Ammar dan kedua-dua orang tuanya termasuk
dalam golongan kaum Muslimin yang disaksikan oleh pemusuh-pemusuh Islam
kerana menerima ajaran Nabi Muhammad s.a.w. Mereka telah diazabkan
diatas batu-batu dan tanah yang panas membakar. Apabila Rasullullah
s.a.w. lalu berdekatan mereka Nabi Muhammad s.a.w. akan menggesa mereka
supaya bersabar sambil memberi khabar gembira
tentang syurga. Yasir, ayah kepada Ammar telah meninggal dunia setelah menerima penyiksaan yang berpanjangan. Ibunya yang telah tua pula ditikam mati dengan dengan lembing oleh Abu Jahal. Dia enggan meninggalkan agamanya walaupun disiksa dengan pedihnya. Dia merupakan wanita pertama yang syahid kerana mempertahankan agama.

Apabila Nabi Muhammad
s.a.w. hendak berhijrah ke Madinah, Ammar telah menawarkan hendak
membuat sebuah binaan dimana Nabi Muhammad s.a.w. boleh duduk, berehat
diwaktu petang dan mengerjakan solat. Binaan ini didirikan dengan
batu-batu yang dipungutkan oleh dirinya sendiri. Dia menentang
musuh-musuh Islam dengan penuh keghairahan dan keberanian. Dalam suatu
pertempuran dia telah berkata dengan gembiranya: "Aku akan menemui
kawan-kawan aku tak lama lagi. Aku akan berjumpa dengan Nabi Muhammad
s.a.w. dan sahabat-sahabatnya..."
Kemudian ia meminta air untuk diminum tetapi dia diberi susu. Sambil mengambil susu itu dia berkata: "Aku mendengar Nabi Muhammad s.a.w. berkata padaku:"susu inilah minuman kau yang terakhir didunia!"
Dia bangun lalu meneruskan perjuangannya menentang musuh sehingga ia gugur. Pada masa itu dia telah pun berusia sembilan puluh empat tahun...

No comments:
Post a Comment