Dunia islam telah di landa satu cabaran yg besar masakini.pelbagai ancaman dan strategi jitu dari pihak yahudi dan musuh2 ALLAH.sampai al - Quran yg maha suci pun di persendakan.masyaALLAH.Seruan Mufti Perak dato’ Harrussani agar semua umat Islam bangkit dengan segenap kekuatan (bil quwwah) untuk menjawab serta menyelesaikan kekeliruan ramai berkenaan hukum ‘jihad’ dan pertahanan dalam Islam adalah satu yg baik.umat islam harus berani mengatakan ini haram dan ini wajib.perbetulakan solat dan saf terlebih dulu. kita cuba lihat paradigma umat islam terlebih dulu di malaysia.stigma tu jgn cakap la.adakah adat atau sunah ugama yg di utamakan?jauh tersimpang dr nas-nas islam tu sendiri.pelbagai forum atau dialog yang tiada berfaedah di war-warkan.kononnye islam harus begini dan begitu tanpa membetulkan diri sendiri terlebih dahulu. ancaman liberalisme di malaysia akan sama seperti indonesia dalam masa 10 atau 15 tahun lagi.hakikatnya berlaku sedikit demi sedikit sekarang.``Pada asalnya liberalisme hanya diperkata dalam hal ekonomi kerana tokoh falsafah barat telah mengasaskan satu paradigma baru iaitu kapitalisme. Kapitalisme adalah suatu permikiran yang bertunjangkan liberal (bebas dari kongkongan kerajaan dan gereja). Bermula juga peperangan terhadap budaya lama, ekonomi lama, politik lama, cara beragama yang lama serta mengkritik beberapa warisan tradisi mereka sendiri. Pada asalnya hanya memandang budaya perhambaan sebagai suatu yang keji, mereka terus mengorak langkah berlebihan iaitu terus memerangi sebarang warisan nenek moyang mereka termasuk agama. Bagi mereka sekular adalah positi''kata Tokoh Kristian Indonesia.pelbagai anasir yang sedang dan akan melanda umat islam.kita harus sedar dan bersedia dgn segera ...dipetik dari satu laman blog''''
Di Malaysia mungkin belum lagi menjadi seperti di Indonesia yang jelas bertuhankan Islam Liberal. Barat mengklasifikasikan ajaran Abdurrahman Wahid dan Nurkholish Madjid sebagai ajaran yang akomondasionisme, Pembaharuan Islam, progresif dan Liberal. Maka muncullah satu aliran rangkaian penganut Islam munafiq yang berteraskan liberalisme.
Ada penulis atau pemikir tertentu yang menentang sistem kapitalis dan ajaran liberalisme agama atas nama menentang liberal sebaliknya seolah mengajak masyarakat ke arah sistem komunis, sosialis dan seumpamanya. Tokoh ala syiah yang pro komunis ditampilkan, tokoh ekonomis haluan kiri dipamerkan. Sedar atau tidak mereka sebenarnya mempromosikan liberalisme! Komunis dan sosialis juga adalah golongan liberal malahan lebih dahsyat lagi. Mereka kononnya tidak liberal dalam ekonomi kerana menjaga ekonomi dan hak rakyat, sebaliknya mereka menentang agama, kononnya memperjuangkan hak asasi manusia dunia, serta bertuhankan akal! Bukankah itu Maha Liberal?''
Liberalisme selalu menentang sistem kenegaraan yang didasarkan pada hukum agama.Sekularisasi Malaysia yang membawa liberal daripada barat.
Siapakah yang mensekularkan budaya di Malaysia? Malaysia bermula dengan adanya tanah Melayu dan Borneo. Penjajahan British yang begitu lama telah meninggalkan kesan terutama melalui medium pendidikan. Apabila budaya sekular mulai memasuki ruang kosmo orang Islam, mereka mula ingin mempersoal ketuanan istana yang pada asalnya menjadi penaung agama Islam dan ulama’. Mereka mula menganut fahaman kapitalisme dan mula memusuhi budaya ekonomi Islam yang turun temurun. Wang ringgit mula berpusat kepada nilai kertas kosong sejak sahaja kuasa hegemoni British teralih kepada Amerika Syarikat.
wah penah otak dah ni.di lain kesempatan akan ku ceritakan isi hatiku buat umat tercinta
demi islam agama agung
ALLAHHUAKBAR....
No comments:
Post a Comment