al quran- senaskah

hubungi meor - 0125964886 utk membeli

Feb 10, 2014

malam minggu yang A+++

Casablanca 2014 !!!

pertembungan yg hebat dan keliru.apakah betul kemenangan perak the bos gaurus ini?

 
Sukri Abdul Hamid by Halil LokmanPerak mencatat kemenangan kedua dalam aksi Liga Super mengalahkan Kelantan 2-1 di Stadium Perak, Ipoh, Sabtu.
Skuad The Bos Gaurus yang memburu kemenangan kedua mengambil masa 12 minit sahaja untuk meranapkan pintu gol Kelantan.
Pemain muda, Sukri Abdul Hamid memperolehi gol pertama Perak menumpaskan penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat.
Selepas itu, anak buah Abu Bakar Fadzim berjaya menguasai permainan tetap gagal menambahkan jaringan gol sehingga tamat separuh masa pertama.
Lebih 20,000 penyokong Perak telah memberi sokongan padu kepada skuad The Bos Gaurus bagi menambah jaringan gol.
Keputusan kembali seimbang apabila pemain import Kelantan, Mohamad Shawky menyamakan kedudukan pada minit ke-55.
Hasrat Perak mencapai kemenangan kedua di gelanggang sendiri tercapai melalui jaringan pemain muda, Khairul Asyraf Sahizah pada minit ke-78.
Kemenangan tersebut membolehkan Perak mengutip enam mata daripada empat perlawanan dan meletakkannya di tangga kelapan liga.
Artikel asal di PerakNews.


 
 
 
The Bos Gaurus!!!
Ipoh Mali Talak Sombong munye..
Kejor Yeop Skor.. Yeop 4 Ever..

No comments:

Post a Comment