Rasulullah Bermunajat
Perkara ini segera diadukan oleh penduduk syurga kepada RASULULLAH S.A.W. dengan berkata:
“Wahai
RASULULLAH, umatmu yang telah engkau syafaatkan dan bebaskan dari
neraka terasa amat malu untuk mendampingi kami kerana terdapat tanda
pada dahi masing-masing yang membezakan antara kami dengan mereka.
Engkau mintalah kepada ALLAH S.W.T supaya dihilangkan tanda hitam itu
dari dahi mereka supaya senang mereka bergaul dengan kami dan menjadi
ahli-ahli syurga yang tidak terbatas”.
RASULULLAH
S.A.W. pun segera bermunajat di hadrat ALLAH S.W.T. dan meminta ALLAH
membersihkan tanda hitam di dahi bekas-bekas banduan neraka itu.
Permintaan
RASULULLAH diperkenankan oleh ALLAH S.W.T. yang kemudian memerintahkan
kepada malaikat Jibril menghantar sebiji telur kepada setiap bekas
banduan yang akan memasuki syurga itu untuk menghilangkan tanda hitam di
dahi mereka.
Bekas
banduan itu terlalu gembira apabila diperintahkan supaya membersihkan
tanda hita tersebut. Dan setelah menyapu putih telur bersama bedak ke
dahi masing-masing lalu hilanglah tanda-tanda hitam itu buat
selama-lamanya.
Apabila
tanda itu sudah tiada maka bekas-bekas banduan neraka itu diberi
persalinan yang lain pula oleh malaikat Jibril sbelum mereka dihantar
masuk menikmati kehidupan syurga yang penuh dengan nikmat dan kemewahan.
Setelah
semuanya selesai mereka pun dipimpin masuk ke taman syurga itu,
kemudian datanglah semua penduduk syurga menyambut tetamu-tetamu baru
itu dengan hati yang amat gembira.
Kini
tinggallah bekas-bekas banduan neraka itu di taman syurga bersama
dengan lain-lain ahli syurga yang terhadulu dari mereka untuk
selama-lamanya tanpa suasana sedih dan menderita lagi seperti ketika
mereka di siksa di dalam neraka dahulu.
antara sunnah nabi yg harus dilakukan oleh kita |
No comments:
Post a Comment