al quran- senaskah

hubungi meor - 0125964886 utk membeli

Oct 27, 2009


BIODATA RASULULLAH S.A.W Pepatah Melayu ada mengatakan “Tak Kenal, Maka Tak Cinta”. Demikianlah sikap kita terhadap Rasulullah SAW. Seseorang itu tidak akan menyambut kelahiran Rasulullah SAW jika tiada perasan cinta terhadap baginda. Malahan sesetengahnya langsung tidak mempedulikan Rasulullah SAW, seolah-olah tiada apa-apa keistimewaan dengan kelahiran dan pengutusannya. Menyedihkan lagi, sebahagian daripada umat Islam lebih mengingati kelahiran paderi ‘St. Valentino’ daripada mengingati Rasulullah SAW, lebih mengingati biodata para artis daripada biodata Rasulullah SAW. Beginikah kecintaan kita kepada seorang kekasih dan utusan Allah SWT? Justeru, kami berasa bertanggungjawab untuk memaparkan biodata dan kronologi hidup Baginda SAW untuk tatapan dan ingatan kita bersama agar kita lebih mencintai kehidupan dan perjuangan Rasulullah SAW.

SEJARAH RINGKAS RASULULLAH SAW

Disediakan Oleh: Nor Raihan bin Aziz (Imam BIMB)

BIODATA RASULULLAH SAW

Nama: Muhammad bin ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim

Tarikh lahir: Subuh Isnin, 12 Rabiulawal / 20 April 571M (dikenali sebagai tahun gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Ka’abah)

Tempat lahir: Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah

Nama bapa: ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim

Nama ibu: Aminah binti Wahab bin ‘Abdul Manaf

Pengasuh pertama: Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)

Ibu susu pertama: Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab) Ibu susu kedua: Halimah binti Abu Zuaib As-Sa’diah (lebih dikenali Halimah As-Sa’diah. Suaminya bernama Abu Kabsyah)

USIA 5 TAHUN Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalamnya.

USIA 6 TAHUN Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa’ (sebuah kampung yang terletak di antara Mekah dan Madinah). Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya ‘Abdul Muttalib.

USIA 8 TAHUN Datuknya, ‘Abdul Muttalib pula meninggal dunia. Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.

USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun) Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan. Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.

USIA 20 TAHUN Terlibat dalam peperangan Fijar. Ibnu Hisyam di dalam kitab ‘Sirah’, jilid1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja. Menyaksikan ‘perjanjian Al-Fudhul’; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Mekah.

USIA 25 TAHUN Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah. Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah. Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu. Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.

USIA 35 TAHUN Banjir besar melanda Mekah dan meruntuhkan dinding Ka’abah. Pembinaan semula Ka’abah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Mekah. Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ‘Hajarul-Aswad’ ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.

USIA 40 TAHUN Menerima wahyu di gua Hira’ sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.

USIA 53 TAHUN Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq. Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.

USIA 63 TAHUN Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11H/ 8 Jun 632M.

ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW.

§ Khadijah Binti Khuwailid

§ Saudah Binti Zam’ah

§ ‘Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar)

§ Hafsah binti ‘Umar (anak Saidina ‘Umar bin Al-Khattab)

§ Ummi Habibah Binti Abu Sufyan

§ Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah)

§ Zainab Binti Jahsy

§ Maimunah Binti Harith

§ Safiyah Binti Huyai bin Akhtab

§ Zainab Binti Khuzaimah (digelar ‘Ummu Al-Masakin’; Ibu Orang Miskin)

ANAK-ANAK RASULULLAH SAW

1. Qasim

2. Abdullah

3. Ibrahim

4. Zainab

5. Ruqaiyah

6. Ummi Kalthum

7. Fatimah Al-Zahra’

ANAK TIRI RASULULLAH SAW

Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah, Khadijah adalah seorang janda)

SAUDARA SESUSU RASULULLAH SAW

IBU SUSUAN SAUDARA SUSUAN

1. Thuwaibah 1. Hamzah

2. Abu Salamah Abdullah bin Abdul Asad

1. Halimah Al-Saidiyyah 1. Abu Sufyan bin Harith bin Abdul Mutallib

2. Abdullah bin Harith bin Abdul ‘Uzza

3. Syaima’ binti Harith bin Abdul ‘Uzza

4. ‘Aisyah binti Harith bin abdul ‘Uzza

BAPA DAN IBU SAUDARA RASULULLAH SAW (ANAK-ANAK KEPADA ABDUL MUTTALIB)

1. Al-Harith

2. Muqawwam

3. Zubair

4. Hamzah ***

5. Al-‘Abbas ***

6. Abu Talib

7. Abu Lahab (nama asalnya ‘Abdul ‘Uzza)

8. Abdul Ka’bah

9. Hijl

10. Dhirar

11. Umaimah

12. Al-Bidha (Ummu Hakim)

13. ‘Atiqah ##

14. Arwa ##

15. Umaimah

16. Barrah

17. Safiyah (ibu kepada Zubair Al-‘Awwam) ***

*** Sempat masuk Islam.

* Ulama’ berselisih pendapat tentang Islamnya.

Sabda Rasulullah SAW:

“Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam syurga.” (Riwayat Al-Sajary daripada Anas)

Oct 26, 2009

di petik dari.....

MENCARI KEBAHAGIAAN 2 (Khusus Untuk Wanita)

Berbahagialah wahai wanita shalehah. Sebab Rasulullah SAW bersabda, “Dunia ini adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita shalihah.” (HR. Muslim, Ahmad, dan An-Nasa’i). Disisi lain berhati-hatilah sebab Beliau SAW juga berpesan tentang fitnah terbesar dari kaum mu, “Tidak ada suatu fitnah (bencana) yang lebih besar bahayanya dan lebih bermaharajalela-selepas wafatku terhadap kaum lelaki selain daripada fitnah yang berpunca daripada kaum wanita.” (H.R. Bukhari, Muslim, Ahmad, at-Tirmidzi, An-Nasa’i dan Ibnu Majah).

  1. Do’a wanita lebih makbul daripada lelaki karena sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda: “Ibu lebih penyayang daripada Bapak dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia.”
  2. Wanita yang solehah itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang saleh.
  3. Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, derajatnya seperti orang yang senantiasa menangis karena takut Allah SWT dan orang yang takut Allah SWT akan diharamkan api neraka keatas tubuhnya.
  4. Barang siapa yang membawa hadiah (barang, makanan dari pasar kerumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedakah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barang siapa yang menyukai akan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail A.S
  5. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya, akan tinggal bersama aku (Rasulullah SAW) di dalam surga.
  6. Barang siapa yang mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggung jawab, maka baginya adalah surga.
  7. Dari Aisyah r.a. “Barang siapa yang diuji dengan sesuatu dari anak-anak perempuannya lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya api neraka.”
  8. Surga itu di bawah telapak kaki ibu.
  9. Apabila memanggilmu dua orang ibu bapamu maka jawablah panggilan ibumu dahulu.
  10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu surga. Masuklah dari manapun pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.
  11. Wanita yang taat pada suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya selama dia taat kepada suaminya dan rekannya (serta menjaga sholat dan puasanya).
  12. Aisyah r.a. berkata, “Aku bertanya pada rasulullah SAW, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?” Jawab baginda, “suaminya.” “Siapa pula berhak terhadap lelaki?” jawab Rasulullah SAW, “Ibunya.”
  13. Perempuan apabila sholat lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya, serta taat pada suaminya, masuklah dia dari pintu surga mana saja yang dia kehendaki.
  14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia kedalam surga lebih dahulu daripada suaminya (10.000 tahun)
  15. Apabila seorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1000 kejahatan.
  16. Apabila seorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah SWT
  17. Apabila seorang perempuan melahirkan anak, keluarlah ia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkan
  18. Apabila telah lahir (anak) lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan dari susunya diberi satu kebajikan
  19. Apabila semalaman (ibu) tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT

AKHLAK DENGAN IBUBAPA

Taat kepada kedua ibubapa dalam semua perkara kecuali yang maksiat (derhaka) kepada Allah dan Rasul.

Bertutur dengan mereka dengan lemah lembut dan beradab.

Berdiri apabila kedua ibubapa masuk atau mendapatkannya.

Mencium tangan keduanya pada waktu pagi dan petang atau pada waktu-waktu lain yang munasabah.

Sentiasa menjaga kehormatan dan harta keduanya.

Memuliakan keduanya dan memberikan apa yang diminta oleh keduanya.

Berbincang dengan keduanya dalam apa jua perkara sekalipun.

Mendoakan dan memohon keampunan bagi mereka.

Sekiranya mereka didatangi tetamu, hendaklah anak-anak duduk di pintu, sentiasa memerhati keduanya, kalau-kalau mereka memberi isyarat supaya mengambil sesuatu dengan diam-diam (tidak diketahui tetamu).

Melakukan kerja-kerja yang menyenangkan hati keduanya, walaupun mereka tidak menyuruhnya.

Tidak meninggikan suara samada di belakang atau di hadapan mereka.

Tidak memotong perbualan mereka.

Tidak keluar dari rumah tanpa izin keduanya.

Tidak melakukan sesuatu yang boleh memeranjatkan atau mengejutkan mereka ketika mereka sedang tidur.

Tidak lebih memuliakan isteri dan anak-anak daripada keduanya.

Tidak menghina keduanya jika mereka melakukan kerja-kerja yang tidak menyenangkan.

Tidak ketawa berlebihan (berdekah-dekah) di hadapan mereka.

Tidak memakan makanan yang dihidangkan untuk keduanya.

Tidak memanjangkan tangan untuk mencapai makanan di hadapan mereka.

Tidak tidur atau berbaring, sementara ibubapa sedang duduk melainkan mendapat izin dari keduanya.

Tidak menjulurkan kaki di hadapan mereka.

Tidak masuk sebelum mereka masuk, dan tidak berjalan di hadapan (mendahului) mereka.

Menjawab panggilan keduanya seberapa segera yang boleh.

Memuliakan sahabat-sahabat mereka, baik ketika mereka masih hidup atau setelah mereka mati.

Tidak bersahabat atau bergaul dengan orang-orang yang tidak taat dan derhaka kepada kedua ibubapa mereka.

Selalu mengucapkan doa kepada keduanya terutama sekali jika keduanya telah mati, sebagaimana maksud firman Allah di dalam al-Quran: Tuhanku, kasihanilah mereka sebagaimana mereka telah mendidik aku pada masa kecil.

"sentiasa berusaha untuk mendekatkan diri pada Allah SWT."

4 TANDA HAMPIR KEPADA ALLAH
  1. Di antara tanda cinta hamba kepada Allah yang paling tinggi dan utama ialah kesediaannya untuk mengikut apa jua yang dibawa oleh Rasulullah SAW, samada berbentuk perkataan, perbuatan, akhlak dan mengasihi baginda SAW. Allah SWT berfirman

Maksudnya;

“ Katakanlah wahai Muhammad!, jika kamu benar-benar mengasihi Allah, maka ikutilah daku. Nescaya Allah akan mengasihimu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan ingatlah , Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.”

(Ali Imran : Ayat 31)

Rasulullah SAW telah bersabda dalam sebuah hadis

Maksudnya;

“ Cintailah Allah kerana nikmat yang telah dikurniakan olehNya kepada kamu dan cintailah aku (Rasulullah SAW) kerana cintakan Allah, serta cintailah ahli kelurgaku kerana cintakan daku. (Riwayat Tirmizi)

Seorang ahli pujangga dan sasterawan Arab menyatakan;

“ Sekiranya mereka mendakwa bahawa mereka benar-benar cintakan Allah, Maka katakan kepada mereka bahawa: ‘Antara tanda cinta seseorang kepada Allah yang paling hebat ialah Dia menyintai kekasihNya (Rasulullah SAW),

2. Kecintaan hamba terhadap sifat-sifat Allah yang mulia. Rasulullah SAW telah mengutuskan seorang lelaki di kalangan sekumpulan tentera. Lelaki itu ditugaskan untuk menjadi imam solat dan dia diminta untuk membaca surah al-Ikhlas dalam setiap rakaat kedua solatnya. Apabila kumpulan tentera tersebut kembali ke Madinah, mereka telah mengadukan perkara tersebut kepada Rasulullah SAW. Lalu baginda menyatakan :

“ Tanyalah kepada lelaki tersebut mengapakah beliau berbuat demikian?”.

Lalu mereka menemui lelaki tersebut dan bertanya kepadanya mengenai perkara tersebut. Lelaki itu menjawab:

“Aku suka membaca surah al-Ikhlas tersebut” (kerana di dalamnya banyak memaparkan sifat-sifat Allah).

Apabila para sahabat memberitahu Rasululah tentang jawapan lelaki tersebut, maka Rasulullah bersabda:

“ Beritahu lelaki tersebut bahawa Allah mengasihinya.”

3. Kesukaan dan keasyikan hamba dalam mengingati Allah SWT. Sabda Rasulullah SAW;

Maksudnya;

“ Tanda cintakan Allah ialah mengingati Allah (zukrullah) dan tanda Allah murka kepada hambaNya ialah apabila dia tidak suka (benci) untuk mengingati Allah.”

(Riwayat al-Baihaqi)

4. Sukakan pertemuan dengan Allah. Di dalam salah satu hadis Qudsi Allah menyatakan bahawa;

Maksudnya;

“Apabila seorang hamba suka untuk menemui Aku, maka Aku akan suka untuk menemuinya dan apabila dia benci untuk menemui Aku, maka Aku juga benci untuk menemuinya.” (Riwayat Bukhari)

Namun begitu Allah telah memberikan syarat kepada mana-mana hamba yang ingin menemuinya berdasarkan firmanNya;

Maksudnya:

“ Barangsiapa yang mengharapkan pertemuan dengan Tuhannnya, maka hendaklah dia mengerjakan amal soleh dan janganlah dia mempersekutukan Allah dengan sesiapa juapun sewaktu dia melakukan amal ibadah tersebut.” (Al-Kahfi : 110)

RACUN DAN PENAWARNYA



apa yang ada di dunia ada pro dan kontranya.yang tersirat dan tersurat.cuma kita perlu memilih dan mentaksirkan sekonyong2nya.antara yang di petik:

DUNIA ITU ADALAH RACUN DAN AKHIRAT ITULAH PENAWARNYA

mengapa kita perlu bimbang kalau anda tidak mendapat kemewahan atau kesenangan di dunia kerana sesungguhnya kita akan terhindar daripada keracunan yang tida ubatnya


KATA-KATA YANG SIA-SIA ITU ADALAH RACUN, MAKA ZIKRULLAH (لا إله إلا الله) ITULAH UBATNYA

banyak bercakap yang sia-sia sebenarnya kita telah meracuni diri anda sendiri..banyakkan mengigati ALLAH


HARTA ITU ADALAH RACUN, MAKA ZAKAT ITULAH PENAWARNYA

Anda mempunyai harta yang melimpah ruah atau berlebihan dari keperluan maka segeralah dibasuhi kerana jika tidak.. kotoran itu akan makin banyak dan menjadi daki.. dan jika daki itu kian banyak.. akan menjadi racun yang merosakan diri anda..


UMUR ITU ADALAH RACUN, KETAATAN ITULAH UBATNYA

jika umur kita sentiasa diisi dengan ketaatan kepada Allah, maka sebenarnya anda sedang mengekalkan kesihatan anda.seharusnya kita ingat jika ketaatan tiada maka kita sedang dalam ke arah membina kolestrol, darah tinggi, kencing manis dan penyakit jantung terhadap diri anda- analogi malahan lebih teruk


BULAN-BULAN ITU ADALAH RACUN, RAMADHAN ITULAH UBATNYA

berpuasa di bulan Ramadhan banyak manfaatnya.jika menghayati akan membawa ke ramadhan seterusnya.ku tangisi pemergian mu ramadhanku




"Ada banyak kata "hijau" di dalam ayat-ayat
Al-Qur'an dan menjelaskan akan keadaan penghuni
jannah ataupun segala yang ada disekelilingnya,
berupa kenikmatan, suasana, kesenangan, ketenangan
jiwa. Kita mendapati di dalam surat Al-Rahman:

"Mereka bertelekan (bertelekan: tiduran
menyamping, tubuh lurus, dengan salah satu
tangannya dilipat dan telapak tangannya menyangga
kepala -pent) di atas bantal-bantal yang hijau dan
permadani yang indah"
(QS. Al-Rahman: 76)

"Mereka mengenakan pakaian sutra halus yang hijau,
dan sutra tebal, serta dipakaikan gelang dari
perak kepada mereka. Dan Rabb mereka memberi minum
mereka dengan minuman yang suci"
(Q.S. Al-Insan: 21)

"Mereka mengenakan pakaian sutra halus yang hijau
dan sutra tebal" (Q.S. Al-Kahf: 31)

Salah seorang pakar psikologi, Ardatsham, mengatakan

"Sesungguhnya pengaruh warna terhadap manusia
sangat besar, dan saya pernah melakukan sejumlah
penelitian dan menjelaskan bahwa warna berpengaruh
terhadap kejiwaan dan semangat serta vitalitas
kita; merasa panas; atau dingin; atau nyaman; atau
bahagia; bahkanbisa berpengaruh terhadap
kepribadian seseorang dan berpengaruh terhadap
menyikapi kehidupan.

Dan warna bias menjadi sebab relung jiwa yang
dalam terpengaruh dengannya. Sebuah rumah sakit
pernah mengundang sejumlah pakar untuk memberikan
saran bagi warna dinding ruang pasien atau warna
dinding rumah sakit, sehingga bisa banyak membantu
dalam mengobati mereka. Rumah sakit juga meminta
saran tentang warna yang terbaik untuk pakaian
pasien. Sejumlah percobaan telah membuktikan bahwa
warna kuning bisa membangkitkan semangat di syaraf
pusat. Adapun warna ungu bisa membangkitkan
ketenangan.

Adapun warna biru, maka orang yang melihatnya akan
merasa dingin.
Sebaliknya, warna merah maka orang
akan merasa panas atau gersang. Dan para pakar
tersebut mengatakan bahwa warna yang bisa
membangkitkan kebahagiaan, gembira, bersemangat
hidup (bergairah) adalah warna hijau.

Oleh karena itu, warna yang utama dan sesuai untuk
kamar atau ruang operasi, pakaian para ahli bedah
dan pakaian pasien adalah warna hijau. Sebuah
pengalaman unik akankami kemukakan di sini bahwa
ada sebuah pengalaman yang terjadi di London,
Inggris, di kawasan Black Fryer yang dikenal
dengan "kawasan bunuh diri" karena mayoritas
kejadian bunuh diri banyak terjadi di kawasan ini.
Kemudian diadakan perubahan warna dari warna gelap
gurun ke warna hijau metalik. Denganhal ini
ternyata terjadi penurunan jumlah kejadian bunuh
diri dengan sangat signifikan. Warna hijau juga
bisa menjadikan pandangan mata nyaman.

Sumber:

Kitab: Ma'a Al-Thib fii Al-Qur'an Al-Karim,

dari. Abdul Hamid Diyab, dari. Ahmad Qarquz,
Mu'assasah Ulum Al-Qur'an, Dimasyq.

Islamic Calendar

Islamic Calendar

Lagu Dulu-Dulu

Lagu Dulu-Dulu

Herman Tino

Herman Tino

salah satu nye


ISRAEL LAKNATTULLAH!!!!!
bangun la kita semua untuk menentang musuh islam yg jahanam...
dari sehari ke sehari akan ku paparkan yg lebih tersirat

ALLAHUAKBAR!!!!!
next fix
Saturday 31st October 2009
Arsenal(0) v Tottenham Hotspur(4) --utk perhatian pian kedah and mubin
12:45Emirates Stadium

Bolton Wanderers v Chelsea15:00Reebok Stadium


Burnley v Hull City15:00Turf Moor

Everton v Aston Villa15:00Goodison Park

Fulham v Liverpool15:00Craven Cottage

Portsmouth v Wigan Athletic15:00Fratton Park

Stoke City v Wolverhampton Wanderers15:00Britannia Stadium

Sunderland v West Ham United15:00Stadium of Light

Manchester United v Blackburn Rovers17:30Old Trafford


saksikan perubahan tahta epl .......

MANCHESTER UNITED

liv vs MAN U

ni yg gua panazzzzz....liv kalau xmain jahat mesti x sure.ade ke patut main mcm tu?
jahat.kl nak menang pun jangan la mcmni...buat susah je.dgr kata ni``

Manchester United manager Sir Alex Ferguson
"Liverpool were the better team and I am not taking anything away from them at all. They deserved to win the game as it was a disappointing performance from us. We were not good enough. Last season we lost at home 4-1 to Liverpool which was a travesty but we went on to win the league."

- Sir Alex Ferguson

saja nak jaga hati big 4...


line semalam(boring Betul)



Van der Sar



O'Shea(xmasuk pun xpe)



Ferdinand



Vidic



Evra



Valencia



Carrick



Scholes



Giggs



Berbatov



Rooney(sepatutnye penuh main)







simpanan







Foster



Neville



Evans



Nani
(74)(sepatutnye FT)



Anderson



Da Silva















ketenagan di saat kecelakaan


setiap org ada caranya.yg paling penting adalah terhadap pencitaNYA.aku sering kali gagal dan alpa terhadap tuntutan ALLAH.perkara yg kecil pun aku tidak boleh lakukan.apatah lagi yg wajib dan sunat.lebih kerdil jiwa ini dihadapan setiap pelakuan.aku redha dgn setiap yg berlaku.aku tidak mampu lg menyalahkan dan mencari alasan,cukuplah untuk ku perbaruhi diri ini menjelang hari2 mendatang.akan kucari ketenangan......

suaramu

jauhari

permata asli zamrud columbia untuk di maharkan kepada sesiapa yg berminat dan mengenalinya.kira2 dalam 2-3 karat.sesuai untuk koleksi peribadi dan ilmu.cantik tersemat di jari untuk khasiat cincin.(maaf kaedah fotografi kurang memuaskan)boleh menghubungi meor-0125964886 untuk di maharkan..

hiburkan hati

zahin yg serius sesekali tersenyum membuat hatiku terusik.setelah penat menghenjut buaian yg akan menjadi indikator kebangkitan setelah berhenti bagi zahin.lapang dada melihat anak yg baik budiperkerti ini.walaupun byk masalah di hadapi olehku..
zarif...sentiasa riang lagi lapang.abang yg berada di atas dasar nya yg tersendiri.sekali melangkah terus melangkah .banyak perkara di lakukan untuk mencari kebenaran.penghibur di kala senang dan susah.26/10/09

Oct 15, 2009

Oct 14, 2009

SeLAmaT Hari JAdi ZARIF



























7/9/09=============== 2 tahun





















Dengan penuh kesyukuran aku mengucapkan selamat hari jadi pada anak sulungku.....







moga elok perangai dan tingkahlaku seperti ahli sufi dan para-para ulamak.













DI hari JAdimu....