al quran- senaskah

hubungi meor - 0125964886 utk membeli

Jan 31, 2011

memberi utk menerima

assalamualaikum dunia

sebenarnya kita ni manusia harus di beri motivasi tiap2 hari.tujuan nya adalah utk beramal dan menyembah ALLAH S.A.W..diri kita ni hanya pinjaman.tiada yg istimewa kl tiada taqwa dan iman.marilah kita memperbykan sedekah dan amal .nilai diri akan lebih tinggi .hanya amal dan sedekah jariah yg akan menemani kita di alam lain nanti.
kisah dlm bersedekah ni,aku ada satu kisah.iaitu memberi utk menerima.
pada satu ceramah maghrib,aku di dengari oleh ustaz sebuah cerita yg membuat aku sentiasa redha dgn apa yg aku ada.xkira fizikal or mental!! moga citer ni akan memberi sedikit pahala pada aku ,hasil dr apa yg saudara dan saudari amik dr coretan kerdil aku ini.cerita yg membibitkan rasa cinta pada aku utk memberi apa jua secara ikhlas.bersedekah dimana hati terdetik utk membuatnya.
cerita di sebuah kg,di mana tinggal sebuah keluarga yg hidup susah.hidup mereka tidak ber ayah.tinggal dua beradik bersama ibu mereka.ibu ini hanya membuat kerja kg dan mengambil upah sahaja.memang susah.
disini naluri seorg ibu itu amat kuat.walau susah mcm mana pun,si ibu tetap ingin memberi ilmu yg berguna kepada anak2 nya.akan di cuba oleh ibu menyekolahkan anak2nya dlm apa jua cabaran .kesusahan ini amat memeritkan.si ibu ni x berapa kuat sgt.kurang sihat utk membuat kerja berat.mana ada rezeki itu yg mereka mkn dan gunakan.
dlm satu keadaan ,dimana seorng penduduk yg lalu di kg itu ternampak seorng budak berlari.berlari seolah2 dlm ketakutan.lalu di ikut oleh lelaki ini budak itu kemana arah pergi.sehingga sampai budak ini di rumah mereka.rumah yg usang.rumah dimana si ibu sedang membuat keje rumah.membasuh pinggan mangkuk yg di amik upah.di ikut lelaki itu sampai ke rumah.lalu di dgr nada kemarahan dr seorg abg terhadap adiknya.adiknya yg berlari tadi.lelaki ini berasa hairan,kenapa di marah pulak.tidak lama selepas itu keluar la abg ini.apa yg dpt di lihat oleh lelaki ni?MASYAALLAH!!!
keluarnya si abg ni dlm keadaan lega.apa yg di lihat oleh lelaki itu adalah baju sekolah si abg ni sendat dan basah.diperhatikan dgn teliti baju si abg itu.rupanya basah adalah di sebabkan peluh adiknya tadi.seluar dan bajunya sendat.yg dimarahi aabgnya tadi sbb adiknya pulang lewat.risau abgnya pula.si abg ni pula berlari kesekolah.mereka berkongsi baju dan seluar sekolah yg sama walaupun berlainan usia.kesusahan yg di perlihatkan kepada lelaki itu amat sedih.

dengan kuasa tuhan satu lagi peristiwa utk ikhtibar.
dimana si abg ni mendapat keputusan 5A dlm upsr.maka di panggil oleh pihak sekolah utk penyampaian hadiah dan ucapan tahniah.dlm kegembiraan semua pelajar yg cemerlang ini,di tanya oleh pengetua apakah hadiah yg mereka dapat utk kejayaan ini?lalu seorng2 menceritakan hadiah dan kemanisan kejayaan mereka.lalu sampai giliran si abg ni tadi.apa jawapan yg di berikan dunia?
si abg ni menjawab..saya menunjukkan keputusan ni kepada ibu.lalu ibu memaut kepalaku dan medakap aku.terasa kehangatan air mata ibu membasahi pipi ku.terpancar wajah kepuasan di wajah ibu.itu lah hadiah yg aku dapat.hadiah yg tidak boleh di beli di dunia.aku bersyukur kerana ada ibu .kata si abg itu.

ingatlah wahai sahabat sekalian.diri kita susah,bkn bererti kita ni malang.ada lagi org yg lebih susah dr kita.ada yg susah yg kita x dapat bayangkan kesusahan mereka.maka bersyukurlah,dan sedekah kan harta kita utk yg memerlukan.INSYALLAH.

Jan 26, 2011

subuh yg subur

assalamualaikum dunia....
syukur kehadrat ilahi kerana di hidupkan pagi ini utk terus bertobat kepadanya.apa lg tujuan hidup kita selain beribadat dan menurut perintah ALLAH.mulakan kan hidup di subuh hari dgn bertawakal kepaaNYA.insyaallah.
dalam perjalanan ke tempat kerja sempat juga aku mendgr motivasi pagi dr corong radio kereta aku.adakala motivasi yg di beri mudah di kecapi.namun ada juga isu berat yg otak aku berspontan lari dr sisi ceramah .
yg akan ku ceritakan adalah kelebihan memberi.insyaallah....

Jan 24, 2011

titiskan airmata kita utk kasihnya ibu.....

assalamualaikum dunia..
setiap kita mempunyai ibu.kasihnye ibu membawa ke syurga.aku selalu teringat kata tuan guru ku..kerhedaan ALLAH ,adalah kerhedaan ibu bapa.so ingatlah untuk melakukan sesuatu kerja or benda hendaklah mendapat restu ibu dan bapa.kalau diberi  seluruh harta kita kepada mereka nescaya tidak akan dapat membalasnye walaupun ibu berkata sudah cukup dengan apa pemberian kita.aku rindu emak aku setiap hari,namun hati aku cuba menafikan realiti.tapi doa ku padanya tetap tidaK berubah.aku x mahu seperti kata pepatah, "sesuatu itu menjadi berharga apabila kita kehilangannya".akan ku beri mana termampu utk membahagiakan ibu .kasih sayang aku sama mcm dr kecik.ada satu kisah tentang pergorbanan ibu yg nescaya hati ibu adalah semurni2 hati .
aku menangis di dalam hati,malah xmampu diterjemahkan kepada air mata,bila mana seorng ustaz menceritakan dlm ceramahnya ttg kasihnya ibu.ini berbalik dgn keredhaan ALLAH.meruntun jiwa dan naluri.aku seperti anak2 kecik yg dahaga kan ilmu.setiap kuliah di mana2 masjid ku pergi utk mengenali diri.
ustaz ni menceritakan kasih ibu sehingga nafas terakhir,...
kisahnya bila mana terjadinya satu kemalangan ngeri di sebuah lebuhraya.di suatu hari takkala dlm perjalanan,telah terjadi satu kemalangan ,dimana seorang anggota bomba ni menceritakan sendiri pengalaman bernilainya kepada ustaz ni.dlm kejadian itu,kereta yg dipandu oleh suami dia,terlanggar dan terbabas di laluan bertentangan,kejadian ngeri ini kata anggota bomba ni adalah yg paling terkesan dalam hatinya.
kAtanya.dlm kejadian tu,suami di bangku pemandu remuk sama sekali.darah berlimpah ke jlnraya.kereta total loss.dimana suami ni meninggal di tempat kejadian berikutan kecederaan teruk di kepala.anggota bomba yg mengeluarkan mangsa amat teliti.takkala di tempat duduk belakang ada isteri.iaitu ibu kepada bayi di tempat duduk belakang.ibu ni dlm keadaan nazak.disedari oleh anggota bomba ada mangsa yg tersepit di belakang.iaitu ibu dan si bayi dia.dimana keadaan ibu ni amatlah nazak.dgn darah berlumuran segenap anggota,kepala tengkorak terkeluar,dan nazak.sedang anggota bomba ni ingin membantu si ibu nie,si ibu tu tersenyum melihat anaknya selamat.sambil anak nye dlm keadaan selamat menangis dengan kuatnya.di sebabkan si ibu ni dlm keadaan lemah,dia memberi isyarat kepada anggota bomba,yg bererti membawa anaknya ke pangkuannya.lalu dlm suasana hiba dan terharu,si ibu ni membawa bayi nye kedalam bajunya.apa yg di buat saudara saudari sekalian?itu lah naluri dan kasih sayang ibu!!di berinya susu ibu kepada anaknya tadi.menangis anggota bomba tu melihatnya.dlm linangan air mata si ibu ni tersenyum.tersenyum puas.sbb apa?sebab dapat memberikan susu terakhir kepada zuriatnya.susu yg seikhlas2nya susu.kenyanglah anak itu sehingga berhenti menangis.dapat di rasakan oleh ahli bomba itu roh si ibu itu pergi dengan setenang2nya. lalu di angkat si mayat ibu itu yg cedera parah dgn senang dan selamat.tinggallah anak itu sorang,yatim piatu.
keihlasan seorang ibu mana mungkin kita balas....ampunilah dosaku wahai ibu dan ayah..

Jan 21, 2011

sesudah jumaat

assalamualaikum dunia..
 alhamdullillah selamat solat jumaat tadi.mcm biasa topik khutbah gua akan bincangkan.
islam agama lumrah.agama agung.disini kupasan khutbah tertumpu pada pandangan dunia terhadap agama islam itu sendiri.berbagai2 gelaran dan ucapan terhadap islam.biasa la negara barat,mahupun negara islam pun memberi komen ttg islam.naratif dia adalah islam semakin diterima.walaupun berbagai2 keburukan di letakkan ,islam masih menjadi agama utama.malah semakin kuat.


HAK CIPTA OR HAK MILIK...

ASSALAMUALAIKUM DUNIA....

dimasa ilmu disebarkan oleh golongan nabi,ulama dan umara` ,apakah yg kita dapat hari ni?adakah bersaru or berbalah?
para2 nabi adalah utusan ALLAH.islam adalah ugama yg BENAR..contoh ,memahami al quran.maksud memahami ilmu la tu.adakah hak dan had?ramai yg tidak faham ttg ilmu!!! tidak salah utk di kongsi.namun lebih afdal.tp kenapa ada bantahan dan meminta pengesahan?bkn ada ke camni?
hak cipta -???/
hak milik-*??/??
sama2 la kita memberi utk lebih menerima.tiada halangan sebenarnye.cuma remeh temeh personaliti yg mundur sahaja meminta2 utk mendapat habuan.dari mana kita amik ilmu?sure dari al furqan.so kena minta izin individu ke?kena minta kebenaran kerajaan ke?ilmu ni luas.seluas nafas yg kita hembus dan sedut.bukan sedut dan hembus!!!seelok-eloknya memberi la utk keihklasan .tiada niat lain.bagi saya,sesiapa yg kurang senang ttg ilmu yg sy curahkan or perkatakan ,samada dlm bolg,chat box,fb ,twiter,flagged,mana2 lapangan ilmu dan fikiran wali,sy memohon maaf.

Jan 20, 2011

simpanan emas

Kenapa mesti simpan emas


KENAPA MESTI SIMPAN EMAS?
Membuat pelaburan semaksima mungkin dan 
jana simpanan anda ke arah yang lebih selamat dan bernilai tanpa susut nilai dan di telan zaman.

  • 80’an harga emas RM30/gram, 
    Kita kata emas itu mahal! Kita tak mampu

  • 90’an harga emas RM80/gram,Kita kata emas itu mahal! Kita tak mampu juga
  • 2010 harga emas CECAH RM160/gram, Memang emas itu mahal! Tapi kita masih kata, kita tak mampu!

Jadi BILAkah masanya kita MAMPU BELI....?,

Tanya diri anda sendiri dan buat kira-kira anda sendiri. Sekiranya anda beli pada tahun 90’an dengan harga RM80/gram dan pada 2010 anda jual dengan harga 160/gram?! Itu kalau anda pegang 1 gram (sebesar pasir). 


Cuba mulakan dengan 20gram dengan nilai lebih kurang RM3k, bayangkan nilai 20gram itu cukup 1 tahun yg akan datang sahaja. Bayangkan pula 10 tahun nilai emas yang disimpan.

Jan 19, 2011

hasil dari bacaan

Jika kita imbas kembali kisah mengenai kalendar masyarakat Maya yang hangat diutarakan pada tahun 2010 dan ditambah pula dengan pembikinan filem 2012 telah menarik minat seorang ahli arkeologi untuk membuat satu kajian mengenai kalendar ini. Ia telah memberi spekulasi berkenaan apa yang tertulis di bahagian yang merujuk kepada satu kejadian yang tidak terduga pada tahun 2012. Dia menafsirkan satu kenyataan yang berbunyi “Ia tertulis, ‘Dia akan turun dari langit’.” Mungkinkah fenomena yang pernah mempengaruhi perjalanan seluruh dunia berdasarkan kalendar Maya itu berkaitan dengan kedatangan Nabi Isa a.s ke Dunia?”

Tentu sahaja, ia mungkin terjadi. Ianya tidak mustahil dari segi tarikhnya, adalah munasabah Isa al masih akan berumur 33 tahun apabila dia kembali. Tidak mustahil dia akan datang pada tahun 2012, ia wajar. Kerana dia akan melancarkan perjuangan untuk suatu masa yang Maksimum 10-15 tahun lagi sehingga kedatangannya, insyaAllah. Penerangan yang terdapat di situ amat menarik. MasyaAllah. Tercatat bahawa dia akan datang dari langit, bukankah begitu?

Seorang ahli arkeologi mengeluarkan kenyataan yang berbunyi “ ia tertulis `dia akan turun dari langit` ”. Beliau menafsir kalendar masyarakat Maya dengan cara sedemikian, beliau telah menyatakan bahawa tertulis
“Dia akan turun dari langit”
Kedengarannya seperti waktu kedatangan Isa a.s ke Bumi bukannya hari Kiamat, MasyaAllah. Namun yang pasti, kita tidak akan mengenalinya di awal kehadiran baginda. Baginda hanya akan dikenali dikemudian.....

Jan 13, 2011

serba sedikit ttg depa!!!!

assalamualaikum dunia islam seisi alam.di sini ada sedikit info dan ilmu ttg agama kristian.amik dan fahami ,bagi persiapan diri dan isnyaallah sebarkan jika berkemampuan!!!!

Yom Tov


Yom Tov secara literal bermaksud hari perayaan yang baik (good day). Ianya ditentukan menurut kalender Yahudi yang berasaskan sistem lunar. Kebiasaannya pantang larang ketika hari Sabbath digunapakai ketika Yom Tov, terutamanya larangan bekerja. Antara Yom Tov ialah:

Rosh ha’Shanah (dua hari) – Tahun Baru Yahudi

Yom Kippor – Hari Penebusan (atonement)

Sukkos dan Shmini – Pesta Tabernacles

Pesach – Passover

Sh’vuos – Feast of Weeks

Sembahyang

Orang Yahudi bersembahyang tiga kali sehari semasa hari bekerja (selain hari Sabbath). Sekali di waktu awal pagi, kemudian di waktu tengahari dan terakhir sekali di waktu malam.

Synagogue

Tempat perkumpulan untuk bersembahyang bagi penganut agama Yahudi dikenali di dalam bahasa Inggeris sebagai synagogue. Mereka menyebutnya sebagai beyt t’fila. Akan tetapi orang Yahudi ortodoks sebenarnya tidak menggemari penggunaan perkataan synagogue, sebaliknya mereka lebih suka menggunakan perkataan ‘shul’ merujuk kepada beyt t’fila mereka.

Berjabat Tangan

Amalan berjabat tangan adalah kebiasaan orang Yahudi. Akan tetapi sama seperti orang Islam, mereka dilarang sama sekali daripada bersalaman dengan yang berlainan jantina.

Percampuran Lelaki dan Perempuan

Orang Yahudi amat pantang untuk hidup bercampur gaul antara lelaki dan perempuan tanpa hubungan kekeluargaan. Di dalam pejabat, mereka akan meminta supaya diasingkan tempat duduk dan meja antara lelaki dan perempuan.

Jan 11, 2011

dr pena yusof qardawi

assalamualaikum semua sahabat dan kawan semua...
rumahtangga mana yg tiada masalah.rencah ratus semua terlihat dan di rasa.aku berpesan pada diri ku dan semua...
tiada yg mudah utk mudah.kadang2 ada kawan dan kenalan yg berkongsi masalah dgn aku,mana yg boleh di jawab ,aku jawab .mana yg sukar dan memerlukan ilmu aku rujuk kepada para2 guru dan membaca buku2 berkaitan.
antara nya ttg metode yusuf qardawi ttg total islam.dapat di simpul kan dan kongsikan di sini.
aku bkn bersikap prejudis...kita mulakan ngan pompan.nanti aku post suami pulak...ok!!!!

CIRI-CIRI, SIKAP, PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB ISTERI  
  •  Bertanggungjawab dalam urusan dan bidang sebagai seorang isteri terutamanya terhadap suami.
  • Keutamaan seorang isteri ialah melayan suami dengan  ikhlas atau murni kerana Allah semata-mata.
  • Mentaati suami selagi dalam perkara yang dibolehkan. Hanya boleh ingkar dalam perkara-perkara maksiat dan dosa.
  •  Sentiasa merendah diri atau tawadhuk kepada suami. Melalui bersikap tawadhuk, bimbingan, teguran dan tunjuk ajar dapat berjalan lancar. Merendah diri juga agar tidak berlaku satu kapal dua nakhoda. Maka akan harmonilah kehidupan keluarga.
  • Isteri mesti sentiasa berusaha menghiburkan suami dalam layanan, sikap, percakapan dan ketaatan
  • Sebaik-baiknya isteri menyambut kepulangan suami.Dengan cara ini akan menyejukkan hati, menyenangkan hati, menenangkan perasaan dan menambahkan kemesraan.
  •  Isteri tidak menuntut sesuatu yang tidak termampu oleh suami kecuali dalam hak yang asasi. Tuntutan yang membebankan suami boleh menganggu perasaan suami, boleh mengeruhkan hubungan. Kalau keterlaluan mendesak, suami boleh terjebak kepada perbuatan dosa.
  •  Isteri sentiasa memberi kerjasama kepada suami dalam apa aspek rumahtangga. Sikap suka membantah, ingkar dan kurang memberi kerjasama mudah meretakkan hubungan,boleh berlaku krisis dan membantutkan banyak perancangan keluarga.
  • Mesti berusaha agar dapat bersembahyang jemaah bersama suami. Dari situ nanti akan banyak memperoleh rahmat dan berkat dari Tuhan dan mengeratkan lagi hubungan hati.
  • Isteri mesti menjaga maruah diri sama ada sewaktu dirumah lebih-lebih lagi di luar rumah.
  • Keperluan suami dalam lingkungan rumahtangga hendaklah disediakan oleh isteri. Dalam beberapa hal dan aspek,tidak pula dituntut sebagai wajib, namun di situlah ruang  dan peluang bagi seorang isteri mengumpul sebanyak banyak darjat taqwa di sisi Tuhan Seorang hamba itu hanya dapat mendekatkan diri dengan Tuhan melalui saluran  yang bukan perkara fardhu atau wajib, melainkan dalam  perkara-perkara lain yang dibuat sebagai usaha mencari  bekalan taqwa.
  •  Berpuas hatilah di atas apa sahaja pemberian suami. Perlu  berkorban perasaan sekiranya kurang berpuas hati. Jangan  korbankan kepentingan kebahagiaan rumahtangga hanya semata-mata mahu memenuhi perasaan sendiri. 
  •  Kesalahan suami hendaklah dilupakan. Anggaplah jasa  dan khidmat suami itu jauh lebih besar berbanding ke silapan yang dilakukan oleh suami. Lebih-lebih lagi lazim ya kesalahan suami itu berlaku sekali sekala. Kadang-kadang bukan disengajakan atau hanya salah faham, atau kerana menghadapi tekanan. Bila gagal melupakan kesalahan suami akan subur dendam kesumat yang boleh mencetuskan huru hara dalam rumahtangga. Ini umpama  sumbu mercun yang gagal dipadamkan. Sumbu mercun  itu hanyalah sekadar keluar percikan bunga api. Bila tidak   dipadamkan, letupan mercun amat kuat bunyinya.ini yg ramai pompan panas dan kurang bersetuju!!!!
  • Memberi semangat kepada suami. Sesekali berlaku juga lemah semangat kepada suami, bukan lemah jiwa. Dalam  situasi demikian, maka isteri hendaklah bersikap seperti  Sayidatina Khadijah ketika Rasulullah SAW mula menerima wahyu. Sayidatina Khadijah menyelimutkan Rasulullah SAW dan memberi semangat serta perangsang  dengan tugas besar yang baru diterima oleh Rasulullah  SAW. 
  •  Ketika suami bercakap, tidak kira dalam apa topik dan aspek, maka isteri perlu mendengar dengan teliti dan sepenuh hati. Ini juga sebagai tanda hormat, memuliakan suami serta tanda merendah diri kepada suami.
  •   Cacat cela, kelemahan, aib, kejahatan suami tidak didedahkan kepada sesiapa pun, hatta kepada ibu bapa dan kawan  sendiri. 
  •  Isteri juga hendaklah berusaha membesar dan menguta makan Tuhan. Hendaklah sama-sama menjadi hamba yang  hidup bertuhan dalam apa jua aspek kehidupan.

 Sedangkan lidah lagi tergigit, maka apabila timbul sebarang masalah, cuba dibawa kepada perbincangan bersama.Elakkan dari retak dahulu baru hendak dibincangkan.
Kalau retak dahulu, bincang kemudian, keadaan begini kurang berkesan untuk mengatasi masalah.


Ilmu merupakan harta abstrak titipan Allah Subhanahu wata'ala kepada seluruh manusia yang akan bertambah bila diamalkan, salah satu pengamalannya adalah dengan membagi-bagikan ilmu itu kepada yang membutuhkan.
Janganlah sombong dengan ilmu yang sedikit, karena jika Allah Subhanahu wata'ala berkehendak ilmu itu akan sirna dalam sekejap, beritahulah orang yang tidak tahu, tunjukilah orang yang minta petunjuk, amalkanlah ilmu itu sebatas yang engkau mampu.

Jan 7, 2011

selepas jumaat

alhamdullillah
khutbat dr mimbar yg terkesan pada aku hari ni adalah erti tanggungjawab.padahal tajuk khutbah lain
hehehe

di zaman rasullullah s.a.w.,ada seorng rakyat..
ketika seorng tu sahabat sedang bersolat ,apabila abis solat ,rakyat itu tergesa2 utk pulang..
rasullullah s.a.w. bertaanya,ya sahabat...mengapa kamu bergegas,tergesa2 mahu pulang?

sahabat itu menjawab :ya rasullalah,ya habibilllah...sy risau .
kenapa anta risau ya sahabatku?
ya rasullullah,ana risau anak ana memakan kurma yg jatuh di hadapan rumah jiran ana.
ya sahabat : mana isteri mu?
isteri ana telah meninggal dunia tuan..
rasullullah terdiam dan memandang jauh sahabat itu..

begitu la tanggungjawab yg sebenar2nya tanggungjawab yg harus di pegang oleh seseorg.
tanggungjawab yg telah di amanahkan.setiap org ada tanggungjawab masing2.moga aku di pilih oleh ALLAH
untuk memegang tanggung jawab dgn amanah.selain itu aku juga mahu mentablighkan sesuatu ilmu walaupun sebesar zarah.lindungilah aku YA ALLAH!!

Jan 6, 2011

selamat tahun baru

assalamualaikum...

selamat tahun baru maal hijrah