al quran- senaskah

hubungi meor - 0125964886 utk membeli

May 28, 2013

Peluang menyemak arah kiblat-andai terlepas 28 mei 2013 yg lalu.semaklah pada 16/7/2013@5:28pm.

SUBHANALLAH..MURAHKAN REZEKI AKU DAN KELUARGA SERTA ORANG YG MELIHAT GAMBAR INI UNTUK KE RUMAH MU INI YA ALLAH YA RABB..
Sebagaimana ramai yang sedia maklum,pada 28 Mei 2013 yang lepas ,kita berpeluang menyemak arah kiblat.tapi bg yg terlepas boleh cuba pada esok hari. matahari akan bergerak di atas matahari atau lebih dikenali sebagai Istiwa Matahari di atas Kaabah.
Kejadian yang berlaku tepat pada jam 5.28 PM waktu Malaysia itu membolehkan kita, umat Islam, menyemak kembali arah kiblat atau lebih popular ‘arah sejadah’ kita, samada ia masih tepat ataupun sudah terpesong sedikit.
Jangan salah anggap, arah kiblat tidak berubah, tetapi yang mungkin beranjak ialah tandaan kiblat di rumah, pejabat atau sekolah kita. Maklumlah pelbagai faktor seperti kecuaian diri, yang memungkinkan kedudukan sejadah kita selama ini terubah secara tidak sengaja.
Bagaimana caranya? Amat mudah.
  1. Pacakkan kayu, atau gantung tali, atau cari sisi bangunan atau tiang yang tegak 90 darjah.
  2. Pada jam 5.16 PM, perhatikan kedudukan bayang-bayang yang terbentuk.
  3. Garisan bayang-bayang objek tadi apabila dihalakan ke arah matahari, akan tepat menunjukkan arah kiblat.

Selamat mencuba.
Rujukan:

May 24, 2013

Kisah pengubatan NABI dengan MADU.

Kisah pengubatan NABI dengan MADU.

Sahabat Abu Said Al Khudri mengisahkan:

Suatu hari datang seorang lelaki kepada Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam, lalu ia berkata:

Wahai Rasulullah, saudaraku saat ini sedang menderita sakit.

Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam bersabda:

اسْقِهِ عَسَلًا»

Minumilah ia madu.



Segera lelaki itu pergi dan menjalankan petunjuk nabi, yaitu meminumi saudaranya madu.

Tidak selang berapa lama, ia kembali lagi menemui Rasulullah dan berkata kepadanya: aku telah meminumkan madu kepadanya, namun ternyata sakitnya malah bertambah parah.

Mendengar laporan itu, beliau kembali memerintahkannya untuk terus meminuminya madu.

Segera lelaki itu pergi dan menjalankan perintah Rasulullah, namun lagi-lagi sakit saudaranya semakin bertambah parah. Sehingga ia kembali menemui Rasulullah dan mengkhabarkan hal ini kepada beliau.

Mendapat laporan perihal sakit saudara lelaki itu yang semakin bertampah parah, lagi-lagi Rasulullah memerintahkannya untuk meminuminya madu.

Tanpa pikir panjang atau ragu sedikitpun, lelaki itu kembali mematuhi perintah Rasulullah.

Dan lagi-lagi sakit saudaranya semakin bertambah parah, hingga akhirnya untuk yang ketiga kalinya ia menyampaikan kejadian ini kepada Nabi. Dan nabi pun kembali memerintahkannya dengan pengubatan yang sama. Dan kembali lagi sakit saudara lelaki itu juga belum kunjung sembuh.

Walau sudah mencuba pengubatan ala Rasulullah untuk ketiga kalinya, namun lelaki itu tidak putus asa dan ragu. Ia tetap dengan yakin meminta petunjuk dari Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam.

Dan untuk keempat kali ini, Rasulullah bersabda:

صَدَقَ اللهُ، وَكَذَبَ بَطْنُ أَخِيكَ»

Allah Maha Benar, sedangkan perut saudaramu yang tidak benar/ mengalami gangguan".

Selanjutnya Rasulullah memerintahkan lelaki itu untuk meminumkan madu kepada saudaranya, dan SUBHANALLAH, setelah minum madu empat kali, barulah sakit saudara lelaki itu sembuh total.(Muslim)

Rasulullah menyatakan bahwa Allah Maha Benar, kerana Allah telah menjelaskan bahwa pada madu terdapat kesembuhan, sebagaimana ditegaskan pada ayat 69 surat An Nahl.

Note : Demikianlah contoh nyata bagaimana seorang mukmin melatih keimanan, walau gagal tiga kali, namun tetap saja teguh dan tegar menerapkan ajaran Rasulullah, hingga akhirnya berhasil mendapatkan bukti akan kebenaran ajaran beliau.

May 20, 2013

KURMA UNTUK TENAGA DAN MEMORI




Apakah antara khasiat utama kurma?
1) Paling pantas diproses dan diserap, sekaligus memberikan tenaga segera
Memandangkan kandungan gula ringkasnya (monosaccharide) yang sangat tinggi malah lebih tinggi dari pisang, kurma berupaya memberikan “tenaga segera” yang akan diserap oleh tubuh serta-merta. Berbeza dengan kebanyakan buah-buahan lain yang mengadungi sukrosa (disaccharide). Disaccharide seperti sukrosa harus dipecahkan dahulu oleh enzim sebelum bertukar menjadi monosaccharide lalu diserap tubuh sebagai tenaga.
Rasulullah SAW berbuka puasa dengan beberapa biji buah kurma sebelum sembahyang. Sekiranya tiada terdapat kurma, maka Baginda akan berbuka dengan beberapa biji anggur. Sekiranya tiada anggur, maka Baginda meminum beberapa teguk air
Hadis riwayat Ahmad
Makan kurma ketika berbuka puasa amat bagus kerana pada waktu ini, kita perlukan tenaga segera, dan bukannya tenaga yang “lambat untuk dicerna” seperti yang terkandung dalam kebanyakkan makanan berlemak dan bergoreng yang lain.
2)  Kaya dengan serat dan potassium
Kurma dimakan tanpa perlu membuang kulitnya dan pada kulitnya itulah terkandung serat. Kurma adalah antara buah-buahan yang amat kaya dengan serat, serat larut mahupun tak larut. Kita sering menganggap buah-buahan seperti pisang itu mengandungi serat yang tinggi, tetapi tahukah anda, dalam 100g Kurma terdapat 8g serat sedangkan dalam 100g Pisang hanya terdapat 2.6g serat sahaja? Tinggi serat amat baik untuk sistem pelawasan.
Selain itu kurma kaya dengan Potassium dan beberapa zat galian yang lain. Potassium adalah elektrolit yang akan menyeimbangkan kembali kandungan air dalam tubuh badan apabila kita kehilangannya, terutama sepanjang tempoh berpuasa. Tidak perlu membeli 100 Plus sekiranya khuatir akan kekurangan elektrolit ketika berbuka, memadai dengan beberapa biji kurma dan air suam. Potassium juga membantu dalam pembinaan otot termasuk otot jantung dan mampu memelihara sistem saraf.
3)  Penguat memori
Ramai yang berfikiran hanya kismis yang baik untuk menguatkan daya ingatan, namun hakikatnya kurma juga tidak kurang hebatnya. Ianya amat sesuai untuk kanak-kanak yang sedang membesar.
4) Baik untuk wanita mengandung/bersalin
Masih ingat kisah Maryam yang hanya memakan buah kurma semasa melahirkan Nabi Isa AS? Menerusi malaikat Jibrail, Allah telah mewahyukan kepada ibu Isa iaitu Maryam binti Imran supaya menggegar pohon kurma sehingga gugur lantas memakannya tatkala lemah selepas bersalin.
Dan goncangkan batang kurma itu kepadanya, nanti ia gugurkan atasmu kurma yang masak,”
Surah Maryam, ayat 25
Dan menurut sebuah laman web, buah kurma amat baik untuk wanita mengandung dan akan memudahkan wanita untuk melahirkan anak dan akan mengurangkan pengaliran darah semasa proses kelahiran. Malah anak yang dilahirkan kelak dipercayai akan mempunyai sifat-sifat yang baik, penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya (Sabda Rasulullah).
5) Penawar Racun
Diriwayat oleh Aishah r.a., “Jika sesiapa yang selalu makan kurma akan dihindari daripada terkena racun yang dimakan.”
6) Merawat penyakit
Dalam perubatan homeopati, biji kurma dikisar halus seperti serbuk teh. Ianya direndam dan diminum bagi menyembuhkan pelbagai jenis penyakit.
7) Mengubati gangguan usus dan sembelit
Ketidakserasian dengan gluten menghalang penyerapan zat-zat makanan secara sempurna. Kurma mencegah ini dari berlaku.

BERMINAT?SILA HUBUNGI -0125964886(MEOR)

May 17, 2013

INSAN AGUNG berPERIBADI AL QURAN.

`



AYUH!! berselawat kepada junjungan besar nabi pesuruh ALLAH.Nabi MUHAMMAD s.a.w. yang telah bersusah payah dalam membentuk ISLAM.berfikiran zuhud ,berjiwa tawaduk.Menjadi muslim kita di tuntut menjadi muslim sejati.muslim wajib mengenal nabi junjungan agong ini.seterusnya meneladani peribadi Beliau.beramal dan mengamalkan sunnah nabi.Lantaran peribadi Rasullulah adalah contoh paling ideal, paling sempurna dan paling bertepatan dengan kehendak dan tuntutan Syariat Islam, maka menyusuli keperibadian dan keunggulan baginda adalah suatu kewajipan kepada setiap muslim yang mahu mengecapi kejayaan di dunia apatah lagi di akhirat kelak. Firman Allah Subhanahu Wa Taala yang bermaksud :
Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan Yang baik, Iaitu bagi orang Yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang al Ahzab :21





Baginda s.a.w. adalah orang yang paling tahu dan mengenal Allah, orang yang paling takut dan bertaqwa, namun Baginda s.a.w kadang-kadang berpuasa dan kadang-kadang berbuka, tidur dan bangun serta menggauli wanita (isteri) dengan baik, namun tidak mempengaruhi keadaan Baginda s.a.w. sebagai orang yang paling banyak beribadah.

Semaikan hati, cintakan Nabi Allah Muhammad SAW sepenuh hati

masih segar lagi saat2 aku bertemu MU YA RASULULLAH...

dhuha

May 5, 2013

pre - election.

berkesempatan melihat fenomena pilihanraya dimalaysia adalah sesuatu yang menarik.senario yg tiada di negara lain.berikutan kesebikun ,hanya beberapa jam sebelum ngudi dapat aku coretkan sedikit apa yg dikatakan coretan pilihanraya ke 13.
tepat 5mei 2013 rakyat negara berkebajikan ini akan melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka.ayuh buatalah pilihan yang terbaik.
bermacam2 cara meraih undi.

di awal2 penamaan calon.
prosek kejayaan berdasarkan kajian terdapat beberapa versi dan edisi.berpihak kepada yang menyokong.berbagai manifesto dan janji ditepati terus dijual dagangkan bagi mencapai maksud dan hajat.

Namun jawapan ditangan pengundi.ada mulut2 berkata,negara dah aman damai dah...kenapa nak tukar kerajaan?kenapa nak jadi bahan eksperimen?contoh salah satu data dr penulis blog yg berlatarbelakangkan profesional tertentu!!ramalan bagi kedudukan perlimen.adakah betul?

KALAU berasaskan undi popular, tahun 1995 merupakan pencapainan terbaik Bn apabila mampu mendapat
 65.1 peratus undi popular dengan 84.38 peratus jumlah kerusi parlimen, apabila menang 162 kerusi aripada 192 yang dipertandingkan berbanding pembangkang 30.

BN menerima undi popular terburuk tahun 2008 apabila hanya mendapat undi popular 50.3 peratus dengan jumlah 63.06 peratus jumlah kerusi parlimen, apabila hanya menang 140 kerusi daripada 222, berbanding pembangkang 82.

Jika data historical boleh menjadi panduan, maka pada PRU-13 ini Bn akan menang besar, berasaskan data grafik di atas. Kalau melihat data keputusan PRU di negara ini sejak tahun 1982, PRU-13 sepatutnya berpihak kepada BN.

Trend pilihan pengundi di negara ini, jika berasaskan kepada data di atas, maka apabila satu pilihanraya, pengundi tidak berpihak kepada BN, namun pilihanraya berikutnya akan condong kepada Bn. Pada tahun 2008, pengundi tidak condong kepada BN, kerana trend di atas, maka pada PRU-13 ini seharusnya sokongan kembali kepada Bn.
 
calon2 pulak terdiri dari org tempatan dan luar.stastistik amat memberangsangkan.sama2 kita tunggu sapa yang menang.Di Malaysia, dengan kadar penembusan internet yang telah pun melangkaui lebih 60%, kini media sosial telah menjadi salah satu sumber untuk mendapatkan maklumat utama. Pengguna Facebook di Malaysia sahaja dilaporkan melebihi 13 juta orang, manakala untuk Twitter, angka pengguna dianggarkan sekitar 2 juta.
 
bagi pengundi muslem, selamat solat istikharah, sebelum mengundi…dulu ustaz masa sekolah ada ajo.. tulis kat 2 helai kertas kecil,satu parti A, satu lg parti B, gulungkan… then solatlah seberapa banyak yang nak… minta guide Tuhan, then lepas solat, pilih salah satu kertas tu, yakinlah itu pilihan terbaik pd waktu itu….even anda ahli parti A, lepas solat, kertas parti B yg dipilih, undi lah parti B itu…even anda ahli parti B, lepas solat, kertas parti A yg dipilih, undilah parti A tu… mudah2an..