Klinik Kesihatan Greentown Ipoh mencipta sejarah tersendiri apabila ciptaan inovatif kakitangannya
berjaya merangkul dua anugerah sekaligus pada Konvensyen Inovatif dan Kreatif Perkhidmatan Awam ke-26.
Menggunakan nama Kumpulan ATOM, ciptaan mereka bertajuk ‘Modified Staining Rack’ bagi menanggani
masalah kelewatan pelepasan keputusan Tibi di pejabat kesihatan Daerah Kinta telah berjaya memenangi
hati juri.
Kumpulan ini dinobatkan sebagai pemenang bagi Anugerah Menteri Besar bagi kategori teknikal
dan Anugerah Persembahan Terbaik kategori Teknikal.
Bagi anugerah Menteri Besar, kumpulan ini membawa pulang wang tunai RM20,000 beserta piala
dan sijil manakala bagi persembahan terbaik mereka mendapat hadiah wang tunai RM2,000 beserta piala
dan sijil.
Ketua Kumpulan ATOM, Meor Zahirin Mustafa, berkata kejayaan merangkul dua anugerah sekaligus
adalah hasil dari kerjasama antara semua rakan yang dijayakan selama setahun.
"Kejayaan ini tidak akan dapat dicapai tanpa pengorbanan dan hasil kerjasama menjayakan projek itu,” katanya.
Anugerah telah disampaikan Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir bersempena dengan konvensyen
Inovatif peringkat Perak, di Dewan Bankuet.
Pasukan MESMERIZE dari Universiti Pendidikan Sultan Idris Shah Tanjung Malim pula merangkul
Anugerah Menteri Besar bagi kategori pengurusan yang turut membawa pulang RM20,000.
Hasil inovatif mereka adalah menanggai masalah 'Kesukaran Memilih Calon Penerima Ahugerah
Kecemerlangan Pelajar Sempena Istiadat Konvokesyen UPSI dengan mewujudkan sistem online untuk
kriteria pemarkahan mengikut pencapaian calon.
Ketua kumpulan, Ikmal Redzuan Mohd Isa berkata hasil inovatif mereka tugas mengenal pasti pelajar
yang cemerlang lebih mudah jika dibandingkan dengan sistem manual yang digunakan sebelum ini.
Sistem online yang diwujudkan itu juga berjaya menampakkan keadilan untuk semua pelajar yang terlibat,
katanya.
Pada kali ini, empat anugerah yang pertandingkan ialah Anugerah Menteri Besar Perak,
Anugerah Setiausaha Kerajaan Negeri Anugerah Pegawai Kewangan Negeri dan
Anugerah Persembahan Terbaik.
Ganjaran bagi Anugerah Menteri Besar juga telah digandakan daripada RM5,000 sebelum ini
kepada RM20,000 bagi menggalakkan lebih ramai kalangan kakitangan awam mengambil
langkah inovatif dan kreatif dalam memudahkan cara mereka bekerja.
Anugerah Setiausaha Kerajaan Negeri pula dimenangi oleh EV-7 dari Balai Bomba Tanjung Malim
bagi kategori teknikal dan NRD dari Jabatan Pendaftaran Negara Perak bagi pengurusan dengan
masing-masing membawa pulang wang tunai RM16,000.
EV-7 telah menghasilkan satu nozel baru yang efektif dan praktikal bagi memadam kebakaran di tempat
yang paling sukar manakala NRD pula telah mempermudahkan urusan pengambilan Mykad oleh
pelanggan dengan mengadakan temujanji khas pelanggan tanpa melalui kaunter dan penambahbaikan
proses kutipan MyKad.
Anugerah Pegawai Kewangan Negeri dimenangi oleh kumpulan PASTI bagi kategori teknikal dan
SINERGI 10.1 dari kategori pengurusan.
PASTI telah mencipta satu fiber yang mampu mengurangkan kemasukan tanah pasir ke dalam tali air
khususnya bagi projek sawah padi di kawasan Teluk Intan dan sekitarnya.
Ia mampu membantu pesawah untuk kemudahan pertanian mereka.
SINERGI 10.1 dari Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Perak dengan hasil inovatif telah berjaya
mewujudkan ‘site diary’ bagi merekodkan data setiap dua minggu bagi tujuan dijadikan pengkalan data.
No comments:
Post a Comment