pemegang kunci kaabah
Asalnya tugasan menjaga kunci Kaabah dianugerahkan kepada Tasm, salah satu suku kabilah Aad yang wujud sebelum kaum Arab Quraisy. Lalu tugasan ini diberikan kepadaKhuzaah, kemudian kepada Qusai bin Kilab, lalu diberikan kepada anak lelakinya Abd-al-Dar bin Qusai, yang terus memeliharanya hinggalah akhirnya diserahkan kepada anak lelakinya Othman. Pemeliharaan kunci Kaabah berterusan turun-temurun hingga akhirnya kepada Syaibah bin Hashim (Abdul Muttalib). Pemeliharaan kunci berterusan turun temurun dari Syaibah hinggalah kepada keturunannya yang wujud pada hari ini.
Pembuka pintu itu sudah tua, dia melatih anaknya yang berumur lebih kurang empat tahun untuk membuka pintu Kaabah itu.Sejarah pintu Kaabah itu, kalau orang yang lain tidak boleh buka. Dia hanya boleh di buka oleh pemegang kunci itu sahaja dari keturunan Bani Syaibah. Bila Nabi meninggalkan Mekah kerana berhijrah ke Madinah, Mekah di kuasai oleh Bani Syaibah. Bani Syaibah ini adalah keturunan yang di amanahkan untuk memegang kunci kaabah sejak turun temurun.Bila nabi balik semula ke Mekah dalam tahun 7 hijiriah, berlaku peperangan pembukaan Mekah, nabi menang dan orang Islam berkuasa ke atas Mekah. Nabi menghantar Sayidina Ali untuk mengambil kunci pintu Kaabah daripada Bani Syaibah. Sayidina Ali pergi ke Bani Syaibah dan rampas kunci tersebut. Bani Syaibah serahkan kunci kepada Sayidina Ali tetapi bila pintu Kaabah nak di buka tak boleh. Sekejap sahaja datang Jibrail kepada Nabi membawa wahyu dari Allah. Al-Quran (An-Nisaa’:58)
Mahfumnya “Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya”
Nabi bagi balik kunci itu kepada Bani Syaibah, walaupun ketika itu Bani Syaibah belum Islam lagi. Rupa-rupanya bila bagi balik, Bani Syaibah kata mesti dia seorang nabi. Kalau dia bukan seorang nabi pasti dia gila kuasa kerana memegang kunci ini adalah satu penghormatan turun temurun. Bila kunci ini dipulangkan balik, ketua Bani Syaibah terbuka hatinya memeluk Islam kemudian semua pengikutnya memeluk Islam sehingga hari ini.Budak kecil tadi dibawa tangannya untuk pegang kunci oleh bapanya kemudian di buka dan di tolak pintu itu. Pintu itu dibuat dari Solid Gold beratnya 8 tan. Dia tolak senang sahajaDi dalam Kaabah itu masih ada lampu yang digunakan pada zaman nabi dahulu. Zaman Kerajaan Umaiyyah ditukar lampu lain seterusnya zaman Kerajaan Abasiyah juga tukar lampu. Apabila lampu di tukar, lampu yang lama di simpan di dalam Kaabah. Berpuluh-puluh atau mungkin beratus-ratus lampu lama ada disimpan di dalam itu.
kunci Kaabah sepanjang 40sm disimpan di dalam beg yang dibuat daripada sutera yang bersalut emas(beg tersebut dibuat di kilang kiswah di Makkah).Ka'bah dibersihkan dua kali dalam setahun, sekali dalam pertengahan bulan Sya'ban dan yang kedua di tengah bulan Dzul Qaidah menggunakan air Zamzam yang dicampur dengan air mawar dan wangian dengan Oud.
pelbagai jenis kunci Kaa'bah mengikut peredaran zaman, sebahagiannya kini sudah dilelong di beberapa pusat lelongan di London
Read more: http://billyinfo.blogspot.com/2011/08/inilah-pemegang-kunci-kaabah-juga.html#ixzz2aPHrDVKi |
Menurut Abdulaziz, Kaa'bah tetap terbuka tiga kali dalam sebulan bagi masyarakat untuk masuk dan berdoa di dalamnya. Tetapi ketika jumlah orang yang ingin memasuki bangunan suci tersebut meningkat, Kaa'bah kembali ditutup.
Kunci Kaa'bah tidak berubah dengan perubahan pintu. Selama masa Raja Khalid, pintu telah diubah tetapi kuncinya tetap tidak berubah. Pintu Ka'bah selebar 2,40 meter dan tinggi 1,70 meter
Rahsia dan hikmah kenapa Allah swt hanya memilih satu keturunan sahaja yang memegang kunci Kaabah ialah Allah tidak mahu kemuliaan dan kesuciaan Kaabah terusik mahupun terabai.Apa yang akan berlaku jika ramai orang yang boleh membukanya?.Kemungkinan besar ia akan mengundang pelbagai masalah dan boleh mengakibatkan kemuliaan dan kesucian Kaabah terjejas termasuklah salah guna kuasa.
Selain daripada itu,pemilihan hanya satu keturunan sahaja yang memegang kunci Kaabah adalah bukti akan janji Allah swt memelihara kesuciaan Kaabah dan Masjidil Haram itu sendiri.Lantaran itu,keturunan Bani Syaibah telah terpilih memegang amanah tersebut sehinggalah tiba hari Kiamat..
Selain daripada itu,pemilihan hanya satu keturunan sahaja yang memegang kunci Kaabah adalah bukti akan janji Allah swt memelihara kesuciaan Kaabah dan Masjidil Haram itu sendiri.Lantaran itu,keturunan Bani Syaibah telah terpilih memegang amanah tersebut sehinggalah tiba hari Kiamat..
YA ALLAH aku rindu ke sini kembali.. |