al quran- senaskah

hubungi meor - 0125964886 utk membeli

Mar 31, 2011

kedai bawah poko

assalammualaikum dunia..
setiap pagi kl berkesempatan aku mesti kuar minum pagi.mkn dah di rumah.kuar pun bkn nak minum or mkn sgt pun.just nak amik angin.rehatkan minda.biasala melayan kerenah pesaskit yg xtentu hala ni.
setiap pagi kedai bwh pokok ketapang pilih utama aku.minum biasala teh o.tp hairan kenapa pakcik kedai tu tanya hari2 mau minum apa?biasa la.mkn nasi goreng sandwich.melayu+westren.hahaha
dlm semua paper yg ada di kedai ini,semua ku baca.utusan meloya baca sukan je.tu pun ada kelentong lagi!!!
dlm selak punye selak helaian paper ni,terkaget gua!!!!
apa isu?apa barang terkejut2!!!!
ada terpapar seorng pesakit aku di jadikan keldai dah ke luar negara.rasanya br je lagi buat ujian kat aku.umur 20an,smart segak.tp hati xtau.hampir xpecaya namun ia terjadi.moga dia x bersalah.insyaallah

Mar 28, 2011

segelas air

apabila minuman air kosong itu penting,harus ada jadual yg betul...insyaallah
• 30 minit sebelum makan pagi : 1 gelas
• 2-5 jam setelah makan pagi : 1 gelas
• 30 minit sebelum lunch : 1 gelas
• 2-5 jam setelah lunch : 1 gelas
• 30 menit sebelum makan malam : 2 gelas
• 2-5 jam setelah makan malam : 1 gelas
• 30 minit sebelum tidur : 1 gelas

buku baru sedar-x abis baca






bila benda2 ni ada kat aku,benda lain xleh buat.baca sikit dah nak tau semua mana boleh.sabar sikit la.aku nak baca buku ttg unrah duku..sat g payah pulak.

Mar 22, 2011

2nd

RUKUN-RUKUN UMRAH

1. Berihram (Berniat melakukan umrah)
2. Tawaf
3. Sa'i
4. Tahallul
5. Tertib

WAJIB-WAJIB UMRAH

1. Berihram serta berniat umrah di Miqat yang ditentukan.
2. Menjauhi segala perkara yang dilarang semasa dalam ihram.

SUNAT-SUNAT UMRAH

1. Mandi sunat untuk Ihram
2. Sembahyang sunat Ihram
3. Sembahyang sunat Tawaf
4. Mengucup Hajarul Aswad
5. Bertalbiyah.

MENYEDARI DIRI SEBAGAI TETAMU ALLAH

Bakal haji adalah Tetamu Allah s.w.t yang dipilih sendiri olehNya. Sebagai tetamu manusia kita akan hanya akan berada diruang khas yang dipanggil ruang tamu. Sebagai tetamu kita tidak boleh masuk ke dapur atau bilik tidur atau bilik bacaan hatta untuk ke tandas perlu meminta izin tuan rumah. Diruang tamu kita sebagai tetamu tidak boleh membuat sesuka hati. Kita tidak boleh mengubahkan kedudukan sofa atau meja seperti kesukaan kita. Kita tidak boleh menyuruh tuan rumah menurunkan gambar di dinding kerana kita tidak suka. Sebagai tetamu apabila makanan berada dihadapan kita, sebagai tetamu tidak beradap jika terus memakannya tanpa mendapat jemputan tuan rumah. Sebagai tetamu kita tidak boleh marah tuan rumah jika makanan yang dihidangkan tidak mengikut selera kita. Sebagai tetamu yang beradap akan sedaya mungkin tidak menimbulkan kegelisahan dan kebencian tuan rumah.
Fahamlah kita bahawa kita ke Tanah Suci adalah tetamu Allah maka kita tidak boleh melakukan sesuka hati kita. Tidak boleh bercakap mengikut perasaan kita. Tidak boleh merasa marah atau membuat teguran jika suasana atau keadaan tidak menyebelahi kita. Oleh itu kita akan melakukan sesuatu atau percakapan yang baik dan berfaedah, menyebabkan kita disukai oleh Allah s.w.t.

Mar 21, 2011

berita gembira pagi mulia

ALHAMDULILLAH
rahmat ALLAH yg paling manis akan ku dapat ini...INSYAALLAH.
apakah aku sedia?apakah aku sedang di uji?siapkah aku ke sana?fuh..bercampur perasaan ini.aku amat terasa ,the 1st think is makam RASULLULLAH S.A.W.sayu sgt aku terasa..kat rumah aku frame gambar tapak kaki nabi dan seangkatannya saje ada...memang ada Dambakan semua ini.ASSALAMUALAIKUM YA KEKASIH ALLAH..selawat ke atas nabi dan para sahabat.
aku harus bersedia lebih dari selalu.insyallah

Mar 17, 2011

lafazkan lah

selawat ke atas rasul sebanyak mungkin untuk mendapat syafaatnya nanti..