
apa yang ada di dunia ada pro dan kontranya.yang tersirat dan tersurat.cuma kita perlu memilih dan mentaksirkan sekonyong2nya.antara yang di petik:
DUNIA ITU ADALAH RACUN DAN AKHIRAT ITULAH PENAWARNYA
mengapa kita perlu bimbang kalau anda tidak mendapat kemewahan atau kesenangan di dunia kerana sesungguhnya kita akan terhindar daripada keracunan yang tida ubatnya
KATA-KATA YANG SIA-SIA ITU ADALAH RACUN, MAKA ZIKRULLAH (لا إله إلا الله) ITULAH UBATNYA
banyak bercakap yang sia-sia sebenarnya kita telah meracuni diri anda sendiri..banyakkan mengigati ALLAH
HARTA ITU ADALAH RACUN, MAKA ZAKAT ITULAH PENAWARNYA
Anda mempunyai harta yang melimpah ruah atau berlebihan dari keperluan maka segeralah dibasuhi kerana jika tidak.. kotoran itu akan makin banyak dan menjadi daki.. dan jika daki itu kian banyak.. akan menjadi racun yang merosakan diri anda..
UMUR ITU ADALAH RACUN, KETAATAN ITULAH UBATNYA
jika umur kita sentiasa diisi dengan ketaatan kepada Allah, maka sebenarnya anda sedang mengekalkan kesihatan anda.seharusnya kita ingat jika ketaatan tiada maka kita sedang dalam ke arah membina kolestrol, darah tinggi, kencing manis dan penyakit jantung terhadap diri anda- analogi malahan lebih teruk
BULAN-BULAN ITU ADALAH RACUN, RAMADHAN ITULAH UBATNYA
No comments:
Post a Comment