al quran- senaskah

hubungi meor - 0125964886 utk membeli

Nov 25, 2010

teruna dan dara

TERUNA-akhirnya inilah saat yang aku tunggu sekian lama
DARA- Apakah kau rela kalau aku pergi?
TERUNA-tentu tidak!! jangan sesekali kau berkata demekian!!
Dara- Apakah kau mencintai ku sepenuh hati?
TERUNA-Tentu sekali !! selamanya akan tetap begini sayangku
Dara - apakah kau pernah curang ?
teruna- Tidak!! aku x akan berkelakuan sebegitu buruk.!!!
DARA- mAHUKAH KAU menciumku?
TerUNa- Ya
DARA- sayangku !!!

selepas 5 tahun perkahwinan baca dari bawah ke atas pulak!!!!
HEHEHEHE

Nov 23, 2010

perjalana ke besut

assalamualaikum semua

pada 21 hb nov aku bersama mak,adik ipar dan sekelurga ke terengganu..
hahaha.drive ikut grik.mak aik jauh betoi.jam 630pg sdh bertolak dr ipoh.sejuk.sampai grik mkn pagi.dan teruskan perjalanan.1st sampai kelantan,rantau panjang.tau la kl dan berjalan dgn org pompan,setakat sejam dua tu xcukup beb!!

gua layan anak2 gua je la.fuh satu pekan gua kejar mengajar depa.mcm pelesit.barang sini memang murah utk bt berniaga.angkat byk sure murah.tp yg tertarik menarik memang debom cd2 thai n dikir barat.fuh layan tu.melihat jersi2 di sini memang rasa semua nak beli..tp tu la xdan nak beli anak2 gua dah hilang.terpaksa mencari mereka kembali..cincin dan bt permata ada la jgk tp xberapa cantik.last2 beras siam cap pisang jgk aku sambar!!! 9kg=rm33.xleh beli byk kata penjual di situ.mujur xbeli sbb masa nak kuar dr situ kete gua kena bukak bonet..kena cek la siot.nasib lepas.

aku pun teruskan perjalaananku..ke bachok .singah rumah member bini gua.katanya ada kain murah2.xmurah pun.kat masjid india gua bleh dapat muarah lagi!!! dah lunch teruskan perjalanan ke besut.
berpinor jgk cr besut.ptg dah hujan,so terus ke chalet yg telah ditempah.tepi pantai.fuh layan panorama magrib di tepi pantai.tp gua layan sekejap je.pastu tido

sambung esok la.

Nov 4, 2010

sujud

Hikmah sujud -

Sujud lega sistem pernafasan

Mungkin ramai di kalangan umat Islam tidak sedar mengenai pelbagai hikmah yang tersembunyi ketika sujud. Pada hal, kita perlu sedar bahawa tiada suatu pun ciptaan dan suruhan Allah s.w.t. yang sia-sia, malahan setiap ciptaan itu mempunyai kelebihan yang selalunya tidak terjangkau akal manusia. Manusia melakukan sujud dalam dua bentuk, iaitu sujud fizikal seperti ketika bersolat dan sujud spiritual berbentuk ketaatan kepada perintah Allah s.w.t. dan menjauhi laranganNya. Ulama mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling hampir dengan Allah s.w.t. dan mereka menggalakkan kita bersujud lebih lama. Antara hikmah lain sujud adalah melegakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya.

Bernafas ketika sujud pula boleh:

- membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya.

- membetulkan pundi peranakan yang jatuh.

- melegakan sakit hernia. (burut)

- mengurangkan sakit senggugut ketika haid.

- melegakan paru-paru daripada ketegangan.

- mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa.

- kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh.

- meringankan bahagian pelvis.

- memberi dorongan supaya mudah tidur.

- menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud.

- pergerakan otot itu menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik, secara automatik memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik.

- bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik, mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada.

- mengurangkan kegemukan.

- pergerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut (convulsions).

- organ terpenting iaitu otak manusia menerima banyak bekalan darah dan oksigen.

- mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya.

Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha Pencipta sekaligus mengikis sifat sombong, riak, takbur dan sebagainya.

Dari segi perubatan, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentality seseorang. Menurut kajian, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki darah sedangkan setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal dan sempurna.

Nov 2, 2010

balasan

بسم الله الرحمن الرحيم

kita sering mendengar pelbagai cerita dr mastika dan buku2 sewaktu dgn nya.baca saja la,tp x amik ikhtibar dan akibat.aku baru lepas baca blog ttg benda ni.share la ngan korang.citer ni memang dah ada berlaku dan lama dah aku dengar dr kuliah2 marghir di surau aku.tuan2 guru aku sering cerita yg lebih dasat dr ini.la ni sekarang citer dr blog td aku baca.sama2 la renung dan beranikan diri tuan2 dan puan2.Suatu cerita yang telah berlaku beberapa tahun dulu di Makkah …Kisah Benar … kisah yang boleh kita renungkan bersama serta jadikan panduan dalam diri kita ini. Kisah yang anda baca ini bukannya datang dari majalah Mastika atau majalah2 tabloid tetapi kisah dari tanah perkuburan Sa’raya, Makkah.

Pada beberapa tahun dahulu ada seorang perempuan yang berumur 40an telah meninggal dunia. Mereka telah mengusung jenazah beliau untuk dikebumikan di tanah perkuburan Al Ma’ala yakni lebih kurang 2 kilometer dari Masjidil Haram selepas solat zuhur. Apabila sampai sahaja di tanah perkuburan tersebut, alangkah terperanjatnya mereka bila mendapati se ekor ular yang berwarna Hitam sebesar peha bersisik tebal telah berada di dalam liang lahat (dalam kubur tersebut). Subhanallah … keadaan ular tersebut amat menggerukan. Mereka pun terus berlalu dari situ dan membawa jenazah wanita tersebut ke tanah perkuburan yang lain yakni di tanah perkuburan Sa’raya lebih kurang setengah jam memandu dari situ (8 km Jauhnya) . Apabila mereka sampai di tanah perkuburan tersebut, rupa-rupanya Ular Hitam yang sama juga telah menunggu jenazah wanita yang ingin dikebumikan di situ. Allahuakbar … mereka mengambil keputusan untuk memindahkan serta mengangkat ular tersebut dan letakkan di luar yakni berjauhan sedikit dari kawasan tersebut dan mengkebumikan jenazah wanita itu (yang peliknya Ular Hitam itu tidak melakukan apa-apa bila disentuh oleh mereka).

selepas sahaja mereka mengkebumikan mayat wanita itu, tiba-tiba Ular Hitam yang diletakkan berjauhan dari situ terus datang menjalar dengan pantas dan masuk meluru ke dalam kubur wanita itu. MasyaAllah (seperti menjunam kedalam swimming pool dari atas – keadaan sewaktu ular itu masuk ke dalam kubur). Dengan beberapa seketika mereka mendengar bunyi seperti dahan-dahan pokok yang dipatah patahkan dan apabila mereka melihat ke dalam kubur wanita tersebut, alangkah terperanjatnya kerana Ular Hitam sedang membelit jenazah wanita itu serta mematah matahkan tulang jenazah itu … Subhanallah.Ada beberapa orang yang berada di persekitaran kubur itu turut pengsan melihat kejadian itu. Selepas diselidiki kenapa perkara tersebut boleh terjadi, rupa-rupanya sewaktu hayatnya, wanita tersebut suka melewat lewatkan Solatnya.bukan sahaja penting WANITA,TETAPI LELAKI.

Marilah kita ambil iktibar dan pedoman dari kejadian ini. Semoga Allah swt kuatkan iman kita dalam mendirikan solat 5 waktu daripada gangguan syaitan dan iblis insyaAllah. Ini baru seksaan di dunia akibat melewatkan solat….Bagaimana kalau tak solat…..