al quran- senaskah

hubungi meor - 0125964886 utk membeli

Sep 4, 2013

kembara ATOM ....

Kumpulan Atom Dan Mesmerize Johan Konvensyen Kumpulan Inovatif Dan Kreatif(KIK) Perkhidmatan Awam 

Ke-26, Peringkat Perak - 2 September 2013

IPOH, 2 SEPTEMBER  2013 - Kumpulan ATOM dari jabatan Unit Makmal, Klinik Kesihatan Greentown, Ipoh dan kumpulan MESMERIZE dari Bahagian Hal Ehwal Akademik, UPSI, Tanjung Malim mengungguli kategori masing-masing apabila menjadi johan dalam KIK Ke-26 Peringkat Negeri Perak yang berlangsung di Dewan Bankuet dan Dewan Serbaguna, Bangunan Perak Darul Ridzuan.
Kumpulan ATOM dan MESMERIZE selaku johan kategori Teknikal dan Pengurusan, menerima Anugerah YAB Menteri Besar Perak, Piala Pusingan, Piala Iringan, sijil dan wang bernilai RM 20,000 yang disampaikan sendiri  YAB Menteri Besar Perak, Dato’ Seri DiRaja Dr. Zambry Bin Abd Kadir.
Kumpulan ATOM yang menyertai pertandingan kali ini dengan projek bertajuk  “Kelewatan  Pelepasan Keputusan Tibi Di Pejabat Kesihatan Daerah Kinta”  berjaya menewaskan 12 pasukan lain termasuk pasukan EX7 dari Balai Bomba dan Penyelamat, Tanjong Malim yang berada di tempat Ke-2  dan PASTI dari Jabatan Pengairan Dan Saliran Daerah Hilir Perak, Teluk Intan di tempat ke-3 bagi kategori Teknikal.
Manakala bagi kategori Pengurusan, Kumpulan MESMERIZE dengan projek  bertajuk “Kesukaran Memilih Calon Penerima Anugerah Kecemerlangan Pelajar Sempena Istiadat Konvokesyen UPSI” dipilih selaku johan kategori Pengurusan  menewaskan 14 pasukan lain yang mengambil bahagian termasuk pasukan NRD dari Jabatan Pendaftaran Malaysia Negeri Perak yang menduduki tempat ke-2  dan SINERGI 10.1 dari Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Perak Ke-3.
Naib Johan bagi setiap kategori menerima Anugerah YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, piala iringan, wang bernilai RM 16,000 dan sijil manakala pemenang ketiga bagi setiap kategori menerima Anugerah YB Pegawai Kewangan Negeri, piala iringan, sijil dan wang bernilai RM 12,000.
Turut Hadir, YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Dato’ Abdul Puhat Bin Mat Nayan dan YBhg. Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan) Dato’ Haji Razali Bin Othman.
Sumber: Korporat, SUK Perak.

No comments:

Post a Comment