al quran- senaskah

hubungi meor - 0125964886 utk membeli

Jan 13, 2011

serba sedikit ttg depa!!!!

assalamualaikum dunia islam seisi alam.di sini ada sedikit info dan ilmu ttg agama kristian.amik dan fahami ,bagi persiapan diri dan isnyaallah sebarkan jika berkemampuan!!!!

Yom Tov


Yom Tov secara literal bermaksud hari perayaan yang baik (good day). Ianya ditentukan menurut kalender Yahudi yang berasaskan sistem lunar. Kebiasaannya pantang larang ketika hari Sabbath digunapakai ketika Yom Tov, terutamanya larangan bekerja. Antara Yom Tov ialah:

Rosh ha’Shanah (dua hari) – Tahun Baru Yahudi

Yom Kippor – Hari Penebusan (atonement)

Sukkos dan Shmini – Pesta Tabernacles

Pesach – Passover

Sh’vuos – Feast of Weeks

Sembahyang

Orang Yahudi bersembahyang tiga kali sehari semasa hari bekerja (selain hari Sabbath). Sekali di waktu awal pagi, kemudian di waktu tengahari dan terakhir sekali di waktu malam.

Synagogue

Tempat perkumpulan untuk bersembahyang bagi penganut agama Yahudi dikenali di dalam bahasa Inggeris sebagai synagogue. Mereka menyebutnya sebagai beyt t’fila. Akan tetapi orang Yahudi ortodoks sebenarnya tidak menggemari penggunaan perkataan synagogue, sebaliknya mereka lebih suka menggunakan perkataan ‘shul’ merujuk kepada beyt t’fila mereka.

Berjabat Tangan

Amalan berjabat tangan adalah kebiasaan orang Yahudi. Akan tetapi sama seperti orang Islam, mereka dilarang sama sekali daripada bersalaman dengan yang berlainan jantina.

Percampuran Lelaki dan Perempuan

Orang Yahudi amat pantang untuk hidup bercampur gaul antara lelaki dan perempuan tanpa hubungan kekeluargaan. Di dalam pejabat, mereka akan meminta supaya diasingkan tempat duduk dan meja antara lelaki dan perempuan.

No comments:

Post a Comment