al quran- senaskah

hubungi meor - 0125964886 utk membeli

Jul 3, 2009






FILEM KITA-SUKA TP HALUS

Assalamualaikumwarahmatullah dan selamat sejahtera semua. perhatian saya kepada kerja
yang sedang dibuat tiba2 terganggu dengan skrip sebuah drama televisyen yang
sedang ditonton oleh isteri saya.

Oleh kerana saya tv berhadapan meja makan dihadapan ruang tamu, maka semua yang disiarkan di televisyen dapat saya dengari. Saya tidak pernah mengambil sebarang perhatian terhadap drama ini malah tidak pernah mengikutinya. Bagi saya, ia hanya sebuah dari
ribuan sogokan ‘penceramah-penceramah’ bebas yang cuba mengajar penonton menjadi baik
dengan memaparkan isu yang tidak baik. Sangat menghairankan
dengan contoh dan tauladan yang hendak dipaparkan. Sebagai contoh, perlukah
kita untuk mengajar anak kita supaya tidak mencuri, maka perlulah kita menjadi
pencuri dan membiarkan diri kita tertangkap di depan anak supaya dapat di ambil
pengajaran oleh anak tersebut?

Apa yang saya
perhatikan lewat ini, terlalu banyak drama dan filem yang hilang nilai seninya.
Para karyawan memaparkan hasil kerja mereka dengan membuat interpretasi pada
tahap kualiti mee segera untuk menyampaikan sesuatu isu yang cuba disogokkan kepada penonton Melayu terutamanya.

Filem dan drama seharusnya dapat digunakan sebagai medium dakwah bagi mengisi fardu kifayah (seperti filem p.ramlee) yang kini hanya menjadi medan perjuangan kosong dan sembrono golongan ‘Abid yang tidak berilmu dan menjadi medan yang ditinggalkan golongan ‘Alim yang tidak mahu mempraktikkan ilmu mereka.

Maka oleh kerana kecewa, maka filem Melayu terakhir yang pernah singgah di jiwa saya hanyalah Filem Bonda lakonan M. Nasir satu ketika dulu. Jika hendak bermesej dan
berkhutbah, filem ini bolehlah sedikit diambil contoh. Tidak semak dengan
sogokan mesej yang entah apa-apa yang dibebelkan.

Sebenarnya khalayak seni kita telah lama dijangkiti sifat dan sikap tangkap muat. Ini tidak hanya terkena kepada pelakon, tetapi terkena juga kepada pihak penulis skrip,
pengarah dan penerbit yang seharusnya merupakan orang yang bijak dan teliti
mutu kerjanya.mau kaut untung sahaja.

Baru-baru ini juga, semasa sedang berbual dengan member dan doktor saya yang lain di ruang tamu rumah saya, sebuah drama baru sedang disiarkan dengan berlatarbelakangkan Negara

China sebagai tempat di mana watak-watak ini bermastautin. Yang menariknya, intipati serta
dialog dalam drama ini menunjukkan si pengarah, si penulis skrip dan si pelakon
dalam drama tersebut merupakan antara penggiat-penggiat seni yang paling tidak
teliti dalam menghasilkan kerja. Pendek kata memang budaya malas untuk membuat
penelitian terhadap mutu kerja berakar umbi dalam drama-drama sebegini.

Salah satu contoh ketara ialah apabila seorang pelakon wanita dalam siri tersebut menjerit
meminta tolong semasa di jalanan Negara China. Apa yang dijeritkan pelakon
tersebut ialah ‘Cho Me Ngaaaa!!!”. Jika anda peminat filem Jacky Chan atau
Stephen Chow, tentu anda biasa mendengar dialog jeritan sebegitu. Jadi apa yang
tidak kenanya? Yang tidak kenanya ialah, Negara China bahasa utama yang menjadi
perbualan rakyatnya ialah Bahasa Mandarin. Sedangkan ‘Cho Me Ngaa!! Itu
sebenarnya ayat dari Bahasa Kantonis. Jika ramai orang Melayu kurang minat
untuk menonton drama Melayu, janganlah disalahkan kepada mereka. Jika anda
menjual karipap basi, janganlah harap ada pembeli yang akan datang membelinya
setelah tertipu satu ketika dulu. Ambillah pengajaran. Kerja tangkap muat ini
sebenarnya membunuh daya keupayaan akal penonton yang disogokkan dengan
perkara-perkara karut dan kurang teliti.

Saya bukanlah peminat drama atau filem Melayu kecuali filem-filem arahan Tan Sri P. Ramlee, beberapa filem Uwei, satu dua filem dari dato’ Jins Shamsudin dan beberapa filem dari
Dato’ Rahim Razali dan short2 film.

Saya tidak pernah menulis apa-apa artikel tentang seni di sini walaupun saya merupakan
peminatnya. Tetapi apa yang berlaku dalam drama ........... tadi membuatkan saya
tergerak untuk menulis artikel ini sebagai mengingatkan penggiat-penggiat seni serta
mereka-mereka di badan Penapis Filem dan Drama. Jangan ditelan apa yang cuba

disogokkan tanpa memeriksa dulu isikandungannya, kelak apa yang terjadi dalam
drama ini, tidak mustahil akan menjadi lebih berleluasa lagi di masa akan
datang.

Apabila saya amati dan
menumpukan perhatian, kelihatan satu watak sedang membaca sekeping surat

dihadapan seorang gadis yang terlantar sakit di hospital. Saya tidak mengetahui
apa ceritanya perempuan itu terlantar sakit, tetapi yang saya tahu kata-kata
yang sedang diucap tersebut merupakan kata-kata yang ditulis oleh ibu lelaki
tersebut kepada perempuan yang sakit itu.

Apa yang membuatkan saya terpanggil untuk mengamati bait-bait dialog yang sedang diucap tersebut ialah kerana saya seakan-akan pernah mendengarnya di suatu tempat yang lain.
Kalau tak silap saya ia berbunyi sebegini…

Ibu manakah yang jika anaknya minta ikan dari padanya, dia akan memberikan ular kepada anaknya itu sebagai ganti ikan?Atau, jika ia minta telur, akan memberikan kepadanya
kalajengking?(rasanye lebih kurang begitulah bunyinya.) saya menggunakan Tafsir
Al-Qur’an dan dua buah Bible dalam simpanan saya untuk dibuat rujukan, maka
dengan secara tidak langsung saya teringatkan kepada ayat yang saya pernah baca
dalam kitab Bible (Perjanjian Baru) dalam sebuah surah bernama Luke Fasal 11.

Lalu saya pun membuka
Bible (versi King James) yang ada di depan saya dan mencari surah tersebut
kembali untuk memastikan bahawa apa yang saya dengar itu memang ayat dari Bible
yang saya pernah baca.

Apabila surah Luke
fasal 11 di buka, saya membaca ayatnya dari ayat 1 hingga 54. Nyata jangkaan
saya tidak meleset. Luke fasal 11 menceritakan mengenai Jesus yang sedang
berdoa di suatu tempat dengan pengikutnya. Lalu para pengikutnya menanyakan
kepadanya satu doa yang boleh kiranya diajarkannya kepada mereka. Lalu Jesus
mengajarkan kepada pengikut-pengikutnya cara berdoa dan apa bentuk doa yang
seharusnya diminta.Kemudian Jesus menasihatkan pengikutnya mengenai jangan putus harapan dalam berdoa, kerana Bapa mereka (Tuhan Bapa) tidak akan membiarkan serta menghampakan permintaan anak-anakNya (iaitu umat Kristian pengikut Jesus). Kemudian dia (Jesus) memberikan contoh bagaimana Tuhan Bapa itu menyayangi anak-anakNya dalam ayat 9-12 surah Luke fasal 11 tersebut.

Luke 11 : 9-12
And I say unto you, Ask, and it shall be given you; seek, and ye shall
find; knock, and it shall be opened unto you. For every one that asketh
receiveth; and he that seeketh findeth; and to him that knocketh it shall be
opened. If a son shall ask bread of any of you
that is a father, will he give him a stone? or if he ask a fish, will he for a
fish give him a serpent? Or if he shall ask an egg, will he offer him a
scorpion?

Terjemahannya : Oleh karena itu Aku berkata kepadamu: Mintalah,
maka akan diberikan kepadamu; carilah, maka kamu akan mendapat; ketoklah, maka
pintu akan dibukakan bagimu. Karena setiap orang yang meminta, menerima dan
setiap orang yang mencari, mendapat dan setiap orang yang mengetok, baginya
pintu dibukakan. Bapa manakah di antara kamu,
jika anaknya minta ikan dari padanya, akan memberikan ular kepada anaknya itu
ganti ikan? Atau, jika ia minta telur, akan memberikan kepadanya kalajengking?

Cuma yang berbeza
ialah perkataan bapa diganti dengan perkataan ibu dalam skrip drama tersebut.
Samada disengajakan atau tidak, saya tidak berhak untuk menilaikannya. Tidak
salah membaca Bible dan kandungannya tetapi hendaklah anda mempunyai ilmu
sebelum mengambil mana-mana ayat dan kata-kata di dalamnya untuk dijadikan
hujah dan dialog. Silap haribulan, rosak akidah nanti. Dalam drama tersebut
tidak dinyatakan langsung kata-kata tersebut diambil dari mana. Yang dinyatakan
dalam skrip tersebut hanyalah kata-kata yang diambil dari sebuah kitab. Namanya
tidak dinyatakan. Tetapi sangat jelas kini, bahawa kitab tersebut merupakan
Bible iaitu surah Luke fasal 11.

Oleh kerana majoriti
penonton yang menontonnya ialah Melayu Islam, maka sekiranya ada muslihat
terlindung untuk mempromosi Bible dan Kristian di dalam media arus perdana pada
waktu prima, maka seharusnya stesen televisyen dan kementerian mengambil
langkah-langkah proaktif menggantikan panel-panel penilai yang sangat pasif
dalam membuat kerja. Apakah negara kita sekarang ini diserang dengan sindrom
‘tidur’. Dari atas sampai ke bawah, dari penulis skrip hingga ke pelakon, dari
penerbit sampai ke panel stesen televisyen, semuanya tidur nyenyak sehingga
tidak perasankan yang nyamuk sudah pun masuk dalam kelambu.

Berhati-hatilah,
setahu saya ada akta yang menghalang penyampaian secara terbuka mana-mana
doktrin agama selain Islam dalam media arus perdana sebagai menghormati
Perlembagaan Negara. Kita tunggu apakah mereka akan senyap dengan isu ini atau
pun diambil perhatian dan tindakan. Kepada semua orang Islam, berhati-hatilah
kerana berkelambu itu bukan jaminan nyamuk tidak boleh lepas masuk… Sekian …
wallahua’lam….

No comments:

Post a Comment