al quran- senaskah

hubungi meor - 0125964886 utk membeli

Jul 6, 2009

KITA LIHAT INI .......

Renungan untuk diri saya sendiri dan muslimin muslimat sekalian.

HUKUM MENGUMPULKAN DUA WAKTU SEMBAHYANG
========================================================

Dalam kesibukan kadangkala ada antara kita yang lalai

atau sengaja menggabungkan waktu sembahyang zuhur

dengan asar ( sembahyang di akhir
waktu zuhur dan diikuti sembahyang asar sebaik sahaja

masuk waktunya).Renungkan hadis Rasulullah SAW

di bawah

yang menghalang perbuatan tersebut.

Saad bin Abi Waqas bertanya Rasulullah SAW

mengenai orang yang melalaikan sembahyangnya

maka jawab baginda “Iaitu mengakhirkan waktu
sembahyangnya dari waktu asalnya hingga

sampai waktu sembahyang lain.Mereka telah

mensia-siakan dan melewatkan waktu sembahyangnya,

maka mereka diancam dengan neraka wail”.

Ibn Abbas dan Said bin Al-Musaiyib turut mentafsirkan

hadis di atas“Iaitu orang yang melengah-lengahkan

sembahyang mereka sehingga sampai
kepada waktu sembahyang lain, maka bagi pelakunya

jika mereka tidak bertaubat Allah menjanjikan

mereka neraka jahanam tempat kembalinya”.

Dalam hadis yang lain Rasulullah bersabda “Sesiapa

yang mengumpulkan dua sembahyang tanpa ada halangan,

maka sesungguhnya dia telah memasuki pintu besar

dari pintu dosa-dosa besar”. (Riwayat Al-Hakim)

Wallahua’lam.

SEKSA NERAKA BUKAN KEPALANG
—————————————————

Mereka yang meninggalkan sembahyang akan

menerima seksa di dunia dan di alam kubur

tidak terlepas daripada tiga seksaan.

Tiga jenis seksa di dalam kubur ialah:-

1. Kubur akan menghimpit-himpit serapat

yang mungkin sehingga berselisih
tulang-tulang dada.

2. Dinyalakan api di dalam kuburnya dan api itu akan

membelit dan membakar tubuhnya siang

dan malam tiada henti-henti.

3. Akan muncul seekor ular yang bernama “Sujaul Aqra”

dan ular itu berkata:

“Allah menyuruh aku membelasah engkau kerana engkau

mensia- siakan sembahyang Subuh.”

Ia dipukul dari waktu Subuh hingga naik matahari,

kemudian dipukul dan dihentak hingga terjunam

ke perut bumi kerana meninggalkan sembahyang
Zuhur. Kemudian dipukul lagi kerana meninggalkan

sembahyang Asar, begitulah seterusnya

dari Asar ke Maghrib, dari Maghrib ke waktu Isyak
dan seterusnya hingga ke waktu Subuh semula.

Demikianlah berterusan
seksaan oleh Sajaul Aqra hinggalah hari Kiamat.

CUAI SOLAT LIMAWAKTU
—————————————–

Di dalam neraka Jahanam terdapat wadi (lembah)

yang di dalamnya adalah ular-ular bersaiz sebesar

tengkuk unta dan panjangnya sebulan
perjalanan.Kerjanya tiada lain selain

mengigit orang- orang yang tidak menunaikan
sembahyang semasa hidup mereka. Bisa ular itu

pula menggelegak di dalam badan mereka

selama 70 tahun sehingga luruh

seluruh daging badan mereka.
Kemudian tubuh mereka kembali pulih lalu digigit

lagi dan begitulah seterusnya.

PEMINUM ARAK
————————-

Mereka yang minum arak, akan digantung

botol arak itu di tengkuk dan di tangan mereka.

Kemudian mereka disula dengan api neraka.

Terdengarlah suara yang menyeru,

”Inilah si polan anak si polan!”

Tatkala semua manusia dibangkitkan

dari kubur, mereka keluar dari kubur dengan bau
mulut yang teramat busuk (bau arak), hingga

terganggu manusia yang berhimpun di PadangMahsyar.

Peluh yang keluar dari tubuh turut berbau
busuk. Kemudian mereka dibelenggu dan dirantai serta

dicampakkan terus ke Neraka Jahanam.

Di dalam neraka, dituangkan air yang sangat panas ke
dalam mulut mereka sehingga putus tali perut,

kemudian perut itu jatuh pula ke atas kaki.

Mereka kemudiannya dimasukkan ke dalam peti besar
dari api selama seribu tahun lamanya. Kemudian

dikeluarkan daN dimasukkan ke dalam penjara

di neraka di mana ular-ular dan kala yang
bisa sentiasa menggigit badan mereka.

Di kepala mereka diletakkan
mahkota dari api neraka manakala rantai-rantai

di tengkuk mereka.

MENGKIANATI HARTA
———————————–

Mereka yang mengkianati harta orang lain, harta

itu akan dijadikan benda
yang berat, yang dicampakkan di laut dalam neraka.

Mereka dipaksa terjun
ke dalamnya untuk mengambil benda tersebut.

Apabila mereka timbul,
malaikat akan menekan kepala mereka supaya

men-yelam semula serta
dipukul kepala mereka itu dengan besi hingga

hancur berkecai. Begitulah
diulang-ulang selama mereka di laut itu.

AZAB BAGI YANG KEDEKUT
——————————————-

Mereka yang tamak dan bersifat kedekut hartanya

daripada disedekahkan
atau dikorbankan untuk kebaikan, harta itu akan

dijadikan ular besar
yang berbisa, yang bakal menggigit dan mematuknya

setiap masa.

SAKSI BOHONG
————————

Orang-orang yang suka membuat saksi bohong,

lidah mereka akan digantung
pada alang-alang besi yang panas dan badan

mereka pula dipukul dengan
kuatnya oleh 70 ribu malaikat dengan besi merah

menyala hingga hancur
luluh daging dan tulang mereka. Kemudian pulih

semula dan dipukul lagi.
Begitulah seterusnya selama-lamanya seksaan bagi mereka.

MENGUMPAT
———————

Mereka yang suka mengumpat, bibir dan lidah mereka

akan digunting hingga
putus hingga menyembur darah keluar dengan rasa

kesakitan yang amat
sangat.
Kemudian bibir dan lidah itu akan pulih semula.

Bila pulih digunting
lagi, kemudian pulih dan digunting lagi. Di dalam setiap

tingkat neraka
ada banyak sungai, bukit dan pokok kayu. Setiap

pokok mempunyai 70 ribu
cabang, setiap cabang ada 70 ribu ular dan kala berbisa.

Di dalam buah
yang terdapat pada pokok itu ada 70 ribu ulat

yang panjangnya seperti
anak panah yang tajam-tajam. Mangsa-mangsa Neraka

dipaksa memakan
buah-buah kayu tersebut.

Sungai-sungai yang memenuhi neraka pula dalamnya

kira-kira 70 tahun
perjalanan, setiap sungai mempunyai 70 ribu cabang dan

70 ribu lubang.
Setiap lubang dipenuhi 70 ribu ekor ular dan kala,

yang mana setiap ekor
kala itu mengandungi 70 ribu jenis racun berbisa.

—————————————————-
Begitulah gambaran seksaan di dalam api neraka

bagi mereka yang ingkar.
Renungilah, betapa seksaan yang disediakan itu

bukan kepalang sakit,
pedih dan derita yang tiada hujungnya. Untuk mereka

yang mahu mengambil
iktibar daripadanya, ia sudah cukup menggerunkan dan

sudah tentu kita
manusia yang kerdil ini tidak mampu menghadapinya.

Untuk itu sepatutnya ia akan menyedarkan kita daripada

terus alpa dengan
dosa-dosa. Dosa itu bermakna kemurkaan Allah dan

murka Allah balasannya
adalah seksa di neraka kelak. Selagi hayat masih dibadan,

sebelum tiba
masanya kita dijemput Allah, perbanyakkanlah taubat untuk

dosa-dosa yang
kita lakukan, memperbanyakkan amal ibadah sebanyak-banyaknya

dan banyak
mengingati Allah. Semoga mati kita di dalam rahmat dan

kasih sayang
Allah swt, dan diampunkan dosa kita.

Jangan berputus asa dengan rahmat Allah swt. Walau

sebanyak mana dosa
yang kita lakukan, kalau bertaubat dengan

bersungguh-sungguh insyaallah
akan diampunkan Allah, kerana Allah itu Maha Pengampun.

Namun kalau dosa
itu ada kaitan dengan manusia seperti menganiaya

seseorang, mengumpat,
menceroboh harta dan sebagainya, perlu meminta maaf

daripada orang
berkenaan di samping memohon keampunanAllah swt.

Mudah-mudahan demi untuk menghindarkan diri

dari seksa Allah itu akan
mendorong kita bersungguh-sungguh membuat kebaikan

dan menjauhi
kemungkaran, malah berusaha mencegahnya.

Wallahua’lam.


No comments:

Post a Comment