TalasemiaApa itu Talasemia?Talasemia adalah kumpulan penyakit yang menghalang badan daripada menghasilkan jumlah darah yang mencukupi dan berkualiti. Keadaan ini disebabkan oleh perubahan terhadap gen yang mengawal penghasilan hemoglobin. Hemoglobin adalah protein dalam sel darah merah yang membawa oksigen ke seluruh badan. Perubahan kepada hemoglobin boleh menyebabkan kekurangan darah yang teruk. Badan manusia bergantung kepada tahap hemoglobin yang berfungsi dengan baik. Penyakit Talasemia adalah penyakit keturunan yang di warisi dari ibu atau bapa kepada anak melalui gen. Kedua-dua kanak-kanak lelaki atau perempuan mempunyai peluang untuk mendapat penyakit tersebut. Ianya tidak dijangkiti melalui pemindahan darah, udara dan air atau melalui sentuhan fizikal dan juga hubungan seksual ataupun boleh disebabkan oleh kekurangan zat makanan atau masalah kesihatan. EpidemiologiPenghijrahan masyarakat dan juga perkahwinan campur antara berlainan bangsa dalam masyarakat telah menyumbang kepada penularan penyakit talasemia ini ke seluruh negara di dunia.Peta di atas menunjukkan negara-negara yang diserang B -Talasemia (tidak jelas Negara manakah yang terlibat dan bagaimana ia terlibat. Seorang daripada setiap 20 orang rakyat Malaysia adalah pembawa Talasemia. Di Malaysia sahaja terdapat lebih kurang 600 ribu hingga 1 juta adalah pembawa Talasemia dan dianggarkan seramai 2500 pesakit pembawa Talasemia Utama. Biasanya kaum Melayu, Cina dan Sabah tetapi jarang terdapat di kalangan kaum India dan juga rakyat peribumi Sarawak. Bagaimana Talasemia boleh diwarisi dari ibu bapakepada anak-anak?Setiap manusia mempunyai 2 jenis gen, dan ianya diwarisi dari ibu dan sebahagiannya dari bapa. Antara gen tersebut, terdapat 2 gen yang mengawal pembentukan hemoglobin yang terdapat dalam setiap sel darah merah. Mari kita lihat contoh 3 pasangan yang berlainan:
Setiap anak mempunyai 1 antara 2 (50%) peluang untuk mewarisi gen Talasemia daripada ibu atau bapa yang menjadi pembawa, besar kemungkinan kanak-kanak tersebut akan mendapat Talasemia. Ianya juga 1: 2 (50%) peluang untuk kanak-kanak tersebut mewarisi gen yang normal daripada ibu atau bapa pembawa. Jika ini berlaku kanak-kanak tersebut berada dalam keadaan normal. Tiada seorang pun anak pasangan ini mendapat Talasemia major. Kedua pasangan pembawa mempunyai peluang 1: 4 (25%) mempunyai peluang di setiap kehamilan dan melahirkan anak yang mengalami Talasemia major, 1: 2 (50%) berpeluang mempunyai anak yang mendapat ?Thalasemia trait?, dan 1:4 (25%) anak berpeluang mewarisi gen yang normal dari kedua ibu bapa dan ianya bebas dari penyakit tersebut. Jenis-jenis Talasemia?
Apakah tanda-tanda yang ditunjukkan oleh pesakitTalasemia Major?Sel darah merah dalam penghidap Talasemia Major hanya boleh hidup dalam beberapa minggu sahaja berbanding dengan sel darah merah yang normal selama 4 bulan. Kekurangan Hemoglobin menyebabkan kekurangan oksigen dalam setiap sel badan. Tanda-tanda awal pada kanak-kanak:
Bagaimana untuk mengesahkan Talasemia?
Bagaimana Talasemia dirawat?Pesakit Talasemia Major memerlukan pemindahan darah setiap 2-4 minggu sekali. Melalui cara ini ia dapat mengelakkan dari kekurangan darah akan menghindar dari kelihatan pucat dan memastikan tisu badan mendapat bekalan oksigen yang mencukupi. Pesakit dapat hidup dan membesar secara normal. Ini akan menggalakkan sum-sum tulang . rehat dan dengan ini pembentukan tulang adalah normal dan menjadi kuat serta muka kelihatan normal.
Iron chelators Kekerapan pemindahan darah boleh menyebabkan peningkatan zat besi dan ini boleh menyebabkan kesan sampingan yang serius termasuk diabetes, kegagalan jantung dan penyakit hati. Pengambilan ubatan juga boleh digunakan untuk mengeluarkan lebihan zat besi dari darah. Ia dipanggil 'iron chelators' - yang berfungsi untuk membendung zat besi dan melepaskannya melalui buah pinggang. Ubatan ini biasanya diberi melalui suntikan dengan menggunakan infusi pam secara perlahan untuk beberapa jam. Pemberian zat besi 'chelators' dari jenis tablet boleh diberi sekiranya rawatan infuse tidak sesuai atau tidak berkesan. Walau bagaimanapun, pengambilan ubat ini boleh menyebabkan kesan sampingan yang teruk dan memerlukan pemerhatian yang teliti. Injection-desferal Oral-L1and ICL 670 Apakah kesan jika Talasemia tidak dirawat?Jika tidak dirawat pesakit Talasemia akan mengalami gejala seperti yang di nyatakan di atas dan boleh membawa kematian disebabkan kekurangan darah yang teruk. Walaupun pemindahan darah dilakukan berulang kali sepanjang hayat boleh menyelamatkan nyawa, tetapi ianya juga boleh menyebabkan kesan sampingan yang serius disebabkan oleh lebihan zat besi di dalam badan pesakit Talasemia. Dalam jangka masa panjang, pesakit yang mengalami Talasemia akan menyebabkan pengumpulan zat besi dalam badan terutamanya di hati, jantung dan kelenjar endokrin (yang menghasilkan hormon). Pengumpulan ini akhirnya akan menyebabkan gangguan kepada fungsi normal jantung, hati, dan juga menyumbang kepada kelewatan tumbesaran serta kematangan seksual. Komplikasi ini boleh dielakkan dengan pemberian zat besi chelation secara berkala. Kualiti hidup pesakit TalasemiaPeningkatan pemulihan dalam pengurusan klinikal Talasemia Major sejak 10-20 tahun yang lalu telah meningkatkan kualiti kehidupan pesakit. Pesakit mampu dan mudah mendapatkan rawatan seperti yang di sarankan. Bolehkah Talasemia dielakkan?Talasemia boleh dielakkan dengan pengesanan awal pembawa serta mengelakkan perkahwinan antara pembawa Talasemia Adakah kumpulan sokongan untuk penjagaankanak-kanak Talasemia?Anda boleh menghubungi hospital atau klinik yang berdekatan atau Persatuan Talasemia Malaysia
| |||
Jul 7, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment