al quran- senaskah

hubungi meor - 0125964886 utk membeli

May 28, 2013

Peluang menyemak arah kiblat-andai terlepas 28 mei 2013 yg lalu.semaklah pada 16/7/2013@5:28pm.

SUBHANALLAH..MURAHKAN REZEKI AKU DAN KELUARGA SERTA ORANG YG MELIHAT GAMBAR INI UNTUK KE RUMAH MU INI YA ALLAH YA RABB..
Sebagaimana ramai yang sedia maklum,pada 28 Mei 2013 yang lepas ,kita berpeluang menyemak arah kiblat.tapi bg yg terlepas boleh cuba pada esok hari. matahari akan bergerak di atas matahari atau lebih dikenali sebagai Istiwa Matahari di atas Kaabah.
Kejadian yang berlaku tepat pada jam 5.28 PM waktu Malaysia itu membolehkan kita, umat Islam, menyemak kembali arah kiblat atau lebih popular ‘arah sejadah’ kita, samada ia masih tepat ataupun sudah terpesong sedikit.
Jangan salah anggap, arah kiblat tidak berubah, tetapi yang mungkin beranjak ialah tandaan kiblat di rumah, pejabat atau sekolah kita. Maklumlah pelbagai faktor seperti kecuaian diri, yang memungkinkan kedudukan sejadah kita selama ini terubah secara tidak sengaja.
Bagaimana caranya? Amat mudah.
  1. Pacakkan kayu, atau gantung tali, atau cari sisi bangunan atau tiang yang tegak 90 darjah.
  2. Pada jam 5.16 PM, perhatikan kedudukan bayang-bayang yang terbentuk.
  3. Garisan bayang-bayang objek tadi apabila dihalakan ke arah matahari, akan tepat menunjukkan arah kiblat.

Selamat mencuba.
Rujukan:

No comments:

Post a Comment