al quran- senaskah

hubungi meor - 0125964886 utk membeli

May 17, 2013

INSAN AGUNG berPERIBADI AL QURAN.

`



AYUH!! berselawat kepada junjungan besar nabi pesuruh ALLAH.Nabi MUHAMMAD s.a.w. yang telah bersusah payah dalam membentuk ISLAM.berfikiran zuhud ,berjiwa tawaduk.Menjadi muslim kita di tuntut menjadi muslim sejati.muslim wajib mengenal nabi junjungan agong ini.seterusnya meneladani peribadi Beliau.beramal dan mengamalkan sunnah nabi.Lantaran peribadi Rasullulah adalah contoh paling ideal, paling sempurna dan paling bertepatan dengan kehendak dan tuntutan Syariat Islam, maka menyusuli keperibadian dan keunggulan baginda adalah suatu kewajipan kepada setiap muslim yang mahu mengecapi kejayaan di dunia apatah lagi di akhirat kelak. Firman Allah Subhanahu Wa Taala yang bermaksud :
Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan Yang baik, Iaitu bagi orang Yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang al Ahzab :21





Baginda s.a.w. adalah orang yang paling tahu dan mengenal Allah, orang yang paling takut dan bertaqwa, namun Baginda s.a.w kadang-kadang berpuasa dan kadang-kadang berbuka, tidur dan bangun serta menggauli wanita (isteri) dengan baik, namun tidak mempengaruhi keadaan Baginda s.a.w. sebagai orang yang paling banyak beribadah.

Semaikan hati, cintakan Nabi Allah Muhammad SAW sepenuh hati

masih segar lagi saat2 aku bertemu MU YA RASULULLAH...

No comments:

Post a Comment