al quran- senaskah

hubungi meor - 0125964886 utk membeli

Oct 31, 2012

kaji semula AES

isu terbilang dan hangat diperkatakan la ni.bkn saja pembangkang memetik kata bantahan malah pihak kerajaan juga.seperti laporan akhbar sinar ,ketua pemuda bn pun meminta penanguhan AES.
contoh pandangan dr media arus semasa IT :MEMANG BENAR, RATA-RATA RAKYAT 1MALAYSIA TIDAK SETUJU DENGAN PERLAKSANAAN AES INI. KAJI DAHULU TEMPAT YANG SEPATUTNYA DILETAKKAN (LEBUHRAYA YANG MEMPUNYAI 3 HINGGA 6 LINK TIDAK SESUAI, PENYEDIAAN PAPAN TANDA 500METER -1000METER SEBELUM KAMERA AES SERTA KEUNTUNGAN KEPADA PIHAK BERKENAAN UNTUK MENGAUT WANG RAKYAT, MASIH BANYAK KAEDAH LAIN UNTUK BIMBING RAKYAT YANG SESUAI DIFIKIRKAN OLEH PIHAK YANG ARIF. KAJIAN SEMULA PERLU DIBUAT OLEH KERAJAAN BN. MINTA PENDAPAT RAKYAT. ITU NAMANYA RAKYAT DIDAHULUKAN, PRESTASI DIUTAMAKAN. 

kata ketua pemuda UMNO:
Semalam, Pemuda Umno mengambil pendirian mendesak kerajaan menangguhkan pelaksanaan AES sehingga kajian menyeluruh dilakukan.
Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin berharap Kabinet yang bermesyuarat minggu ini dapat memutuskan berkenaan hal terbabit.
“Pemuda desak kerajaan tangguh AES. Kaji semula," kata beliau, yang juga Ketua Pemuda BN.

kata Naib Pengerusi Kelab Penyokong-penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BBCBN), Datuk Abdul Rahman Dahlan:
 sebahagian ahli kelab itu mahu kerajaan  menimbang dan memperhalusi pelaksanaan Sistem Pengkuatkuasaan Automatik (AES).

Abdul Rahman yang juga Ahli Parlimen Kota Belud berkata demikian ketika ditemui di lobi Parlimen malam tadi.

"Dalam BBCBN kita masih belum ada pendirian. Apa yang berlaku ialah ahli-ahli Parlimen menyuarakan pendapat setiap individu. Tidak ada mesyuarat khusus untuk kita membincangkan isu AES.

"Sebenarnya isu ini agak rumit sedikit. Ada yang menyokong, tidak ada yang membantah tetapi ada yang meminta supaya AES ini diperhalusi, letaklah lebih papan tanda. Ada yang meminta di kawasan-kawasan yang ada 30, 40 meter ini diletakkan AES," ujar beliau yang juga Setiausaha Umno Sabah.

sama2 kita amik dan fikir2kan.utk mendesak agak susah.tapi gunakan la hak - hak kita dengan sewajarnya sebagai pengundi!!!

No comments:

Post a Comment