustaz ni menceritakan kasih ibu sehingga nafas terakhir,...
kisahnya bila mana terjadinya satu kemalangan ngeri di sebuah lebuhraya.di suatu hari takkala dlm perjalanan,telah terjadi satu kemalangan ,dimana seorang anggota bomba ni menceritakan sendiri pengalaman bernilainya kepada ustaz ni.dlm kejadian itu,kereta yg dipandu oleh suami dia,terlanggar dan terbabas di laluan bertentangan,kejadian ngeri ini kata anggota bomba ni adalah yg paling terkesan dalam hatinya.
kAtanya.dlm kejadian tu,suami di bangku pemandu remuk sama sekali.darah berlimpah ke jlnraya.kereta total loss.dimana suami ni meninggal di tempat kejadian berikutan kecederaan teruk di kepala.anggota bomba yg mengeluarkan mangsa amat teliti.takkala di tempat duduk belakang ada isteri.iaitu ibu kepada bayi di tempat duduk belakang.ibu ni dlm keadaan nazak.disedari oleh anggota bomba ada mangsa yg tersepit di belakang.iaitu ibu dan si bayi dia.dimana keadaan ibu ni amatlah nazak.dgn darah berlumuran segenap anggota,kepala tengkorak terkeluar,dan nazak.sedang anggota bomba ni ingin membantu si ibu nie,si ibu tu tersenyum melihat anaknya selamat.sambil anak nye dlm keadaan selamat menangis dengan kuatnya.di sebabkan si ibu ni dlm keadaan lemah,dia memberi isyarat kepada anggota bomba,yg bererti membawa anaknya ke pangkuannya.lalu dlm suasana hiba dan terharu,si ibu ni membawa bayi nye kedalam bajunya.apa yg di buat saudara saudari sekalian?itu lah naluri dan kasih sayang ibu!!di berinya susu ibu kepada anaknya tadi.menangis anggota bomba tu melihatnya.dlm linangan air mata si ibu ni tersenyum.tersenyum puas.sbb apa?sebab dapat memberikan susu terakhir kepada zuriatnya.susu yg seikhlas2nya susu.kenyanglah anak itu sehingga berhenti menangis.dapat di rasakan oleh ahli bomba itu roh si ibu itu pergi dengan setenang2nya. lalu di angkat si mayat ibu itu yg cedera parah dgn senang dan selamat.tinggallah anak itu sorang,yatim piatu.
keihlasan seorang ibu mana mungkin kita balas....ampunilah dosaku wahai ibu dan ayah..

Jan 21, 2011

sesudah jumaat

assalamualaikum dunia..
 alhamdullillah selamat solat jumaat tadi.mcm biasa topik khutbah gua akan bincangkan.
islam agama lumrah.agama agung.disini kupasan khutbah tertumpu pada pandangan dunia terhadap agama islam itu sendiri.berbagai2 gelaran dan ucapan terhadap islam.biasa la negara barat,mahupun negara islam pun memberi komen ttg islam.naratif dia adalah islam semakin diterima.walaupun berbagai2 keburukan di letakkan ,islam masih menjadi agama utama.malah semakin kuat.


HAK CIPTA OR HAK MILIK...

ASSALAMUALAIKUM DUNIA....

dimasa ilmu disebarkan oleh golongan nabi,ulama dan umara` ,apakah yg kita dapat hari ni?adakah bersaru or berbalah?
para2 nabi adalah utusan ALLAH.islam adalah ugama yg BENAR..contoh ,memahami al quran.maksud memahami ilmu la tu.adakah hak dan had?ramai yg tidak faham ttg ilmu!!! tidak salah utk di kongsi.namun lebih afdal.tp kenapa ada bantahan dan meminta pengesahan?bkn ada ke camni?
hak cipta -???/
hak milik-*??/??
sama2 la kita memberi utk lebih menerima.tiada halangan sebenarnye.cuma remeh temeh personaliti yg mundur sahaja meminta2 utk mendapat habuan.dari mana kita amik ilmu?sure dari al furqan.so kena minta izin individu ke?kena minta kebenaran kerajaan ke?ilmu ni luas.seluas nafas yg kita hembus dan sedut.bukan sedut dan hembus!!!seelok-eloknya memberi la utk keihklasan .tiada niat lain.bagi saya,sesiapa yg kurang senang ttg ilmu yg sy curahkan or perkatakan ,samada dlm bolg,chat box,fb ,twiter,flagged,mana2 lapangan ilmu dan fikiran wali,sy memohon maaf.

Jan 20, 2011

simpanan emas

Kenapa mesti simpan emas


KENAPA MESTI SIMPAN EMAS?
Membuat pelaburan semaksima mungkin dan 
jana simpanan anda ke arah yang lebih selamat dan bernilai tanpa susut nilai dan di telan zaman.

  • 80’an harga emas RM30/gram, 
    Kita kata emas itu mahal! Kita tak mampu

  • 90’an harga emas RM80/gram,Kita kata emas itu mahal! Kita tak mampu juga
  • 2010 harga emas CECAH RM160/gram, Memang emas itu mahal! Tapi kita masih kata, kita tak mampu!

Jadi BILAkah masanya kita MAMPU BELI....?,

Tanya diri anda sendiri dan buat kira-kira anda sendiri. Sekiranya anda beli pada tahun 90’an dengan harga RM80/gram dan pada 2010 anda jual dengan harga 160/gram?! Itu kalau anda pegang 1 gram (sebesar pasir). 


Cuba mulakan dengan 20gram dengan nilai lebih kurang RM3k, bayangkan nilai 20gram itu cukup 1 tahun yg akan datang sahaja. Bayangkan pula 10 tahun nilai emas yang disimpan.

Jan 19, 2011

hasil dari bacaan

Jika kita imbas kembali kisah mengenai kalendar masyarakat Maya yang hangat diutarakan pada tahun 2010 dan ditambah pula dengan pembikinan filem 2012 telah menarik minat seorang ahli arkeologi untuk membuat satu kajian mengenai kalendar ini. Ia telah memberi spekulasi berkenaan apa yang tertulis di bahagian yang merujuk kepada satu kejadian yang tidak terduga pada tahun 2012. Dia menafsirkan satu kenyataan yang berbunyi “Ia tertulis, ‘Dia akan turun dari langit’.” Mungkinkah fenomena yang pernah mempengaruhi perjalanan seluruh dunia berdasarkan kalendar Maya itu berkaitan dengan kedatangan Nabi Isa a.s ke Dunia?”

Tentu sahaja, ia mungkin terjadi. Ianya tidak mustahil dari segi tarikhnya, adalah munasabah Isa al masih akan berumur 33 tahun apabila dia kembali. Tidak mustahil dia akan datang pada tahun 2012, ia wajar. Kerana dia akan melancarkan perjuangan untuk suatu masa yang Maksimum 10-15 tahun lagi sehingga kedatangannya, insyaAllah. Penerangan yang terdapat di situ amat menarik. MasyaAllah. Tercatat bahawa dia akan datang dari langit, bukankah begitu?

Seorang ahli arkeologi mengeluarkan kenyataan yang berbunyi “ ia tertulis `dia akan turun dari langit` ”. Beliau menafsir kalendar masyarakat Maya dengan cara sedemikian, beliau telah menyatakan bahawa tertulis
“Dia akan turun dari langit”
Kedengarannya seperti waktu kedatangan Isa a.s ke Bumi bukannya hari Kiamat, MasyaAllah. Namun yang pasti, kita tidak akan mengenalinya di awal kehadiran baginda. Baginda hanya akan dikenali dikemudian.....

Jan 13, 2011

serba sedikit ttg depa!!!!

assalamualaikum dunia islam seisi alam.di sini ada sedikit info dan ilmu ttg agama kristian.amik dan fahami ,bagi persiapan diri dan isnyaallah sebarkan jika berkemampuan!!!!

Yom Tov


Yom Tov secara literal bermaksud hari perayaan yang baik (good day). Ianya ditentukan menurut kalender Yahudi yang berasaskan sistem lunar. Kebiasaannya pantang larang ketika hari Sabbath digunapakai ketika Yom Tov, terutamanya larangan bekerja. Antara Yom Tov ialah:

Rosh ha’Shanah (dua hari) – Tahun Baru Yahudi

Yom Kippor – Hari Penebusan (atonement)

Sukkos dan Shmini – Pesta Tabernacles

Pesach – Passover

Sh’vuos – Feast of Weeks

Sembahyang

Orang Yahudi bersembahyang tiga kali sehari semasa hari bekerja (selain hari Sabbath). Sekali di waktu awal pagi, kemudian di waktu tengahari dan terakhir sekali di waktu malam.

Synagogue

Tempat perkumpulan untuk bersembahyang bagi penganut agama Yahudi dikenali di dalam bahasa Inggeris sebagai synagogue. Mereka menyebutnya sebagai beyt t’fila. Akan tetapi orang Yahudi ortodoks sebenarnya tidak menggemari penggunaan perkataan synagogue, sebaliknya mereka lebih suka menggunakan perkataan ‘shul’ merujuk kepada beyt t’fila mereka.

Berjabat Tangan

Amalan berjabat tangan adalah kebiasaan orang Yahudi. Akan tetapi sama seperti orang Islam, mereka dilarang sama sekali daripada bersalaman dengan yang berlainan jantina.

Percampuran Lelaki dan Perempuan

Orang Yahudi amat pantang untuk hidup bercampur gaul antara lelaki dan perempuan tanpa hubungan kekeluargaan. Di dalam pejabat, mereka akan meminta supaya diasingkan tempat duduk dan meja antara lelaki dan perempuan.

Jan 11, 2011

dr pena yusof qardawi

assalamualaikum semua sahabat dan kawan semua...
rumahtangga mana yg tiada masalah.rencah ratus semua terlihat dan di rasa.aku berpesan pada diri ku dan semua...
tiada yg mudah utk mudah.kadang2 ada kawan dan kenalan yg berkongsi masalah dgn aku,mana yg boleh di jawab ,aku jawab .mana yg sukar dan memerlukan ilmu aku rujuk kepada para2 guru dan membaca buku2 berkaitan.
antara nya ttg metode yusuf qardawi ttg total islam.dapat di simpul kan dan kongsikan di sini.
aku bkn bersikap prejudis...kita mulakan ngan pompan.nanti aku post suami pulak...ok!!!!

CIRI-CIRI, SIKAP, PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB ISTERI  
  •  Bertanggungjawab dalam urusan dan bidang sebagai seorang isteri terutamanya terhadap suami.
  • Keutamaan seorang isteri ialah melayan suami dengan  ikhlas atau murni kerana Allah semata-mata.
  • Mentaati suami selagi dalam perkara yang dibolehkan. Hanya boleh ingkar dalam perkara-perkara maksiat dan dosa.
  •  Sentiasa merendah diri atau tawadhuk kepada suami. Melalui bersikap tawadhuk, bimbingan, teguran dan tunjuk ajar dapat berjalan lancar. Merendah diri juga agar tidak berlaku satu kapal dua nakhoda. Maka akan harmonilah kehidupan keluarga.
  • Isteri mesti sentiasa berusaha menghiburkan suami dalam layanan, sikap, percakapan dan ketaatan
  • Sebaik-baiknya isteri menyambut kepulangan suami.Dengan cara ini akan menyejukkan hati, menyenangkan hati, menenangkan perasaan dan menambahkan kemesraan.
  •  Isteri tidak menuntut sesuatu yang tidak termampu oleh suami kecuali dalam hak yang asasi. Tuntutan yang membebankan suami boleh menganggu perasaan suami, boleh mengeruhkan hubungan. Kalau keterlaluan mendesak, suami boleh terjebak kepada perbuatan dosa.
  •  Isteri sentiasa memberi kerjasama kepada suami dalam apa aspek rumahtangga. Sikap suka membantah, ingkar dan kurang memberi kerjasama mudah meretakkan hubungan,boleh berlaku krisis dan membantutkan banyak perancangan keluarga.
  • Mesti berusaha agar dapat bersembahyang jemaah bersama suami. Dari situ nanti akan banyak memperoleh rahmat dan berkat dari Tuhan dan mengeratkan lagi hubungan hati.
  • Isteri mesti menjaga maruah diri sama ada sewaktu dirumah lebih-lebih lagi di luar rumah.
  • Keperluan suami dalam lingkungan rumahtangga hendaklah disediakan oleh isteri. Dalam beberapa hal dan aspek,tidak pula dituntut sebagai wajib, namun di situlah ruang  dan peluang bagi seorang isteri mengumpul sebanyak banyak darjat taqwa di sisi Tuhan Seorang hamba itu hanya dapat mendekatkan diri dengan Tuhan melalui saluran  yang bukan perkara fardhu atau wajib, melainkan dalam  perkara-perkara lain yang dibuat sebagai usaha mencari  bekalan taqwa.
  •  Berpuas hatilah di atas apa sahaja pemberian suami. Perlu  berkorban perasaan sekiranya kurang berpuas hati. Jangan  korbankan kepentingan kebahagiaan rumahtangga hanya semata-mata mahu memenuhi perasaan sendiri. 
  •  Kesalahan suami hendaklah dilupakan. Anggaplah jasa  dan khidmat suami itu jauh lebih besar berbanding ke silapan yang dilakukan oleh suami. Lebih-lebih lagi lazim ya kesalahan suami itu berlaku sekali sekala. Kadang-kadang bukan disengajakan atau hanya salah faham, atau kerana menghadapi tekanan. Bila gagal melupakan kesalahan suami akan subur dendam kesumat yang boleh mencetuskan huru hara dalam rumahtangga. Ini umpama  sumbu mercun yang gagal dipadamkan. Sumbu mercun  itu hanyalah sekadar keluar percikan bunga api. Bila tidak   dipadamkan, letupan mercun amat kuat bunyinya.ini yg ramai pompan panas dan kurang bersetuju!!!!
  • Memberi semangat kepada suami. Sesekali berlaku juga lemah semangat kepada suami, bukan lemah jiwa. Dalam  situasi demikian, maka isteri hendaklah bersikap seperti  Sayidatina Khadijah ketika Rasulullah SAW mula menerima wahyu. Sayidatina Khadijah menyelimutkan Rasulullah SAW dan memberi semangat serta perangsang  dengan tugas besar yang baru diterima oleh Rasulullah  SAW. 
  •  Ketika suami bercakap, tidak kira dalam apa topik dan aspek, maka isteri perlu mendengar dengan teliti dan sepenuh hati. Ini juga sebagai tanda hormat, memuliakan suami serta tanda merendah diri kepada suami.
  •   Cacat cela, kelemahan, aib, kejahatan suami tidak didedahkan kepada sesiapa pun, hatta kepada ibu bapa dan kawan  sendiri. 
  •  Isteri juga hendaklah berusaha membesar dan menguta makan Tuhan. Hendaklah sama-sama menjadi hamba yang  hidup bertuhan dalam apa jua aspek kehidupan.

 Sedangkan lidah lagi tergigit, maka apabila timbul sebarang masalah, cuba dibawa kepada perbincangan bersama.Elakkan dari retak dahulu baru hendak dibincangkan.
Kalau retak dahulu, bincang kemudian, keadaan begini kurang berkesan untuk mengatasi masalah.


Ilmu merupakan harta abstrak titipan Allah Subhanahu wata'ala kepada seluruh manusia yang akan bertambah bila diamalkan, salah satu pengamalannya adalah dengan membagi-bagikan ilmu itu kepada yang membutuhkan.
Janganlah sombong dengan ilmu yang sedikit, karena jika Allah Subhanahu wata'ala berkehendak ilmu itu akan sirna dalam sekejap, beritahulah orang yang tidak tahu, tunjukilah orang yang minta petunjuk, amalkanlah ilmu itu sebatas yang engkau mampu.

Jan 7, 2011

selepas jumaat

alhamdullillah
khutbat dr mimbar yg terkesan pada aku hari ni adalah erti tanggungjawab.padahal tajuk khutbah lain
hehehe

di zaman rasullullah s.a.w.,ada seorng rakyat..
ketika seorng tu sahabat sedang bersolat ,apabila abis solat ,rakyat itu tergesa2 utk pulang..
rasullullah s.a.w. bertaanya,ya sahabat...mengapa kamu bergegas,tergesa2 mahu pulang?

sahabat itu menjawab :ya rasullalah,ya habibilllah...sy risau .
kenapa anta risau ya sahabatku?
ya rasullullah,ana risau anak ana memakan kurma yg jatuh di hadapan rumah jiran ana.
ya sahabat : mana isteri mu?
isteri ana telah meninggal dunia tuan..
rasullullah terdiam dan memandang jauh sahabat itu..

begitu la tanggungjawab yg sebenar2nya tanggungjawab yg harus di pegang oleh seseorg.
tanggungjawab yg telah di amanahkan.setiap org ada tanggungjawab masing2.moga aku di pilih oleh ALLAH
untuk memegang tanggung jawab dgn amanah.selain itu aku juga mahu mentablighkan sesuatu ilmu walaupun sebesar zarah.lindungilah aku YA ALLAH!!

Jan 6, 2011

selamat tahun baru

assalamualaikum...

selamat tahun baru maal hijrah