TalasemiaApa itu Talasemia?Talasemia adalah kumpulan penyakit yang menghalang badan daripada menghasilkan jumlah darah yang mencukupi dan berkualiti. Keadaan ini disebabkan oleh perubahan terhadap gen yang mengawal penghasilan hemoglobin. Hemoglobin adalah protein dalam sel darah merah yang membawa oksigen ke seluruh badan. Perubahan kepada hemoglobin boleh menyebabkan kekurangan darah yang teruk. Badan manusia bergantung kepada tahap hemoglobin yang berfungsi dengan baik. Penyakit Talasemia adalah penyakit keturunan yang di warisi dari ibu atau bapa kepada anak melalui gen. Kedua-dua kanak-kanak lelaki atau perempuan mempunyai peluang untuk mendapat penyakit tersebut. Ianya tidak dijangkiti melalui pemindahan darah, udara dan air atau melalui sentuhan fizikal dan juga hubungan seksual ataupun boleh disebabkan oleh kekurangan zat makanan atau masalah kesihatan. EpidemiologiPenghijrahan masyarakat dan juga perkahwinan campur antara berlainan bangsa dalam masyarakat telah menyumbang kepada penularan penyakit talasemia ini ke seluruh negara di dunia.Peta di atas menunjukkan negara-negara yang diserang B -Talasemia (tidak jelas Negara manakah yang terlibat dan bagaimana ia terlibat. Seorang daripada setiap 20 orang rakyat Malaysia adalah pembawa Talasemia. Di Malaysia sahaja terdapat lebih kurang 600 ribu hingga 1 juta adalah pembawa Talasemia dan dianggarkan seramai 2500 pesakit pembawa Talasemia Utama. Biasanya kaum Melayu, Cina dan Sabah tetapi jarang terdapat di kalangan kaum India dan juga rakyat peribumi Sarawak. Bagaimana Talasemia boleh diwarisi dari ibu bapakepada anak-anak?Setiap manusia mempunyai 2 jenis gen, dan ianya diwarisi dari ibu dan sebahagiannya dari bapa. Antara gen tersebut, terdapat 2 gen yang mengawal pembentukan hemoglobin yang terdapat dalam setiap sel darah merah. Mari kita lihat contoh 3 pasangan yang berlainan:
Setiap anak mempunyai 1 antara 2 (50%) peluang untuk mewarisi gen Talasemia daripada ibu atau bapa yang menjadi pembawa, besar kemungkinan kanak-kanak tersebut akan mendapat Talasemia. Ianya juga 1: 2 (50%) peluang untuk kanak-kanak tersebut mewarisi gen yang normal daripada ibu atau bapa pembawa. Jika ini berlaku kanak-kanak tersebut berada dalam keadaan normal. Tiada seorang pun anak pasangan ini mendapat Talasemia major. Kedua pasangan pembawa mempunyai peluang 1: 4 (25%) mempunyai peluang di setiap kehamilan dan melahirkan anak yang mengalami Talasemia major, 1: 2 (50%) berpeluang mempunyai anak yang mendapat ?Thalasemia trait?, dan 1:4 (25%) anak berpeluang mewarisi gen yang normal dari kedua ibu bapa dan ianya bebas dari penyakit tersebut. Jenis-jenis Talasemia?
Apakah tanda-tanda yang ditunjukkan oleh pesakitTalasemia Major?Sel darah merah dalam penghidap Talasemia Major hanya boleh hidup dalam beberapa minggu sahaja berbanding dengan sel darah merah yang normal selama 4 bulan. Kekurangan Hemoglobin menyebabkan kekurangan oksigen dalam setiap sel badan. Tanda-tanda awal pada kanak-kanak:
Bagaimana untuk mengesahkan Talasemia?
Bagaimana Talasemia dirawat?Pesakit Talasemia Major memerlukan pemindahan darah setiap 2-4 minggu sekali. Melalui cara ini ia dapat mengelakkan dari kekurangan darah akan menghindar dari kelihatan pucat dan memastikan tisu badan mendapat bekalan oksigen yang mencukupi. Pesakit dapat hidup dan membesar secara normal. Ini akan menggalakkan sum-sum tulang . rehat dan dengan ini pembentukan tulang adalah normal dan menjadi kuat serta muka kelihatan normal.
Iron chelators Kekerapan pemindahan darah boleh menyebabkan peningkatan zat besi dan ini boleh menyebabkan kesan sampingan yang serius termasuk diabetes, kegagalan jantung dan penyakit hati. Pengambilan ubatan juga boleh digunakan untuk mengeluarkan lebihan zat besi dari darah. Ia dipanggil 'iron chelators' - yang berfungsi untuk membendung zat besi dan melepaskannya melalui buah pinggang. Ubatan ini biasanya diberi melalui suntikan dengan menggunakan infusi pam secara perlahan untuk beberapa jam. Pemberian zat besi 'chelators' dari jenis tablet boleh diberi sekiranya rawatan infuse tidak sesuai atau tidak berkesan. Walau bagaimanapun, pengambilan ubat ini boleh menyebabkan kesan sampingan yang teruk dan memerlukan pemerhatian yang teliti. Injection-desferal Oral-L1and ICL 670 Apakah kesan jika Talasemia tidak dirawat?Jika tidak dirawat pesakit Talasemia akan mengalami gejala seperti yang di nyatakan di atas dan boleh membawa kematian disebabkan kekurangan darah yang teruk. Walaupun pemindahan darah dilakukan berulang kali sepanjang hayat boleh menyelamatkan nyawa, tetapi ianya juga boleh menyebabkan kesan sampingan yang serius disebabkan oleh lebihan zat besi di dalam badan pesakit Talasemia. Dalam jangka masa panjang, pesakit yang mengalami Talasemia akan menyebabkan pengumpulan zat besi dalam badan terutamanya di hati, jantung dan kelenjar endokrin (yang menghasilkan hormon). Pengumpulan ini akhirnya akan menyebabkan gangguan kepada fungsi normal jantung, hati, dan juga menyumbang kepada kelewatan tumbesaran serta kematangan seksual. Komplikasi ini boleh dielakkan dengan pemberian zat besi chelation secara berkala. Kualiti hidup pesakit TalasemiaPeningkatan pemulihan dalam pengurusan klinikal Talasemia Major sejak 10-20 tahun yang lalu telah meningkatkan kualiti kehidupan pesakit. Pesakit mampu dan mudah mendapatkan rawatan seperti yang di sarankan. Bolehkah Talasemia dielakkan?Talasemia boleh dielakkan dengan pengesanan awal pembawa serta mengelakkan perkahwinan antara pembawa Talasemia Adakah kumpulan sokongan untuk penjagaankanak-kanak Talasemia?Anda boleh menghubungi hospital atau klinik yang berdekatan atau Persatuan Talasemia Malaysia
| |||
Jul 7, 2009
MLT
MLT adalah satu bidang kerja yang paling utama dalam sektor perubatan.Ia juga di kenali sebagai JURUTEKNOLOGI MAKMAL PERUBATAN ( JTMP ).Mlt ini juga berperanan sebagai kata putus kepada diagnosis para2 pegawai perubatan.Penghasilan MLT ini di keluarkan oleh KOLEJ PENYELIDIKAN PERUBATAN (IMR).Terdapat 2 kolej IMR di malaysia.satu di kuala lumpur dan satu di sabah dan sarawak.cuma sekarang ni terdapat pihak universiti dan kolej swasta yg mengadakan kos untuk makmal.Para pelajar di ajar selama 2 tahun untuk diploma makmal perubatan.
Mata pelajarann yg di ajar adalah hematologi,sitologi,parasitologi,histologi,biokimia,mikrobiologi,blood bank.bertemu lagi untuk mlt 2.pasti lebih panas.....
Jul 6, 2009
KITA LIHAT INI .......
Renungan untuk diri saya sendiri dan muslimin muslimat sekalian. HUKUM MENGUMPULKAN DUA WAKTU SEMBAHYANG Dalam kesibukan kadangkala ada antara kita yang lalai atau sengaja menggabungkan waktu sembahyang zuhur dengan asar ( sembahyang di akhir masuk waktunya).Renungkan hadis Rasulullah SAW di bawah yang menghalang perbuatan tersebut. Saad bin Abi Waqas bertanya Rasulullah SAW mengenai orang yang melalaikan sembahyangnya maka jawab baginda “Iaitu mengakhirkan waktu sampai waktu sembahyang lain.Mereka telah mensia-siakan dan melewatkan waktu sembahyangnya, maka mereka diancam dengan neraka wail”. Ibn Abbas dan Said bin Al-Musaiyib turut mentafsirkan hadis di atas“Iaitu orang yang melengah-lengahkan sembahyang mereka sehingga sampai jika mereka tidak bertaubat Allah menjanjikan mereka neraka jahanam tempat kembalinya”. Dalam hadis yang lain Rasulullah bersabda “Sesiapa yang mengumpulkan dua sembahyang tanpa ada halangan, maka sesungguhnya dia telah memasuki pintu besar dari pintu dosa-dosa besar”. (Riwayat Al-Hakim) Wallahua’lam. SEKSA NERAKA BUKAN KEPALANG Mereka yang meninggalkan sembahyang akan menerima seksa di dunia dan di alam kubur tidak terlepas daripada tiga seksaan. Tiga jenis seksa di dalam kubur ialah:- 1. Kubur akan menghimpit-himpit serapat yang mungkin sehingga berselisih 2. Dinyalakan api di dalam kuburnya dan api itu akan membelit dan membakar tubuhnya siang dan malam tiada henti-henti. 3. Akan muncul seekor ular yang bernama “Sujaul Aqra” dan ular itu berkata: “Allah menyuruh aku membelasah engkau kerana engkau mensia- siakan sembahyang Subuh.” Ia dipukul dari waktu Subuh hingga naik matahari, kemudian dipukul dan dihentak hingga terjunam ke perut bumi kerana meninggalkan sembahyang sembahyang Asar, begitulah seterusnya dari Asar ke Maghrib, dari Maghrib ke waktu Isyak Demikianlah berterusan CUAI SOLAT LIMAWAKTU Di dalam neraka Jahanam terdapat wadi (lembah) yang di dalamnya adalah ular-ular bersaiz sebesar tengkuk unta dan panjangnya sebulan mengigit orang- orang yang tidak menunaikan pula menggelegak di dalam badan mereka selama 70 tahun sehingga luruh seluruh daging badan mereka. lagi dan begitulah seterusnya. PEMINUM ARAK Mereka yang minum arak, akan digantung botol arak itu di tengkuk dan di tangan mereka. Kemudian mereka disula dengan api neraka. Terdengarlah suara yang menyeru, ”Inilah si polan anak si polan!” Tatkala semua manusia dibangkitkan dari kubur, mereka keluar dari kubur dengan bau terganggu manusia yang berhimpun di PadangMahsyar. Peluh yang keluar dari tubuh turut berbau dicampakkan terus ke Neraka Jahanam. Di dalam neraka, dituangkan air yang sangat panas ke kemudian perut itu jatuh pula ke atas kaki. Mereka kemudiannya dimasukkan ke dalam peti besar dikeluarkan daN dimasukkan ke dalam penjara di neraka di mana ular-ular dan kala yang Di kepala mereka diletakkan di tengkuk mereka. MENGKIANATI HARTA Mereka yang mengkianati harta orang lain, harta itu akan dijadikan benda Mereka dipaksa terjun Apabila mereka timbul, men-yelam semula serta hancur berkecai. Begitulah AZAB BAGI YANG KEDEKUT Mereka yang tamak dan bersifat kedekut hartanya daripada disedekahkan dijadikan ular besar setiap masa. SAKSI BOHONG Orang-orang yang suka membuat saksi bohong, lidah mereka akan digantung mereka pula dipukul dengan menyala hingga hancur semula dan dipukul lagi. MENGUMPAT Mereka yang suka mengumpat, bibir dan lidah mereka akan digunting hingga kesakitan yang amat Bila pulih digunting tingkat neraka pokok mempunyai 70 ribu Di dalam buah yang panjangnya seperti dipaksa memakan Sungai-sungai yang memenuhi neraka pula dalamnya kira-kira 70 tahun 70 ribu lubang. yang mana setiap ekor —————————————————- bagi mereka yang ingkar. bukan kepalang sakit, yang mahu mengambil sudah tentu kita Untuk itu sepatutnya ia akan menyedarkan kita daripada terus alpa dengan murka Allah balasannya sebelum tiba dosa-dosa yang dan banyak kasih sayang Jangan berputus asa dengan rahmat Allah swt. Walau sebanyak mana dosa bersungguh-sungguh insyaallah Namun kalau dosa seseorang, mengumpat, daripada orang Mudah-mudahan demi untuk menghindarkan diri dari seksa Allah itu akan dan menjauhi Wallahua’lam. |
HANYA SATU....
Setiap ada hobi,ada kegemaran,ada kesukaan.mestilah!!! lu org ok?????aku mcm2 ada.pertukarn hobi?manyak nye persoalan…aku tetap mcm ini.aku suka yg klasik.org lama ke tu?tanya lagi.kita ckp tentang filem.filem klasik ,org ckp mcm filem p ramlee..ye ke?nak tgk
ni ke dia filem klasik?atau ni…
tebuk dada tanya pemikiran.aku banyak terdedah dgn filem.best mendalami filem ni.penuh kata2 , penuh ciretera ,tiada kompromi.aku skrg lebih atau ini mengenali filem2 indie.ha.ha ada bran?filem ni satu medium bangsa sebenarnye.bahasa melambangkan bangsa,agama dan kepercayaan.contoh kerap kali kita lihat,of course p ramlee film la.kata2 dia fuhh
-Filem ‘Merana’ (1954)-
…hati
membuatku
terkenang kepadamu
dengan mesra
ingin punya dirimu
jelitaku
kaulah permata
idaman hatiku
bila masa kita
akan berbahagia
hidup nan serupa
burung di angkasa
juwita pujaanku
sambutilah
kata dari kalbuku
nan merindu
berilah pengharapan
kepadaku
untuk kuletakkan
cintaku di jiwamu
karya agung dari apa di hati,banyak lagi cuba kita lihat:
Tiada kata secantik bahasa
untuk ku puji adinda
tiada gambar secantik lukisan
nak ku tunjuk perasaan
oh dinda puspa gemala
mengharung jiwa
dinda puspa gemala
mustika kanda
namun musim berubah suasana bertukar
tapi ikatan mesra
sikit pun takkan longgar
tiada kata secantik bahasa
untuk ku puji adinda
Jul 3, 2009
FILEM KITA-SUKA TP HALUS
Assalamualaikumwarahmatullah dan selamat sejahtera semua. perhatian saya kepada kerja
yang sedang dibuat tiba2 terganggu dengan skrip sebuah drama televisyen yang
sedang ditonton oleh isteri saya.
Oleh kerana saya tv berhadapan meja makan dihadapan ruang tamu, maka semua yang disiarkan di televisyen dapat saya dengari. Saya tidak pernah mengambil sebarang perhatian terhadap drama ini malah tidak pernah mengikutinya. Bagi saya, ia hanya sebuah dari
ribuan sogokan ‘penceramah-penceramah’ bebas yang cuba mengajar penonton menjadi baik
dengan memaparkan isu yang tidak baik. Sangat menghairankan
dengan contoh dan tauladan yang hendak dipaparkan. Sebagai contoh, perlukah
kita untuk mengajar anak kita supaya tidak mencuri, maka perlulah kita menjadi
pencuri dan membiarkan diri kita tertangkap di depan anak supaya dapat di ambil
pengajaran oleh anak tersebut?
Apa yang saya
perhatikan lewat ini, terlalu banyak drama dan filem yang hilang nilai seninya.
Para karyawan memaparkan hasil kerja mereka dengan membuat interpretasi pada
tahap kualiti mee segera untuk menyampaikan sesuatu isu yang cuba disogokkan kepada penonton Melayu terutamanya.
Filem dan drama seharusnya dapat digunakan sebagai medium dakwah bagi mengisi fardu kifayah (seperti filem p.ramlee) yang kini hanya menjadi medan perjuangan kosong dan sembrono golongan ‘Abid yang tidak berilmu dan menjadi medan yang ditinggalkan golongan ‘Alim yang tidak mahu mempraktikkan ilmu mereka.
Maka oleh kerana kecewa, maka filem Melayu terakhir yang pernah singgah di jiwa saya hanyalah Filem Bonda lakonan M. Nasir satu ketika dulu. Jika hendak bermesej dan
berkhutbah, filem ini bolehlah sedikit diambil contoh. Tidak semak dengan
sogokan mesej yang entah apa-apa yang dibebelkan.
Sebenarnya khalayak seni kita telah lama dijangkiti sifat dan sikap tangkap muat. Ini tidak hanya terkena kepada pelakon, tetapi terkena juga kepada pihak penulis skrip,
pengarah dan penerbit yang seharusnya merupakan orang yang bijak dan teliti
mutu kerjanya.mau kaut untung sahaja.
Baru-baru ini juga, semasa sedang berbual dengan member dan doktor saya yang lain di ruang tamu rumah saya, sebuah drama baru sedang disiarkan dengan berlatarbelakangkan Negara
China sebagai tempat di mana watak-watak ini bermastautin. Yang menariknya, intipati serta
dialog dalam drama ini menunjukkan si pengarah, si penulis skrip dan si pelakon
dalam drama tersebut merupakan antara penggiat-penggiat seni yang paling tidak
teliti dalam menghasilkan kerja. Pendek kata memang budaya malas untuk membuat
penelitian terhadap mutu kerja berakar umbi dalam drama-drama sebegini.
Salah satu contoh ketara ialah apabila seorang pelakon wanita dalam siri tersebut menjerit
meminta tolong semasa di jalanan Negara China. Apa yang dijeritkan pelakon
tersebut ialah ‘Cho Me Ngaaaa!!!”. Jika anda peminat filem Jacky Chan atau
Stephen Chow, tentu anda biasa mendengar dialog jeritan sebegitu. Jadi apa yang
tidak kenanya? Yang tidak kenanya ialah, Negara China bahasa utama yang menjadi
perbualan rakyatnya ialah Bahasa Mandarin. Sedangkan ‘Cho Me Ngaa!! Itu
sebenarnya ayat dari Bahasa Kantonis. Jika ramai orang Melayu kurang minat
untuk menonton drama Melayu, janganlah disalahkan kepada mereka. Jika anda
menjual karipap basi, janganlah harap ada pembeli yang akan datang membelinya
setelah tertipu satu ketika dulu. Ambillah pengajaran. Kerja tangkap muat ini
sebenarnya membunuh daya keupayaan akal penonton yang disogokkan dengan
perkara-perkara karut dan kurang teliti.
Saya bukanlah peminat drama atau filem Melayu kecuali filem-filem arahan Tan Sri P. Ramlee, beberapa filem Uwei, satu dua filem dari dato’ Jins Shamsudin dan beberapa filem dari
Dato’ Rahim Razali dan short2 film.
Saya tidak pernah menulis apa-apa artikel tentang seni di sini walaupun saya merupakan
peminatnya. Tetapi apa yang berlaku dalam drama ........... tadi membuatkan saya
tergerak untuk menulis artikel ini sebagai mengingatkan penggiat-penggiat seni serta
mereka-mereka di badan Penapis Filem dan Drama. Jangan ditelan apa yang cuba
disogokkan tanpa memeriksa dulu isikandungannya, kelak apa yang terjadi dalam
drama ini, tidak mustahil akan menjadi lebih berleluasa lagi di masa akan
datang.
Apabila saya amati dan
menumpukan perhatian, kelihatan satu watak sedang membaca sekeping surat
dihadapan seorang gadis yang terlantar sakit di hospital. Saya tidak mengetahui
apa ceritanya perempuan itu terlantar sakit, tetapi yang saya tahu kata-kata
yang sedang diucap tersebut merupakan kata-kata yang ditulis oleh ibu lelaki
tersebut kepada perempuan yang sakit itu.
Apa yang membuatkan saya terpanggil untuk mengamati bait-bait dialog yang sedang diucap tersebut ialah kerana saya seakan-akan pernah mendengarnya di suatu tempat yang lain.
Kalau tak silap saya ia berbunyi sebegini…
Ibu manakah yang jika anaknya minta ikan dari padanya, dia akan memberikan ular kepada anaknya itu sebagai ganti ikan?Atau, jika ia minta telur, akan memberikan kepadanya
kalajengking?(rasanye lebih kurang begitulah bunyinya.) saya menggunakan Tafsir
Al-Qur’an dan dua buah Bible dalam simpanan saya untuk dibuat rujukan, maka
dengan secara tidak langsung saya teringatkan kepada ayat yang saya pernah baca
dalam kitab Bible (Perjanjian Baru) dalam sebuah surah bernama Luke Fasal 11.
Lalu saya pun membuka
Bible (versi King James) yang ada di depan saya dan mencari surah tersebut
kembali untuk memastikan bahawa apa yang saya dengar itu memang ayat dari Bible
yang saya pernah baca.
Apabila surah Luke
fasal 11 di buka, saya membaca ayatnya dari ayat 1 hingga 54. Nyata jangkaan
saya tidak meleset. Luke fasal 11 menceritakan mengenai Jesus yang sedang
berdoa di suatu tempat dengan pengikutnya. Lalu para pengikutnya menanyakan
kepadanya satu doa yang boleh kiranya diajarkannya kepada mereka. Lalu Jesus
mengajarkan kepada pengikut-pengikutnya cara berdoa dan apa bentuk doa yang
seharusnya diminta.Kemudian Jesus menasihatkan pengikutnya mengenai jangan putus harapan dalam berdoa, kerana Bapa mereka (Tuhan Bapa) tidak akan membiarkan serta menghampakan permintaan anak-anakNya (iaitu umat Kristian pengikut Jesus). Kemudian dia (Jesus) memberikan contoh bagaimana Tuhan Bapa itu menyayangi anak-anakNya dalam ayat 9-12 surah Luke fasal 11 tersebut.
Luke 11 : 9-12
And I say unto you, Ask, and it shall be given you; seek, and ye shall
find; knock, and it shall be opened unto you. For every one that asketh
receiveth; and he that seeketh findeth; and to him that knocketh it shall be
opened. If a son shall ask bread of any of you
that is a father, will he give him a stone? or if he ask a fish, will he for a
fish give him a serpent? Or if he shall ask an egg, will he offer him a
scorpion?
Terjemahannya : Oleh karena itu Aku berkata kepadamu: Mintalah,
maka akan diberikan kepadamu; carilah, maka kamu akan mendapat; ketoklah, maka
pintu akan dibukakan bagimu. Karena setiap orang yang meminta, menerima dan
setiap orang yang mencari, mendapat dan setiap orang yang mengetok, baginya
pintu dibukakan. Bapa manakah di antara kamu,
jika anaknya minta ikan dari padanya, akan memberikan ular kepada anaknya itu
ganti ikan? Atau, jika ia minta telur, akan memberikan kepadanya kalajengking?
Cuma yang berbeza
ialah perkataan bapa diganti dengan perkataan ibu dalam skrip drama tersebut.
Samada disengajakan atau tidak, saya tidak berhak untuk menilaikannya. Tidak
salah membaca Bible dan kandungannya tetapi hendaklah anda mempunyai ilmu
sebelum mengambil mana-mana ayat dan kata-kata di dalamnya untuk dijadikan
hujah dan dialog. Silap haribulan, rosak akidah nanti. Dalam drama tersebut
tidak dinyatakan langsung kata-kata tersebut diambil dari mana. Yang dinyatakan
dalam skrip tersebut hanyalah kata-kata yang diambil dari sebuah kitab. Namanya
tidak dinyatakan. Tetapi sangat jelas kini, bahawa kitab tersebut merupakan
Bible iaitu surah Luke fasal 11.
Oleh kerana majoriti
penonton yang menontonnya ialah Melayu Islam, maka sekiranya ada muslihat
terlindung untuk mempromosi Bible dan Kristian di dalam media arus perdana pada
waktu prima, maka seharusnya stesen televisyen dan kementerian mengambil
langkah-langkah proaktif menggantikan panel-panel penilai yang sangat pasif
dalam membuat kerja. Apakah negara kita sekarang ini diserang dengan sindrom
‘tidur’. Dari atas sampai ke bawah, dari penulis skrip hingga ke pelakon, dari
penerbit sampai ke panel stesen televisyen, semuanya tidur nyenyak sehingga
tidak perasankan yang nyamuk sudah pun masuk dalam kelambu.
Berhati-hatilah,
setahu saya ada akta yang menghalang penyampaian secara terbuka mana-mana
doktrin agama selain Islam dalam media arus perdana sebagai menghormati
Perlembagaan Negara. Kita tunggu apakah mereka akan senyap dengan isu ini atau
pun diambil perhatian dan tindakan. Kepada semua orang Islam, berhati-hatilah
kerana berkelambu itu bukan jaminan nyamuk tidak boleh lepas masuk… Sekian …
wallahua’lam….
assalamualaikum ……
mulakan hari dgn indah.terbitkan ketabahan.
setahun sudah pergi bagi mengenangkan rakan2 posbasik.
6 bulan bergelut kot,tapi enjoy beb 6 bulan.susah ada di mana2,so hidup mesti di teruskan.geng2 pos basik gua dr serata malaya.laki dan pompuan.aku mengambil kursus posbasik pengurusan personal kesihatan.gua je yg paling muda n kecil.lain semua abg2 & kakak2 gua.semua dah pakai biru & hijau.saje try sibuk.banyak yg gua belajar sebenarnya.
HADAPILAH.....
Ayat-ayat Al-Quran untuk diamalkan
Untuk elak suami/isteri dan anak2 bergaduh
Surah Al Baqarah – Ayat 102
Anak2 pandai belajar
Surah Al Anbiyaa’- Ayat 79
Anak2 lembut hati/ elak panas baran
Surah Al Anbiyaa - Ayat 69,
Surah Al Hasyr – Ayat 22-24
Anak2 malas sekolah
Surah Toha ayat 1-5
Ayat pendinding
Ayat akhir surah At Taubah
Bg anak2 yg suka keluar malam
Surah Ar Ruum Ayat 31. Baca 33x
Untuk jadi pendinding rumah
Surah Al Baqarah dibaca & tiup pd air , dan semburkan keliling rumah
1 MINIT UNTUK MENGINGAT ALLAH
Sebutlah dengan sepenuh hati dan lidah yang fasih:
SUBHANALLAH
WALHAMDULILLAH
WALAA I LAAHA ILLALLAH
WALLAHU AKBAR
ASTAGHFIRULLAH HAL AZEEM
LAA ILAAHA ILLALLAH, MUHAMMADUR RASULULLAH
ALLAHUMMA SOLLI WASALLIM WABARIK ‘ ALASAYYIDINA MUHAMMAD WA ALIHI WA SAHBIHI AJMAEEN
Hayatilah sedalam2nya akan makna ayat demi ayat, perkataaan demi perkataan…….
mengingat, berdoa dan bermunajat kepada ALLAH SWT.
BURUNG CENDERAWASIH
Hikayat Burung Cenderawasih
Amatlah jarang sekali orang memiliki burung cenderawasih. Ini kerana burung ini bukanlah berasal dari bumi ini. Umum mengetahui bahawa burung Cenderawasih ini hanya dimiliki oleh kaum kerabat istana saja.Hatta mengikut sejarah, kebanyakan kerabat-kerabat istana Melayu mempunyai burung cenderawasih. Mayoritas para peniaga yang ditemui mengatakan ia membawa tuah yang hebat.
Syahdan dinyatakan lagi dalam beberapa kitab Melayu lama,sekiranya burung cenderawasih turun ke bumi nescaya akan berakhirlahhayatnya. Dalam kata lain burung cenderawasih akan mati sekiranyamenjejak kaki ke bumi. Namun yang pelik lagi ajaibnya, burung cenderawasih ini tidak lenyap seperti bangkai binatang yang lain. Ini kerana ia dikatakan hanya makan embun syurga sebagai makanannya.Malahan ia mengeluarkan bau atau wangian yang sukar untuk diperkatakan.Burung cenderawasih mati dalam pelbagai keadaan. Ada yang mati dalam keadaan terbang, ada yang mati dalam keadaan istirahat dan ada yang mati dalam keadaan tidur.
Walau bagaimanapun,byk kajian telah di jalankan secara rapi untuk menerima hakikat sebenar mengenaiBURUNG CENDERAWASIH ini. Mengikut kajian ilmu pengetahuan yangdijalankan, burung ini lebih terkenal di kalangan penduduk nusantaradengan panggilan Burung Cenderawasih. Bagi kalangan masyarakat China pula, burung ini dipanggil sebagai Burung Phoenix yang banyak dikaitkan dengan kalangan kerabat istana Maharaja China.Bagi kalangan penduduk Eropah, burung ini lebih terkenal dengan panggilan Bird of Paradise.
Secara faktanya, asal usul burung ini gagal ditemui atau didapat hingga sekarang. Tiada bukti yang menunjukkan ianya berasal dari alam nyata ini. Namun satu lagi fakta yang perlu diterima, burung cenderawasih turun ke bumi hanya di IRIAN JAYA (Papua sekarang), Indonesia saja.Tetapi yang pelik namun satu kebenaran burung ini hanya turun seekor saja dalam waktu tujuh tahun. Dan ia turun untuk mati. Sesiapa yang menjumpainya adalah satu tuah.(tak tau betul ke tidak ) Oleh itu, kebanyakan burung cenderawasih yang anda saksikan mungkin berumur lebih dari 10 tahun, 100 tahun atau sebagainya. Kebanyakkannya sudah beberapa generasi yang mewarisi burung ini.
Telah dinyatakan dalam kitab Tajul Muluk bahawa burung cenderawasih mempunyai pelbagai kelebihan. Seluruh badannya daripada dalam isi perut sehinggalah bulunya mempunyai khasiat yang misteri. Kebanyakannya digunakan untuk perubatan. Namun ramai yang memburunya kerana tuahnya. Burung cenderawasih digunakan sebagai pelaris. Baik untuk pelaris diri atau perniagaan. Sekiranya seseorang memiliki bulu burung cenderawasih sahaja pun sudah cukup untuk dijadikan sebagai pelaris.Mengikut ramai orang yang ditemui memakainya sebagai pelaris menyatakan, bulu burung cenderawasih ini merupakan pelaris yang paling besar. Hanya orang yang memilikinya yang tahu akan kelebihannya ini.Namun yang pasti burung cenderawasih bukannya calang-calang burung.Penuh dengan keunikan, misteri, ajaib, tuah.HANYA ALLAH YANG MAHA MENGETAHUI AKAN KEBENARAN SELURUH DUNIA....
Jul 2, 2009
RARE
Assalammualaikum semua….
berjumpa lg dlm blog meorz.apa yg ingin diperkatakan selepas ini adalah rahsia.aku suka kumpul wang lama.kenali wang ini dapat mengenai sesebuah bangsa dan negara.aku berkongsi hobi ngna bapa gua.hobi yg sering dibeleteri oleh mak bonda.namun gua belum lg jd seorang pengumpul yg tegar,biasala benda susah nak dapat.semua wang ini gua beli di lokeng dan pasar karat(org2 yg tau je).the latest is ebay la.famous la ni .ini mungkin koleksi yg terbaik.
byk lg beb.dari zaman malaya ke malaysia.
paling GUA sayang adalah duit uncut…AND RARE YG LAIN
sama2 kita kongsi hobi dan cerita
meor 012-5964886
YANG TERANG TERSIRAT
eksperasiku…
kembara seniman jalanan” Says…
cari lah diri dalam kehidupan……
Jul 1, 2009
potong rambut ZARIF
dah nak start,tgh seting ni.
mulakan,otai tok su menjalankan tugasnye
muka panas je (takut or gubra)
tp still maintain relax
last toush up....kasi jd hensem
taaaadaa..... dah siap zarif abah.tp still cool bebey..
SATU HARI DI HARI RAYA 08
SELAMAT HARI RAYA ........
belakang : huda,isteriku(samac haslinda),meor,meor jr.,ajim,yob,yong,abg faisal,yang,adik nani,
depan : abg-abg(haziq),hj razalli,hj khodijah,kakak (fazlin qistina)
Musafir Di Aidil Fitri
Gema takbir di subuh hari
Menjelang sudah aidil fitri
Tapi hamba musafir diri
Ke sana sini membawa diri
Ayah ibu lamalah pergi
Pergi menyahut seruan Illahi
Tinggal hamba seorang diri
Tiada siapa ingin hampiri
( korus )
Oh Tuhan Yang Maha Kaya
Hamba menangis di pagi raya
Aidil fitri hari bahgia
Tapi hamba dilanda derita
Pusara ayah dan juga ibu
Di pagi bahgia hamba kunjungi
Dengarlah ini ratapan anakmu
Hamba musafir di aidil fitri
walaupun mata tidak melihat tp dapat meneroka hati setiap insan....
dikurnia kan bakat yg besar.the most raya song i like.menangis di dalam hati tanpa mengalir air mata.erti kejayaan yang diperhalusi setiap ramadhan..
ni satu lg lagu kesukaan gua..
Lirik Lagu Raya | Mamat |
Duhai bonda duhai ayahanda
Dengarlah rayuan anakanda
Yang jauh di mata…
Tanpa ku sedari airmata ku mengalir
Terdengar ayat suci seruan takbir
Betapa daku gembira dekat di samping keluarga
Di pagi mulia hari raya
Kan ku sujud di kakimu bila kita bertemu
Kan ku cium tangan mu ku pohon restu
Oh maafkan daku kesalahan diri ku
Walau jauh di mata namun kau tak dapat ku lupa
Doa ku sepanjang masa agar kau bahagia
Ku pohon restu dari mu oh ayah dan ibu
Agar tercapai cita ku membela nasib mu
Kan ku sujud di kakimu bila kita bertemu
Kan ku cium tangan mu ku pohon restu
Oh maafkan daku kesalahan diri ku
Kesalahan diri ku…
insaf beb