al quran- senaskah

hubungi meor - 0125964886 utk membeli

Dec 30, 2013

SHAKLEE : OMEGAGUARD (baik utk jantung)

Membantu mengurangkan risiko penyakit jantung
Minyak Ikan Terbaik Dunia

 https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiOYpZUaw-sOMSAqLdeeSYv9fDIzL6K2Y01m0mDU5RHJ2p1rp-exGk7ZP54t8kKKhSbpwAtDTI2imvSqguqOlH3411OFmVlwuNbeynGoqibUU7tyNozyD4bERiTxBiLo3I6LkRcgDQZ0u20/s1600/OMEGA.jpg

Asid Dokosaheksanoik (DHA) dan Asid Eikosapentanoik (EPA) merupakan asid lemak 3 yang ditemui dalam ikan laut dalam. DHA dan EPA dipercayai mampu mengurangkan keradangan, menggalakkan fungsi otak, sistem saraf, dan fungsi mata yang perlu diperolehi dari makanan.

Shaklee OmegaGuard merupakan makanan tambahan yang mengandungi minyak ikan. Satu hidangan OmegaGuard menyediakan 1000mg asid lemak omega 3 termasuk DHA dan EPA.
 
 Pengambilan asid lemak Omega-3 seperti AHA dan DHA boleh mengurangkan risiko penyakit jantung koronari. Kajian menunjukkan bahawa pengambilan asid lemak Omega-3 yang tinggi dapat memperbaiki kesihatan kardiovaskular di samping memelihara tekanan darah. Tamabahan lagi, Omega-3 dapat memelihara kesihatan otak, penglihatan dan fungsi-fungsi sendi.
 
 Mengandungi satu rangkaian penuh 7 jenis asid lemak Omega-3 semulajadi iaitu EPA, ALA, DHA dan lain-lain. EPA menyihatkan jantung dan sendir, sementara DHA pula diperlukan untuk perkembang dan fungsi-fungsi otak. Sesuai untuk anak-anak yang sedang membesar.
 
 
Bilangan size Setiap Botol : 90 biji  dalam 1 botol

Jadual Makan : 
Untuk memelihara kesihatan , 2-4biji sebelum dan selepas makan, 2 kali sehari.
 
boleh call/sms/pm/whatsup-0125964886(meor)
 

LECITHIN - ASETILKOLINA

 
Kolina merupakan satu kompenan asetilkolina yang terlibat dalam penghantaran mesej ke otak dan sistem saraf. Soya lecithin merupakan sumber utama kolina. Lecithin Shaklee diperolehi secara semulajadi dari kacang soya. Setiap kapsul yang lembut menyumbang 350mg lecithin.


Manfaat Utama Lecithin

  1. Membantu penyerapan vitamin larut lemak A,D,E dan K.
  2. Melindungi hati - menghalang mendapan lemak dalam hati, sirosis hati dan membantu memulihkan kesihatan hati.
  3. Pemecahan lemak dan kolesterol. Lecithin bertindak sebagai pembersih salur darah, pengambilan Lecithin membantu memetabolismakan lemak dan kolesterol dalam tubuh.
  4. Pelangsingan - menghalang obesiti, mempercepatkan pembakaran lemak untuk kesan langsing yang seimbang.
  5. Mencantikkan otot dan kulit - membentuk membran sel, melembabkan dan menghaluskan kulit, mengaktifkan metabolisma badan dan melambatkan penuaan.
  6. Menghalang pembentukan batu karang - 90% daripada pembentukan batu karang terjadi daripada kolesterol yang terkumpul. Lecithin mengemulsi kolesterol untuk mengelak batu karang.
  7. Mempertingkatkan daya ingatan dan menahan diri dari berasa stress - mengandungi kolin yang membantu sistem saraf kranial yang membantu proses pembelajaran, meningkatkan daya ingatan, menghalang Alzheimer dan meringankan stress.
  8. Menghalang tekanan darah tinggi - kerana ia menggalakkan perederan darah dalam tubuh.
  9. Merawat sembelit - Lecithin adalah pelembut najis, ia melembabkan usus dan meleraikan toksind alam usus.
    Bilangan size Setiap Botol : 180 biji  dalam 1 botol

    Jadual Makan : 
    Untuk memelihara kesihatan , 3 biji  sebelum/ selepas makan, 2 kali sehari.
 
HUBUNGI SAYA -0125964886(meor)


Dec 26, 2013

-sujud- adakah ini sujud yg terakhir?















Hikmah sujud -

Sujud lega sistem pernafasan

Mungkin ramai di kalangan umat Islam tidak sedar mengenai pelbagai hikmah yang tersembunyi ketika sujud. Pada hal, kita perlu sedar bahawa tiada suatu pun ciptaan dan suruhan Allah s.w.t. yang sia-sia, malahan setiap ciptaan itu mempunyai kelebihan yang selalunya tidak terjangkau akal manusia. Manusia melakukan sujud dalam dua bentuk, iaitu sujud fizikal seperti ketika bersolat dan sujud spiritual berbentuk ketaatan kepada perintah Allah s.w.t. dan menjauhi laranganNya. Ulama mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling hampir dengan Allah s.w.t. dan mereka menggalakkan kita bersujud lebih lama. Antara hikmah lain sujud adalah melegakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya.

Bernafas ketika sujud pula boleh:

- membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya.

- membetulkan pundi peranakan yang jatuh.

- melegakan sakit hernia. (burut)

- mengurangkan sakit senggugut ketika haid.

- melegakan paru-paru daripada ketegangan.

- mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa.

- kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh.

- meringankan bahagian pelvis.

- memberi dorongan supaya mudah tidur.

- menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud.

- pergerakan otot itu menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik, secara automatik memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik.

- bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik, mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada.

- mengurangkan kegemukan.

- pergerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut (convulsions).

- organ terpenting iaitu otak manusia menerima banyak bekalan darah dan oksigen.

- mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya.

Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha Pencipta sekaligus mengikis sifat sombong, riak, takbur dan sebagainya.

Dari segi perubatan, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentality seseorang. Menurut kajian, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki darah sedangkan setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal dan sempurna.

Tegar ~ Aku Yang Dulu Bukanlah Yang Sekarang (New Version)


lakarkan semahunya peta hidup kita..SYURGA@NERAKA?


Bagaimana kita seorang muslim seharusnya menghormati orang lain sepertimana yang diajarkan oleh nabi Muhammad s.a.w. Hormatilah sesama kita makhluk Allah. :)

di alam roh ,kita sudah mengakui akan ketuhanan kita DI DEPAN ALLAH.maka tercirta lah perjanjian utk kita ke dunia.tercatat 4 perkara bagi manusia.alam rahim selama 9 bulan.sapa yg menjaga kita?sapa yg bagi kita makan?indah hasil kerja ALLAH.SUBHANALLAH.
di alam dunia,wah!!! cabaran kita adalah ujian utk keakhirat.apa janji2 kita?semua akan di balas nanti.(apa? ,bagaimana?,kenapa?,siapa?,)-ini semua akan di tanya..adakah kita bersedia?semua ini ada dlm hadis dan sunnah nabi.lengkap utk kita semua.

lalu alam barzakh.tiap2 jiwa akan merasa mati.maka bahagian kita di sini adalah perhentian pertama utk di hisab.cerah di sini,maka cerah la masa depan kita.insyaallah.berdoa la semoga kita terhindar dari azab kubur.di dunia ,buatlah pasif income kita sebagai bekalan di alam mati .Mengapa kita perlu bersedekah? Apa kesannya bila kita bersedekah?bagi cukup bekalan sebelum kita di jemput ALLAH.byk berselawat.

last ,ended 
hanya dua!!! SYURGA @ NERAKA?

IAITU ALAM MAHSYAR....
the final countdown.
cari yang ALLAH punye..

Dec 10, 2013

hidup ini adakah batu loncatan or batu penghalang?














kita seharusnya meletakkan kebergantungan kepada ALLAH.sama ada perlu menjadi baik or sebaliknya.
ada 2 sifat iaitu negatif dan positif.kita perlu ada ilmu.ada ilmu kita ada harta.jangan berdengki dengan manusia.cinta pada ALLAH dan nabi pesuruh ALLAH.
mulakan sifat yg baik sekarang :
1- salam
2- sopan(bahasa badan)
3- senyum
4- sapa
5- santun( bagi keutamaan kepada org lain)

untuk menjadikan amalan,mulakan dan amalkan selama 21hari(ada kajian saintifik).
bawa aura positif dalam kehidupan.apa yg keluar dari diri kita adalah cermin diri kita yg sebenarnya.teori mudah,masuk lagu tu keluar lagu tu jgk!!

Dec 3, 2013

3 konsep utama -BAKAR,BINA, BUANG

Shaklee ada menawarkan set makanan tambahan bagi tujuan untuk kurangkan berat badan. Ramai yang sudah mencuba dan merasai perbezaannya.










https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjdxySkw9UjN3StDohZLGwUS3FSoiB8DP2fcFl_BZ0Hj0561BLvHCdrYeorEStSWRrpoNP8RN5NuMaFXNesCteHjpQ5eGE10CnIBRcpVJ8c4ra3bZAa3TzlWdz11qi-twv7i-UyqreZRsA/s1600/buang.png

1-BAKAR
Produk: LECITHIN/ OMEGA GUARD
Fungsi: bertindak sebagai pemecah dan pembakar lemak dan kolestrol
 
2- BINA
Produk: CINCH/SOY PROTEIN
Fungsi: bina otot, elak kulit menggelebeh



3-BUANG
Produk: ALFALFA/HERB LAX
Fungsi:membuang lemak, toksin dalam badan
 
 

LANGKAH PERTAMA : DETOX

Detox adalah proses membersihkan usus dimana segala toksin, lemak dan lendir yang melekat di dinding usus dikeluarkan melalui pembuangan air besar. Selepas dinding usus kita bersih. baru badan kita dapat menyerap nutrien pada tahap optimum.

Apa yang sesuai untuk detox adalah Herb-lax atau Alfalfa. Bagi mereka yang tidak mengalami masalah sembelit boleh cuba Alfalfa. Herb-lax pula sesuai untuk mereka yang mengalami masalah sembelit. Saya tidak menggalakkan Herb-lax diambil oleh ibu-ibu yang menyusu kerana bimbang akan memberi kesan cirit birit kepada anak.


LANGKAH KEDUA : MEMECAHKAN LEMAK

Proses memecahkan lemak boleh dilakukan dengan mengambil Lecithin atau omega. Lecitin dinamakan “pengemulsi semulajadi” kerana ia mempunyai kesan melekat pada lemak, dalam perkataan ringkasnya,ia menyebabkan lemak tu terapung di dalam darah, dan seterusnya mencegah lemak dari melekat kat dinding membran. Lecitin tak boleh dihasilkan oleh badan tetapi ianya sangat diperlukan oleh badan.

Walau apa juga supplemen yang anda makan untuk kurus anda haruslah menjaga pemakanan seharian anda, jangan makan sesuka hati. Kena kurangkan lemak dan minyak , rajin bersenam dan banyakkan minum air. Sekurang-kurangnya 3L sehari.


LANGKAH KETIGA : MEMBINA OTOT DENGAN PROTEIN

Protein sangat diperlu untuk membantu meningkatkan metabolisme tubuh, meningkatkan perkembangan otot, menjaga nafsu makan dan menjaga otot bebas lemak. Kajian menunjukkan protein dapat membakar kalori sampai sebanyak 35%.

Untuk protein terbaik, anda boleh memilih samada Cinch Shake atau jika anda ibu yang menyusukan anak, jangan ambil Cinch Shake ni, tapi gantikan dengan ESP/ MealShake (ESP juga membantu mempercepatkan penghasilan susu badan)

Kenapa perlu mengambil protein? Kerana apabila lemak diuraikan daripada badan, otot diperlukan untuk menggantikan ruangan yang kosong itu bagi mengelakkan kulit kelihatan tidak bermaya, lembik dan kusam. Bagi anda yang sedang dalam proses mengawal berat badan,pastikan protein terkandung dalam setiap makanan anda. Protein sangat perlu untuk membantu meningkatkan metabolisme tubuh, meningkatkan perkembangan otot, menjaga nafsu makan dan menjaga otot bebas lemak. Kajian menunjukkan protein dapat membakar kalori sampai sebanyak 35%... Cth makanan yg kaya protein kacang soya, ikan, telur, hasil tenusu(susu,keju,yogurt), kekacang, avokado, ayam, tauhu.

BERMINAT boleh pm/sms/call/whatsup-0125964886(meor)


Sep 25, 2013

want or need?




apa khabar sahabat2 sekalian?di dlm dunia yg mencabar ini,soal hidup adalah kata2 harian.kemampuan utk terus hidup sering tercabar.di malaysia,taraf hidup adalah kuat.dimana terbahagi kepada kehendak dan keperluan.
apa itu keperluan???
-ianya perlu utk terus hidup..contoh makanan, pakaian , rumah(?)
-ini semua tuntutan semula jadi manusia.lumrah.
-konsep dia adalah mudah dipuaskan.
-mengikut peringkat.

what is kehendak?
- ini yang memeningkan,tapi bagus.
-bertujuan utk lebih selesa dgn kehidupan..contoh smart tv.tilam 20inci,kereta (??)
-ianya tidak terhad dan tiada keutamaan. 

Dari semua diatas akan diterjemahkan dalam bentuk nilai faedah.dimana ada baik dan buruknya..dapat mengubah dari sebelumnya kepada lebih baik.disini kita kena letakkan perbezaan yg nyata.


  • Gaji kasar : RM2300 (fresh graduate)
  • Gaji bersih : RM2032 (masih tidak layak menerima BR1M)
  • Kereta : RM 400 (Kawasan yang sukar mendapatkan public transport seperti di kawasan Damansara, maka kami memerlukan kereta)
  • Tol: RM1.60 x 2 kali sehari : RM 3.20 x 23 hari = RM73.60 (melalui LDP, masih tidak menerima 20% rebate touch n go)
  • Parking : 23 hari x RM5 = RM115
  • Minyak : RM 12 x 23 hari = RM230 (dari Taman Melati ke Damansara dan untuk ke kerja sahaja)
  • Sewa : RM 200 (paling murah di Kuala Lumpur untuk satu bilik)
  • PTPTN : RM150 (minimum)
  • Makan untuk sebulan = RM 450 (sehari RM15)
  • Ibu Ayah = RM200
  • Baki : RM2032 – RM400 – RM73.60 – RM115 – RM230 – RM200 – RM150 – RM450 – RM200
  • TOTAL BAKI : RM213.40

Sep 20, 2013

shaklee - pengenalan(call/sms/pm-0125964886(meor) dan 0125964846-linda)



Shaklee Malaysia
Selamat datang ke Shaklee, sebuah syarikat yang berlandaskan falsafah dalam menawarkan produk mesra alam dan kesihatan yang baik. Shaklee selaras dan patuh pada prinsip yang telah dibina oleh pengasasnya, Dr Forrest C Shaklee.

Visi yang diilhamkan oleh Dr. Shaklee masih diteruskan melalui matlamat syarikat dengan menghasilkan produk berkualiti dan semula jadi yang menyokong kesihatan alam sejagat.
Dengan prinsip asas ini, Dr. Shaklee telah mencipta syarikat yang bertujuan untuk mencipta kehidupan yang lebih sihat. Beliau telah menghabiskan masanya dengan mencipta syarikat berlandaskan naluri yang dicipta untuk mempertingkatkan kehidupan setiap insan yang ditemui dan dipandu oleh satu prinsip utama “Berikan yang terbaik kepada setiap insan sebagaimana anda ingin diperlakukan oleh mereka”

Dengan matlamat untuk menjadi peneraju dunia dalam produk kesihatan dan kesejahteraan kehidupan, Shaklee sangat berdedikasi untuk terus menyumbang dalam produk inovasi, kecemerlangan sains.

Jutaan insan telah bertukar kepada produk nutrisi Shaklee sebagai salah satu tahap kualiti kehidupan dan Shaklee merasa bangga dapat mengeluarkan dan menjual produk terbaik seumpamanya.

Pada 2004, Ripplewood Holdings LLC dan Activated Holdings LLC telah mengambil alih perniagaan Shaklee di seluruh dunia oleh Yamanouchi Pharmaceutical Co. Ltd. Shaklee merupakan pengeluar dan pengedar ulung nutrisi, penjagaan peribadi, penjagaan rumah dan produk rawatan udara termasuk 45 paten di seluruh dunia.
Apa jua yang anda perlukan, kami harap anda dan keluarga tersayang anda akan seronok menikmati kehidupan yang lebih sihat melalui produk dan peluang yang ditawarkan oleh Shaklee.

 


Sebuah syarikat yang berlandaskan falsafah dalam menawarkan produk mesra alam dan kesihatan yang baik. Shaklee selaras dan patuh pada prinsip yang telah dibina oleh pengasasnya, Dr Forrest C Shaklee.
 
Shaklee Products (Malaysia) Sdn Bhd merupakan anak syarikat kepada Shaklee Corporation yang berada di Amerika Syarikat. Shaklee Malaysia telah memulakan operasinya semenjak bulan Ogos 1995 yang berpangkalan di lokasi strategik iaitu di Subang Jaya, Selangor serta mempunyai enam (6) buah cawangan yang terletak di negeri-negeri seluruh Malaysia iaitu di Pulau Pinang, Ipoh, Kuala Lumpur, Johor Bahru, Kota Bharu dan Kota Kinabalu.Shaklee Malaysia menjalankan operasi perniagaannya mengikut garis panduan Akta Jualan Langsung 1993 dengan Lesen Jualan Langsungnya yang bernombor AJL93747.

Kesihatan adalah tenaga, kecergasan dan kesejahteraan. Anda akan ketahuinya apabila anda merasainya, apabila anda melihatnya; kehidupan yang sihat adalah sesuatu yang menarik. Orang yang sihat sentiasa bertenaga dan kelihatan hebat. Nutirisi Shaklee telah membantu mewujudkan kehidupan yang lebih sihat kepada berjuta-juta orang selama lebih 50 tahun. Alamilah kehebatan kesihatan dengan Nutrisi Shaklee.

Kesihatan bermula dengan nutrisi yang baik.
 
Manjakanlah kulit dan rambut anda dengan ramuan yang lembut, semulajadi dan bersih.
 
Sesuai untuk Bumi dan kediaman anda.
 
Anti-Aging
 
Essential Nutrition
 
Antioxidants
 
Bone Health
 
Heart Health
 
Digestive Health
 
Immune Support
 
Liver Health
 
Women's Health
 
Children's Nutrition
 
Sports Nutrition
 
Healthy Weight
 
NutriWhite
 
Enfuselle
 
ProSante
 
Daily Care
 
Get Clean
 

Sep 10, 2013

~ ATOM di Youtube ~ KIK Konvensyen Inovasi Kreativiti


ATOM TERUS MENDAPAT LIPUTAN.
serba sedikit di hari konvensyen suk ke-26




Sep 6, 2013

ATOM Rangkul Dua Anugerah Innovatif

peraknews logo
Thursday, 05 September 2013   29. Syawal 1434
ssfsf

Sep 5, 2013

~ lagi berita ATOM ~

Berani Buat Perubahan, Inovasi: Setiausaha Kerajaan Negeri


Datuk Abd Puhat Mat Nayan
Golongan penjawat awam perlu sentiasa berani melakukan perubahan dan inovasi bagi menghasilkan kaedah terbaik, pantas dan tepat untuk memenuhi kehendak pelanggan, kata Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Datuk Abdul Puhat Mat Nayan.
Beliau berkata, penyelesaian kekangan tersebut memerlukan daya pemikiran kreatif serta keupayaan menjana idea-idea yang mampu memberi impak positif selari dengan arus perubahan semasa.
“Tiada garis penentu dalam menjadikan seseorang itu sebagai berinovasi dan kreatif, malah sesiapa sahaja boleh mencetuskan pembaharuan dalam pelbagai bidang.
“Namun, apa yang penting ialah sifat keterbukaan dan berani berubah. Bagi meningkatkan daya saing antara semua pihak dalam mencapai sasaran negara ekonomi bernilai tinggi, budaya inovasi perlu diterapkan di kalangan semua kakitangan awam,” katanya ketika merasmikan majlis Anugerah Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Sektor Awam Ke-26 peringkat Negeri Perak, di Ipoh, hari ini.
Katanya, menerusi inovasi baru, penyampaian perkhidmatan oleh penjawat awam akan mempunyai nilai tambah yang menjadi kayu pengukur dalam membuat penilaian membabitkan pelbagai aspek.
“Dengan penghasilan sesuatu kaedah baru, permohonan mendapatkan hak cipta, paten, cap dagangan atau rahsia perdagangan daripada Perbadanan Harta Itelek Malaysia perlu dilakukan.
“Ini dapat membantu melindungi hak eksklusif penciptaan yang telah dihasilkan sekaligus menjana pendapatan jika mempunyai nilai komersial untuk pasaran,” ujarnya.
Beliau juga berkata, penjawat awam perlu meningkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran setiap masa agar dapat memperkukuhkan organisasi mereka.
Sebanyak 27 kumpulan menyertai pertandingan itu yang terdiri daripada 13 kumpulan teknikal manakala 14 kumpulan pengurusan sektor awam dari Perak turut menyertai konvensyen sehari tersebut.
Kadar hadiah untuk johan, naib johan, tempa ketiga dan persembahan juga telah dinaikkan kepada empat kali ganda berbanding pada tahun lepas iaitu masing RM20,000, RM16,000, RM12,000 dan RM2,000 di samping hadiah iringan bagi menggalakkan lebih banyak penyertaan agensi sektor awam di Perak.
Kumpulan ATOM yang mewakili Makmal Klinik Kesihatan Greentown Ipoh memenangi Anugerah KIK Kategori Teknikal dengan tajuk projek ‘Kelewatan Pelepasan Keputusan Tibi Di Pejabat Kesihatan Daerah Kinta’.
Sementara itu, kumpulan MESMERIZE dari Bahagian Hal Ehwal Akademik, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Tanjung Malim memenangi Anugerah KIK Bagi Kategori Pengurusan dengan tajuk ‘Kesukaran Memilih Calon Penerima Anugerah Kecemerlangan Pelajar Sempena Istiadat Konvokesyen UPSI’.
Johan bagi setiap katogeri masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai RM20,000 bersama piala pusingan, piala iringan dan sijil penyertaan.

Sep 4, 2013

kembara ATOM ....

Kumpulan Atom Dan Mesmerize Johan Konvensyen Kumpulan Inovatif Dan Kreatif(KIK) Perkhidmatan Awam 

Ke-26, Peringkat Perak - 2 September 2013

IPOH, 2 SEPTEMBER  2013 - Kumpulan ATOM dari jabatan Unit Makmal, Klinik Kesihatan Greentown, Ipoh dan kumpulan MESMERIZE dari Bahagian Hal Ehwal Akademik, UPSI, Tanjung Malim mengungguli kategori masing-masing apabila menjadi johan dalam KIK Ke-26 Peringkat Negeri Perak yang berlangsung di Dewan Bankuet dan Dewan Serbaguna, Bangunan Perak Darul Ridzuan.
Kumpulan ATOM dan MESMERIZE selaku johan kategori Teknikal dan Pengurusan, menerima Anugerah YAB Menteri Besar Perak, Piala Pusingan, Piala Iringan, sijil dan wang bernilai RM 20,000 yang disampaikan sendiri  YAB Menteri Besar Perak, Dato’ Seri DiRaja Dr. Zambry Bin Abd Kadir.
Kumpulan ATOM yang menyertai pertandingan kali ini dengan projek bertajuk  “Kelewatan  Pelepasan Keputusan Tibi Di Pejabat Kesihatan Daerah Kinta”  berjaya menewaskan 12 pasukan lain termasuk pasukan EX7 dari Balai Bomba dan Penyelamat, Tanjong Malim yang berada di tempat Ke-2  dan PASTI dari Jabatan Pengairan Dan Saliran Daerah Hilir Perak, Teluk Intan di tempat ke-3 bagi kategori Teknikal.
Manakala bagi kategori Pengurusan, Kumpulan MESMERIZE dengan projek  bertajuk “Kesukaran Memilih Calon Penerima Anugerah Kecemerlangan Pelajar Sempena Istiadat Konvokesyen UPSI” dipilih selaku johan kategori Pengurusan  menewaskan 14 pasukan lain yang mengambil bahagian termasuk pasukan NRD dari Jabatan Pendaftaran Malaysia Negeri Perak yang menduduki tempat ke-2  dan SINERGI 10.1 dari Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Perak Ke-3.
Naib Johan bagi setiap kategori menerima Anugerah YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, piala iringan, wang bernilai RM 16,000 dan sijil manakala pemenang ketiga bagi setiap kategori menerima Anugerah YB Pegawai Kewangan Negeri, piala iringan, sijil dan wang bernilai RM 12,000.
Turut Hadir, YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Dato’ Abdul Puhat Bin Mat Nayan dan YBhg. Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan) Dato’ Haji Razali Bin Othman.
Sumber: Korporat, SUK Perak.