al quran- senaskah

hubungi meor - 0125964886 utk membeli

Jul 25, 2013

LAWAK BULAN POSE....

lawak bulan pose...

perbanyakkan amalan ,risau2 tidak ketemu ramadhan tahun depan!!!!

"Lepas basuh pinggan, ikut Abah pergi masjid", kata Abah separuh memerintah.

Aku memandang kepada Emak. Emak angguk sahaja. Maksudnya emak mahu aku ikut Abah solat subuh ke masjid. Jangan melawan.

Nampaknya, aku kena batalkan niat untuk sambung tarik gebar selepas kenyang bersahur.

Aku bonceng di belakang. Kami tidak pakai helmet. Kopiah sahaja.

Ganjil ! Dalam cahaya suram menjelang subuh, aku lihat kubah masjid berada di tanah, bukan di bumbung masjid. Ajaib !

Abah macam tidak nampak keganjilan itu. Aku cuit bahu dia dan tunjukkan ke arah kubah yang berada di tanah. Mungkin kubah itu tengah sujud fikir aku.

"Kenapa?", tanya Abah.

"Lailatulqadar", kata aku dengan jari masih menunjuk kepada kubah.

"Kepala otak engkau! Berapa lama engkau tak ke masjid?", soal Abah.

Tidak pasal-pasal aku kena marah. Rosak pengalaman suci aku ini.

"Diorang tengah renovate masjid la. Bumbung masjid bocor.. pasal tu la kubah tu diorang angkat letak kat tanah.. pandai la lailatulqadar ko! ", sambung Abah lagi. .

## jgn lupa jemaah selalu,ada lapang pergi jemaah.bukan nanti pencen bro!!!

=.=

No comments:

Post a Comment