al quran- senaskah

hubungi meor - 0125964886 utk membeli

Dec 31, 2012

rezeki akan bertambah jika.....

Amalan-amalan ini menjadi sebab Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya. Berdasarkan konsep rezeki yang telah diperkatakan, Allah memberi jalan buat setiap hamba-Nya untuk memperolehi rezeki dalam pelbagai bentuk yang boleh menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat. Di antaranya:

1. Menyempatkan diri beribadah
Allah tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi:

“Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu.” (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.)

2. Memperbanyak istighfar
Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah , yang menjadi sebab Allah jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba.
Sabda Nabi s.a.w.:
“Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah s.w.t akan
menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.” (Riwayat Ahmad,Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a.)

3.Tinggalkan perbuatan dosa
Istighfar tidak laku di sisi Allah jika masih buat dosa. Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sabda Nabi s.a.w.:
“… dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya.” (Riwayat at-Tirmizi)

4.Sentiasa ingat Allah
Banyak ingat Allah buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini rezeki yang hanya Allah beri kepada orang beriman. Firman-Nya:
“(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah . Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram.” (Ar-Ra’d: 28)

5.Berbakti dan mendoakan ibu bapa
Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan. Baginda s.a.w. juga bersabda:
“Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya.” (Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani,al-Asybahani dan al-Hakim)
Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki,
berdasarkan sabda Nabi s.a.w.:
“Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah ) daripadanya.” (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)

6.Berbuat baik dan menolong orang yang lemah
Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin,juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Nabi s.a.w.:
“Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu.” (Riwayat Bukhari)

7.Tunaikan hajat orang lain
Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Nabi s.a.w.:
“Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya…” (Riwayat Muslim)

8.Banyak berselawat
Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan,kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat. Wallahu a’lam.

9.Buat kebajikan banyak-banyak
Ibnu Abbas berkata:
“Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain.Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya.”

10.Berpagi-pagi
Menurut Rasulullah s.a.w., berpagi-pagi (memulakan aktiviti hariansebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.

11.Menjalin silaturrahim
Nabi s.a.w. bersabda:
“Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya.” (Riwayat Bukhari)

12.Melazimi kekal berwuduk
Seorang Arab desa menemui Rasulullah s.a.w. dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah . Baginda s.a.w. bersabda:
“Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah akan memurahkan rezeki.” (Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid)

13.Bersedekah
Sedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah buka pintu rezeki. Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam:
“Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya.” (Riwayat ad-Daruquthni dari Anas r.a.)

14.Melazimi solat malam (tahajud)
Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah

15.Melazimi solat Dhuha
Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri. Firman Allah dalam hadis qudsi:
“Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya.” (Riwayat al-Hakim dan Thabrani)

16.Bersyukur kepada Allah
Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah . Lawannya adalah kufur nikmat. Allah berfirman:
“Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras.” (Ibrahim: 7) Firman-Nya lagi: “… dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.” (Ali Imran: 145)

17.Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu
Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma’ul husna selain menenangkan, menjenihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki. Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat, dikatakan boleh menjadi sebab Allah lapangkan kehidupan dan murahkan rezeki.

Salah satu nama Allah , al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu; misalnya dibaca “Ya Allah ya Fattah” berulang-ulang, diiringi doa: “Ya Allah , bukalah hati kami untuk mengenali-Mu,bukalah pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya `Alim.” Ada juga hadis menyebut, siapa amalkan baca surah al-Waqi’ah setiap malam, diatidak akan ditimpa kepapaan. Wallahu a’lam.

18.Berdoa
Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah , penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam al-Quran, Allah suruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan perkenankan.

19.Berikhtiar sehabisnya
Siapa berusaha, dia akan dapat. Ini sunnatullah. Dalam satu hadis sahih dikatakan bahawa Allah berikan dunia kepada orang yang dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tapi agama hanya Allah beri kepada orang yang dicintai-Nya saja.

(Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim)
Bagi orang beriman, tentulah dia perlu mencari sebab-sebab yang boleh membawa kepada murah rezeki dalam skop yang luas. Misalnya,hendak tenang dibacanya Quran, hendak dapat anak yang baik dididiknya sejak anak dalam rahim lagi, hendak sihat dijaganya pemakanan dan makan yang baik dan halal, hendak dapat jiran yang baik dia sendiri berusaha jadi baik, hendak rezeki berkat dijauhinya yang haram, dan sebagainya.

20.Bertawakal
Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan Allah . Firman-Nya:
“Barang siapa bertawakal kepada Allah , nescaya Allah mencukupkan(keperluannya) .” (At-Thalaq: 3)

Nabi s.a.w. bersabda: “Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang.” (Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattabr.a.)

Kesemua yang disebut di atas adalah amalan-amalan yang membawa kepada takwa. Dengan takwa, Allah akan beri “jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkan) , dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya.” (At-Talaq: 2-3)

Pendek kata, bagi orang Islam, untuk murah rezeki dalam ertikata yang sebenarnya, kuncinya adalah buat amalan-amalan takwa. Amalan-amalan ini menjadi sebab jatuhnya kasih sayang Allah , lalu Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya.

SEni dan BERseni

seni amat halus walaupun terkadang kasar bunyinya.
mendampingi orang2 yg berseni berbeza dengan orang seni!!!
senibina masjid2 sering berbeza mengikut tamadun dan tempat.aku sering melihat2 masjid indah dr segi ukiran dan sebagainya.tempat seindah masjid amat jarang di capture oarng.lalu aku menyingkap apa yg terhijab.indahnya masjid seni mempersona.

dunia ini persinggahan,akhirat pasti

"Keluarkanlah dunia dari hatimu sebelum dirimu keluar dari dunia. Di dunia inilah kamu di uji dan kamu diciptakan bukan untuk dunia, tapi untuk yang lain (akhirat)".

selamat tinggal 2012.apa pro n kontra?


ASSALAMUALAIKUM DUNIA
SALAM UTK BAHGIA..

saban tahun tidak lebih kuang mengatakan tentang azam.mengikut kajian ,azam hanya bertahan 3-4 minggu sahaja bermula kita mengatakan azam.so bertahan la kita dgn azam kita seazam mungkin.namun apa yg kita boleh dan akan bawa dari 2012?
dalam minda hati saya,sy akan cuba ceritakan nanti.insyaallah.
moga2 tahun depan minda positif akan muncul.








DARi  sudut agama,kita lihat pro n kontra dia.adakah ISLAM ini di letakkan di tempat yg selayaknya?islam pada saya : membawa bahgia dan syurga.
itu dr sudut pro.byk yg manis jika kita bersama islam dan sunnah rasulullah.teruskan kepada yg sdh beristiqamah.nabi manusia agong.jgn sesekali kita menghina seperti yahudi laknatullah memhina nabi!!!
mari, sebut ayat syurga ini :
 
''Tiada tuhan yang disembah melainkan Allah, dan Nabi muhammad itu pesuruh Allah. "

 






sesekali jgn meninggalkan sunnah nabi walaupun ia kecik nampaknya..
keindahan islam itu amat cantik.namun di conteng oleh umatnya sendiri yg tidak berpaksikan islam.
ancaman (kontra) amat byk terjadi la ni.konflik palestine tiada bernoktah.rundingan damai di cabuli.
terbaru namun sudah lama bernanah adalah SYRIA..di dokong syiah .MESIR sedikit memberi harapan namun x pasti berapa lama.di campur oleh kuasa politik menghancurkan kedamaian.politik itu ok namun yg mengemudikannya x ok.kita harus memberikan yg termampu utk islam.
 

 
berjihad itu wajib.caranya sahaja berbeza2.Namun harus di ingat,jihad itu sunnah nabi.apa kata nabi,di akhir zaman sapa yg menghidupkan sunnah KU walaupun satu akan bersama2KU di akhirat kelak.sapa x mau syafaat nabi? selawatlah seberapa byk yg mungkin utk bertemu dgn nabi ALLAH.
 
 
 
saban hidup nabi ia mengigati umatnya,mana mungkin aku melupakan MU ya rasulullah s.a.w.
taman raudah yg menjadi idaman semua umat islam.aku bersyukur kerana sempat solat bersujud di laman rauudah ini.alhamdulillah

kecintaan terhadapMU masih mekar di kata aku mengunjungi MU di madinah tahun lepas.wah!! syahdu dan mekar di taman raudah menuju makamMu .ku rindu saat bahgia itu kembali.jemputlah aku kembali kesana YA RASULULLAH
                                                                                                     
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Dec 11, 2012

Kiraan Inflasi Duit Ringgit Melalui Gaji Guru 1907 dan 2011 dan Harga Beras

assalamualaikum semua

sy mengambil entri post ini dr blog kawan sy.agak menarik utk di baca dan diperhalusi.molek juga utk di bina jiwa kritis.terasa jiwa bg yg membina siasah.Tp siapa kita ?sy pun sedang belajar apa yg patut dr org2 yg berilmu.sahabat ini tidak lokek ilmu.nice dan superb.sgt2 merendah diri.kredit kepada penulis!!!
Hari ini, kita belajar mengira inflasi duit kertas yang ada hari ini apabila ianya tidak lagi disandarkan kepada emas atau perak atau sebarang komoditi berharga.
Dahulu, duit kita adalah emas dan perak ,
tapi hari ini, duit kita hanya helaian kertas yang dicop nilainya.

Takpe, kita kira dulu buat perbandingan:

Sebelum tu, sila rujuk gambar 1 ringgit tahun 1907 dalam gambar di link bawah ini.
http://coincollecting.a-z-series.com/one-dollar-1907-1909-king-edward-vii-straits-settlements-coins/
Berat  1 ringgit = 27 gram perak 90%  atau = 24.3 gram perak tulen
Ketika tahun itu 1907 , gaji guru di Penang dan harga beras dilakarkan seperti berikut
http://viweb.freehosting.net/vir_Shaida.htm

“Their salary (teacher) was about $80 a month. Rice was sold at 8 gantang for a ringgit”
Kita terpaksa ambil skala gaji paling tinggi Guru (RM 5000) bagi disesuaikan dengan taraf V.I (Victoria Institution) ketika itu.
Sekarang kita memasuki fasa baru, iaitu timbangan.

Apa itu gantang?
Kita merujuk manusia pada zaman itu .
rujukan kita : http://www.sizes.com/units/gantang.htm

Other sources say , in the Straits Settlement a gantang was 32 imperial gallon.
1 imperial gallon (about 4.56 liters or 1.2 U.S. gallons)
** sumber lain mengatakan , di Straits Settlement , 1 gantang bersamaan 32 imperial gallon.
1  imperial gallon = 4.56 liter ,
32 imperial gallon = 145.92 liter
Melalui ujikaji yang dibuat oleh seorang sahabat saya , beliau menggunakan beras jenama “AAA Beras Bukit” yang bila ditimbang
1 liter = 820g ;
4.56 liters x 0.82kg = 3.739 kg
1 gantang straits settlement = 3.74kg (of rice) x 32 = 119.65kg (beras)
Ingat , 1 ringgit tahun 1907 boleh beli 8 gantang beras.
119.65kg x 8 gantang = 957.22kg
1 ringgit boleh membeli 957.22 kg beras.
Gaji guru pada tahun 1907 adalah 80 ringgit.
80 ringgit x 957.22 kg  = 76 576kg beras.
Secara kasar , gaji seorang guru sebulan adalah 80 ringgit atau 76 576 kg beras.
Mari kita mengira gaji guru-guru kita pada hari ini. (secara perbandingan )
Ni kita ambil gaji guru yang bekerja di sekolah, atau institusi swasta,
gaji kasar RM 5000 sebulan.
Harga beras hari ini, 1 kg = RM 3.20
RM 5000 / 3.20 = 1562.5 kg beras.

Maksudnya, gaji guru kita satu bulan hari ini = 1562.5 kg beras.
Cuba kalian letak beza antara gaji guru tahun 1907 dan hari ini.
1907 – 80 ringgit  = 76 576 kg beras
2011 – RM 5000   = 1562.5 kg beras
Ada beza tak?
Tahun 1907 – 1 ringgit boleh beli 957 kg beras.
Tahun 2011 – RM 1 boleh beli  – 0. 312 kg beras sahaja .atau 312 GRAM sahaja.

Gantang Yang Kecil Sedikit
Kalau kita tengok logik dari kiraan di atas, macam keterlaluan jika kata 1 ringgit boleh beli 1 tan beras!
Melampau betul.
Ok-ok..kalau kalian rasa macam melampau, kita kira balik guna sukatan gantang selepas merdeka.
Gantang selepas merdeka ni kecil sket.
ni kiraan saya melalui laman ini punya info
http://ms.wikipedia.org/wiki/Gantang
1 gantang = 4 cupak = 2.8kg
1 ringgit = 8 gantang = 22.4kg beras
80 ringgit = 1792 kg beras.
perbandingan dengan gaji guru Cikgu biasa 2011-  RM 5000 – 1563 kg.
jadi, sebenarnya inflasi ringgit itu bersamaan :
1 ringgit 1907 = 22.4 kg beras
22.4 kg beras 2011 = RM 71.68
kehilangan nilai ringgit 1907 kepada 2011 adalah
1 ringgit 1907 boleh beli = 22.4kg beras , 80 ringgit = 1792 kg beras
1 ringgit 2011 boleh beli = 312 gram beras ,RM 5000 = 1562.5 kg beras
RINGGIT SUSUTNILAI 99%!
nilai Ringgit berbanding beras susut sebanyak 98.6071% i.e.
[ (0.312 kg – 22.4kg )/ 22.4kg ] x 100%.

Perhatikan bahawa jika koin Ringgit perak (27 g) dijual sebagai “raw silver” pada harga “runtuh” RM3.00 per gram; maka koin tersebut bernilai = 27g x RM3.00/g = RM81.
Katalah 1 kg beras = RM3.20 ;
maka koin Ringgit perak setara dengan 25.31 kg beras i.e RM81/RM3.20; hampir sama dengan kesetaraan pada tahun 1907 (22.4kg).

Bukankah ini bukti bahawa koin perak menyimpan nilai belinya walaupun masa berlalu 104 tahun.
Kalian lagi suka gaji dibayar dengan duit kertas lagi?
Inilah yang terjadi bila duit tak guna barang bernilai sebenar.
Kalian ingat lagi kan kisah duit daun pisang zaman jepun?
Sekarang ni, waktu untuk kembali kepada duit emas (dinar) dan duit perak (dirham).
Kalian nak tunggu duit kertas kalian tak bernilai baru terhegeh-hegeh?
Bila kita tak ikut Allah dalam urusan kehidupan kita, beginilah jadi kepada kita, setiap tahun kita dimiskinkan dan semakin susah.
Cepat sebelum terlambat.

Dec 10, 2012

DaRi pena yusof qardawi

assalamualaikum semua sahabat dan kawan semua...
rumahtangga mana yg tiada masalah.rencah ratus semua terlihat dan di rasa.aku berpesan pada diri ku dan semua...
tiada yg mudah utk mudah.kadang2 ada kawan dan kenalan yg berkongsi masalah dgn aku,mana yg boleh di jawab ,aku jawab .mana yg sukar dan memerlukan ilmu aku rujuk kepada para2 guru dan membaca buku2 berkaitan.
antara nya ttg metode yusuf qardawi ttg total islam.dapat di simpul kan dan kongsikan di sini.
aku bkn bersikap prejudis...kita mulakan ngan pompan.nanti aku post suami pulak...ok!!!!

CIRI-CIRI, SIKAP, PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB ISTERI 
  •  Bertanggungjawab dalam urusan dan bidang sebagai seorang isteri terutamanya terhadap suami.
  • Keutamaan seorang isteri ialah melayan suami dengan  ikhlas atau murni kerana Allah semata-mata.
  • Mentaati suami selagi dalam perkara yang dibolehkan. Hanya boleh ingkar dalam perkara-perkara maksiat dan dosa.
  •  Sentiasa merendah diri atau tawadhuk kepada suami. Melalui bersikap tawadhuk, bimbingan, teguran dan tunjuk ajar dapat berjalan lancar. Merendah diri juga agar tidak berlaku satu kapal dua nakhoda. Maka akan harmonilah kehidupan keluarga.
  • Isteri mesti sentiasa berusaha menghiburkan suami dalam layanan, sikap, percakapan dan ketaatan
  • Sebaik-baiknya isteri menyambut kepulangan suami.Dengan cara ini akan menyejukkan hati, menyenangkan hati, menenangkan perasaan dan menambahkan kemesraan.
  •  Isteri tidak menuntut sesuatu yang tidak termampu oleh suami kecuali dalam hak yang asasi. Tuntutan yang membebankan suami boleh menganggu perasaan suami, boleh mengeruhkan hubungan. Kalau keterlaluan mendesak, suami boleh terjebak kepada perbuatan dosa.
  •  Isteri sentiasa memberi kerjasama kepada suami dalam apa aspek rumahtangga. Sikap suka membantah, ingkar dan kurang memberi kerjasama mudah meretakkan hubungan,boleh berlaku krisis dan membantutkan banyak perancangan keluarga.
  • Mesti berusaha agar dapat bersembahyang jemaah bersama suami. Dari situ nanti akan banyak memperoleh rahmat dan berkat dari Tuhan dan mengeratkan lagi hubungan hati.
  • Isteri mesti menjaga maruah diri sama ada sewaktu dirumah lebih-lebih lagi di luar rumah.
  • Keperluan suami dalam lingkungan rumahtangga hendaklah disediakan oleh isteri. Dalam beberapa hal dan aspek,tidak pula dituntut sebagai wajib, namun di situlah ruang  dan peluang bagi seorang isteri mengumpul sebanyak banyak darjat taqwa di sisi Tuhan Seorang hamba itu hanya dapat mendekatkan diri dengan Tuhan melalui saluran  yang bukan perkara fardhu atau wajib, melainkan dalam  perkara-perkara lain yang dibuat sebagai usaha mencari  bekalan taqwa.
  •  Berpuas hatilah di atas apa sahaja pemberian suami. Perlu  berkorban perasaan sekiranya kurang berpuas hati. Jangan  korbankan kepentingan kebahagiaan rumahtangga hanya semata-mata mahu memenuhi perasaan sendiri. 
  •  Kesalahan suami hendaklah dilupakan. Anggaplah jasa  dan khidmat suami itu jauh lebih besar berbanding ke silapan yang dilakukan oleh suami. Lebih-lebih lagi lazim ya kesalahan suami itu berlaku sekali sekala. Kadang-kadang bukan disengajakan atau hanya salah faham, atau kerana menghadapi tekanan. Bila gagal melupakan kesalahan suami akan subur dendam kesumat yang boleh mencetuskan huru hara dalam rumahtangga. Ini umpama  sumbu mercun yang gagal dipadamkan. Sumbu mercun  itu hanyalah sekadar keluar percikan bunga api. Bila tidak   dipadamkan, letupan mercun amat kuat bunyinya.ini yg ramai pompan panas dan kurang bersetuju!!!!
  • Memberi semangat kepada suami. Sesekali berlaku juga lemah semangat kepada suami, bukan lemah jiwa. Dalam  situasi demikian, maka isteri hendaklah bersikap seperti  Sayidatina Khadijah ketika Rasulullah SAW mula menerima wahyu. Sayidatina Khadijah menyelimutkan Rasulullah SAW dan memberi semangat serta perangsang  dengan tugas besar yang baru diterima oleh Rasulullah  SAW. 
  •  Ketika suami bercakap, tidak kira dalam apa topik dan aspek, maka isteri perlu mendengar dengan teliti dan sepenuh hati. Ini juga sebagai tanda hormat, memuliakan suami serta tanda merendah diri kepada suami.
  •   Cacat cela, kelemahan, aib, kejahatan suami tidak didedahkan kepada sesiapa pun, hatta kepada ibu bapa dan kawan  sendiri. 
  •  Isteri juga hendaklah berusaha membesar dan mengutamakan Tuhan. Hendaklah sama-sama menjadi hamba yang  hidup bertuhan dalam apa jua aspek kehidupan.

 Sedangkan lidah lagi tergigit, maka apabila timbul sebarang masalah, cuba dibawa kepada perbincangan bersama.Elakkan dari retak dahulu baru hendak dibincangkan.
Kalau retak dahulu, bincang kemudian, keadaan begini kurang berkesan untuk mengatasi masalah.


Ilmu merupakan harta abstrak titipan Allah Subhanahu wata'ala kepada seluruh manusia yang akan bertambah bila diamalkan, salah satu pengamalannya adalah dengan membagi-bagikan ilmu itu kepada yang membutuhkan.
Janganlah sombong dengan ilmu yang sedikit, karena jika Allah Subhanahu wata'ala berkehendak ilmu itu akan sirna dalam sekejap, beritahulah orang yang tidak tahu, tunjukilah orang yang minta petunjuk, amalkanlah ilmu itu sebatas yang engkau mampu.

tulang belakang perang khandak yg terhebat

 
Sejarah Salman al-Farisi ini.
Ketika peperangan Khandak, beliau mencadangkan supaya dibina sebuah parit besar atau khandaq di sekeliling kota Madinah untuk mengelakkan kota tersebut dari serangan orang-orang Quraisy.

Bila Abu Sufyan, pemimpin orang-orang Quraisy itu melihat parit tersebut, dia berkata:

“Strategi seperti ini tidak pernah dilakukan oleh orang-orang Arab sebelum ini.”

Salman al-Farisi terkenal dengan panggilan “Salman Yang Baik.” Beliau adalah alim yang hidup sederhana dan gemar beribadah. Beliau memiliki sehelai jubah yang dipakainya dan dijadikan alas tidur.

Beliau tidak akan mencari perlindungan di bawah bumbung namun tinggal di bawah pokok atau di tepi dinding. Seorang lelaki pernah berkata kepadanya:

“Adakah aku boleh membina sebuah rumah untuk tempat tinggal engkau?”

“Aku tidak perlukan rumah,” katanya.

Lelaki itu tetap berkeras dan berkata:

“Aku tahu bentuk rumah yang sesuai untuk kamu.”

“Terangkanlah padaku,” kata Salman.

“Aku akan membina sebuah rumah yang jika engkau berdiri di dalamnya, maka bumbungnya akan terkena kepalamu dan jika menghulurkan kakimu, maka dindingnya akan terkena ia.”

Tidak lama kemudian, beliau dilantik sebagai gabenor di Al-Madain yang terletak berdekatan Baghdad. Salman mendapat gaji sebanyak lima ribu dirham. Semua wang tersebut disedekahkannya kepada fakir miskin. Beliau menyara hidup dengan bekerja sendiri. Bila beberapa orang datang ke Madain dan melihat beliau bekerja di sebuah kebun kurma, mereka berkata:

“Tuan adalah amir di sini dan rezeki tuan sudah dijamin, tetapi tuan masih melakukan pekerjaan ini!”

“Aku suka memakan hasil dari kerjaku sendiri,” jawabnya.

Diriwayatkan bahawa suatu ketika beliau pernah menziarahi Abu Darda’, yang dipersaudarakan oleh Nabi dengannya ketika sampai di Madinah. Beliau dapati isteri Abu Darda’ berada dalam keadaan tidak terurus lalu beliau pun bertanya:

“Mengapa dengan engkau ini?”

“Saudaramu tidak lagi menghiraukan dunia ini,” jawabnya.

Bila Abu Darda’ datang, dia menyambut kedatangan Salman dan menjamunya makanan. Salman menyuruhnya makan tetapi Abu Darda’ berkata:

“Aku sedang berpuasa.”

“Aku bersumpah tidak akan makan kecuali engkau juga memakannya.”

Salman bermalam di rumah Abu Darda’. Pada waktu malam, Abu Darda’ bangun tetapi Salman memegangnya lalu berkata:

“Hai Abu Darda’! Tuhanmu mempunyai hak ke atasmu. Keluargamu mempunyai hak ke atasmu dan dirimu juga mempunyai hak ke atasmu. Maka berikanlah hak kepada masing-masingnya.”

Pada waktu subuh, mereka solat berjamaah. Kemudian, mereka keluar menemui Rasulullah SAW dan menceritakan kisah yang telah berlaku. Rasulullah SAW menyokong perbuatan Salman itu.

Sebagai seorang yang terpelajar, Salman terkenal kerana ilmunya yang luas dan hikmah kebijaksanaannya. Ali berkata mengenainya bahawa beliau seperti Luqman Al-Hakim.



 masjid salman al farisi


Kaab Al-Akhbar berkata:

“Salman dipenuhi dengan ilmu dan kebijaksanaan – seperti lautan yang tidak pernah kering airnya.”

Menurut riwayat yang sahih, beliau meninggal dunia pada tahun 35 Hijrah, di zaman Khalifah Uthman bin Affan, di Madain. Beliau meninggalkan tiga orang anak perempuan, yang seorang tinggal di Asfahan, manakala dua orang lagi tinggal di Mesir.

Dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, bahawa Nabi SAW pernah berkumpul dengan para sahabat baginda termasuk Salman Al-Farizi. Sambil memegang bahu Salman, Rasulullah SAW bersabda:

“Jika iman itu tergantung di bintang Suraya di langit, pasti akan dicapai oleh seorang lelaki dari bangsa Farsi ini.”

“Sirah, Perjalanan Membina Sejarah”

di amil dr blog tuan guru saya,ustaz muhamad b. abdullah

Dec 5, 2012

METAFORA HIDUP

Assalamualaikum semua sahabat dan umat islam..
ALHAMDULILLAH ,syukur terlebih dahulu kehadrat empunye dunia.sbb apa?sbb memberi kita kesempatan utk terus hidup.utk terus bertaubat demi dosa2 yg pernah kita lakukan.memintalah kepada ALLAH.hidup ini umpama roda.itu yg sering org perkatakan!!! mudah2han allah melimpahkan rahmatnya kepada kita semua.kita harus mensyukuri nikmat itu.berpegang kpd prinsip hanya ALLAH tempat bergantung.
Dalam kehidupan ini,kita ada 3 benda yg penting!!! apa dia? IAITU akal,hati dan nafsu.urus tadbir la dgn kebijaksanaan akal,perangcangan hati dan tundukan nafsu.jika membiarkan nafsu mengawal hidup maka bala akan terjadi.hati ini penting bg mengawal nafsu.dibantu dgn bijak pandai akal.
apa makanan dan terapi utk semua ini?jawabnya tiada lain adalah bersolat ,berdoa dan berzikir.
Dan dimana kita nak letakkan hidup hidup nan sementara ini?adakah nafsu beraja or hidup mulia?insyaallah kita tergolong antara yg diberkhati.

metafora :
hidup umpama memandu kereta.
pemandu : akal
distinasi : hati
kereta (ditunggang): nafsu

sama2 kita menuju ke distinasi yg pasti dgn bekalan yg penuh isi.