al quran- senaskah

hubungi meor - 0125964886 utk membeli

Jan 10, 2012

serba sedikit ttg ilmu mantik

sekadar dr blog lain utk sedikit ilmu kepada kalian


Pertumbuhan ilmu mantik

Mantik ialah sebahagian dari ilmu akli (ilmu yang berasaskan akal fikiran). Ilmu ini diperlukan oleh manusia untuk berfikir dan menyusun maklumat-maklumatnya.
Ilmu ini wujud sejak dahulu kala lagi dimana sejarahnya bermula sebelum kelahiran nabi Isa a.s.
Golongan yang memainkan peranan penting dalam penyebaran ilmu ini ialah ahli falsafah Yunani.
Ceritanya bermula di Athens iaitu ibu kota Yunani, dimana kota tersebut telah didatangi oleh sekumpulan penjajah yang berniat untuk menjajah Negara tersebut. Mereka dikenali sebagai golongan Sophistos.
Mereka mula menyebarkan pemikiran-pemikiran yang salah di kalangan penduduknya. Tujuan mereka tidak lain hanyalah untuk menggulingkan kerajaan Yunani dan menghapuskan kepercayaan-kepercayaan agama yang dimiliki rakyatnya.
Keadaan ini berterusan sehingga kemunculan Socrates. Beliau Berjaya menghapuskan pemikiran-pemikiran salah yang dibawa oleh Sophistos. Beliau juga Berjaya menjelaskan kepada orang ramai tentang jalan kebenaran dan jalan kebatilan dengan menggunakan teknik kesimpulan berdasarkan soalan-soalan yang dikemukan.
Cara yang sama telah diikuti oleh muridnya yang bernama Plato. Beliau telah menghuraikan setiap perbahasan yang dikemukakan secara ilmiah.
Setelah itu muncul pula murid Plato yang bernama Aristotle. Beliau mempunyai kelebihan berbanding gurunya. Perbahasannya lebih berkesan. Beliau berbicara menggunakan kesimpulan (Qias), bukti dan debat. Beliau juga telah menyusun beberapa kaedah yang boleh menyimpulkan sesuatu secara meyakinkan. Dengan itu beliau telah dianggap sebagai penyusun ilmu mantic.
Di zaman Islam, ilmu mantic hanya muncul di masa pemerintahan dinasti Abbasiah yang pernah dikenali sebagai zaman gilang-gemilang penulisan buku-buku ilmiah. Pemerintah (Khalifah) di masa itu telah memberi ganjaran dan upah lumayan kepada para penulis buku dan penterjemah buku-buku asing. Maka banyaklah buku-buku telah diterjemahkan yang di antaranya ialah buku-buku mantic.
Buku-buku karangan Aristotle yang ditulis dalam bahasa Yunani telah diterjemahkan ke bahasa arab oleh Abdullah bin Al-Muqaffa` pada zaman pemerintahan Abu Ja`afar Al-Mansur.
Selepas itu semakin ramai ahli-ahli falsafah islam telah muncul dan mengambil bahagian dalam kajian dan penulisan tentang ilmu mantic seperti imam Al-Ghazali dan lain-lain.





No comments:

Post a Comment