al quran- senaskah

hubungi meor - 0125964886 utk membeli

Jun 30, 2009

KELUARGA di hari konvo uitm 09

Dari belakang:aku la(meor zahirin),anak 1st gua(meor muhamad zarif),isteriku(samac haslinda),norazliani,irma wirdana,jasmei nurhuda,kamarul sayuti.
barisan depan:abg-abg(muhd haziq fikri),irma.wirzana,bapak mentuaku(hj razalli hasan),mak mentuaku(hajah dumba khodijah),muhd shahrul faisal,fazlin qistina
Yang tersembunyi : ajim dan meor muhamad zahin
bayangkan sepuluh tahun lagi keluarga kami.......

meor muhamad zahin





Di hari 2hb jan 2009,lahirla seorang lagi zuriat aku.Di ciptakan ALLAH anakku seorang lelaki.ALHAMDULLILLAH.isteriku diberi kemudahan untuk melahirkan dengan mudah dan selamat.Ku azankan dengan penuh rasa kesyukuran dan terasa kerdil diri ini di hadapan ALLAH.YA ALLAH tempatkanlah aku dan keluarga ku di tempat yang engkau redhai.....

meor muhamad zarif






sekeping gambar menceritakan sejuta memori.kalau la aku dapat meneka apa di fikiran nya,pasti seronok jiwanya.ku doakan anak ku menjadi seorang anak yg lebih baik dan soleh daripada aku kepada mak bapak ku.


semoga di muliakan oleh ALLAH SUBHANALLAHUTAALA.....

kesuburan islam haruslah di semai


Dunia islam telah di landa satu cabaran yg besar masakini.pelbagai ancaman dan strategi jitu dari pihak yahudi dan musuh2 ALLAH.sampai al - Quran yg maha suci pun di persendakan.masyaALLAH.Seruan Mufti Perak dato’ Harrussani agar semua umat Islam bangkit dengan segenap kekuatan (bil quwwah) untuk menjawab serta menyelesaikan kekeliruan ramai berkenaan hukum ‘jihad’ dan pertahanan dalam Islam adalah satu yg baik.umat islam harus berani mengatakan ini haram dan ini wajib.perbetulakan solat dan saf terlebih dulu. kita cuba lihat paradigma umat islam terlebih dulu di malaysia.stigma tu jgn cakap la.adakah adat atau sunah ugama yg di utamakan?jauh tersimpang dr nas-nas islam tu sendiri.pelbagai forum atau dialog yang tiada berfaedah di war-warkan.kononnye islam harus begini dan begitu tanpa membetulkan diri sendiri terlebih dahulu. ancaman liberalisme di malaysia akan sama seperti indonesia dalam masa 10 atau 15 tahun lagi.hakikatnya berlaku sedikit demi sedikit sekarang.``Pada asalnya liberalisme hanya diperkata dalam hal ekonomi kerana tokoh falsafah barat telah mengasaskan satu paradigma baru iaitu kapitalisme. Kapitalisme adalah suatu permikiran yang bertunjangkan liberal (bebas dari kongkongan kerajaan dan gereja). Bermula juga peperangan terhadap budaya lama, ekonomi lama, politik lama, cara beragama yang lama serta mengkritik beberapa warisan tradisi mereka sendiri. Pada asalnya hanya memandang budaya perhambaan sebagai suatu yang keji, mereka terus mengorak langkah berlebihan iaitu terus memerangi sebarang warisan nenek moyang mereka termasuk agama. Bagi mereka sekular adalah positi''kata Tokoh Kristian Indonesia.pelbagai anasir yang sedang dan akan melanda umat islam.kita harus sedar dan bersedia dgn segera ...dipetik dari satu laman blog''''

Di Malaysia mungkin belum lagi menjadi seperti di Indonesia yang jelas bertuhankan Islam Liberal. Barat mengklasifikasikan ajaran Abdurrahman Wahid dan Nurkholish Madjid sebagai ajaran yang akomondasionisme, Pembaharuan Islam, progresif dan Liberal. Maka muncullah satu aliran rangkaian penganut Islam munafiq yang berteraskan liberalisme.

Ada penulis atau pemikir tertentu yang menentang sistem kapitalis dan ajaran liberalisme agama atas nama menentang liberal sebaliknya seolah mengajak masyarakat ke arah sistem komunis, sosialis dan seumpamanya. Tokoh ala syiah yang pro komunis ditampilkan, tokoh ekonomis haluan kiri dipamerkan. Sedar atau tidak mereka sebenarnya mempromosikan liberalisme! Komunis dan sosialis juga adalah golongan liberal malahan lebih dahsyat lagi. Mereka kononnya tidak liberal dalam ekonomi kerana menjaga ekonomi dan hak rakyat, sebaliknya mereka menentang agama, kononnya memperjuangkan hak asasi manusia dunia, serta bertuhankan akal! Bukankah itu Maha Liberal?''

Liberalisme selalu menentang sistem kenegaraan yang didasarkan pada hukum agama.

Sekularisasi Malaysia yang membawa liberal daripada barat.

Siapakah yang mensekularkan budaya di Malaysia? Malaysia bermula dengan adanya tanah Melayu dan Borneo. Penjajahan British yang begitu lama telah meninggalkan kesan terutama melalui medium pendidikan. Apabila budaya sekular mulai memasuki ruang kosmo orang Islam, mereka mula ingin mempersoal ketuanan istana yang pada asalnya menjadi penaung agama Islam dan ulama’. Mereka mula menganut fahaman kapitalisme dan mula memusuhi budaya ekonomi Islam yang turun temurun. Wang ringgit mula berpusat kepada nilai kertas kosong sejak sahaja kuasa hegemoni British teralih kepada Amerika Syarikat.

wah penah otak dah ni.di lain kesempatan akan ku ceritakan isi hatiku buat umat tercinta

demi islam agama agung

ALLAHHUAKBAR....

perjalanan yg masih jauh dan berliku


nafas pertamaku......
ni la 1st photo yg gua dan tangkap sesudah di azankan ..MEOR MUHAMAD ZAHIN.
ALHAMDULLILLAH SYUKUR ....


2nd photo i take.
dia umpama kain putih sejernih air mata ibunya.SUBHANALLAH kebesaran ALLAH.


3rd PHOTO
THIS IS THE KEBESARAN ALLAH MAHA PENCIPTA...
anak gua is very cool after the azan... memahami dan terus memahami.




terlalu indah kata-kata mu YA ALLAH YA RAHIM
Mencari dan terus mencari.inginkan susu pertama.di ciptakan manusia sebaik-baik kejadian.tanpa perlu diajar terus mencari sumber susu.kolostrum adalah susu pertama yg keluar dr ibu.ini yg penting dan banyak khasiat.memberi perlindungan kepada bayi.anak gua mencari sepandainye lalu menghisap dan syukur dari tuhan.tidurnye sesudah kenyang

semua gambar ini menceritakan segala-galanye......

satu yg paling indah dalam hidup ini.anak gua kena gunting rambut.muka tension je...1st pengalaman dia.biar dia rasa..anak gua MEOR MUHAMAD ZARIF

TU DIA anak kesayangan gua no 2.hero gak.baru masuk 6 bulan pada 2hb 7 ni.heabt gak dia ni.no stop crying...uwek.uwek....nama dia MEOR MUHAMAD ZAHIN...moga anak2 gua sihat sejahtera dan menjadi pemimpin islam terulung.. seperjalanan untuk ke rumah dari umah kak ani (pengasuh anak gua )....bukan mai riang lagi anak gua.yg panas mama dia...hahaha.kena layan kerenah anak gua.seorang isteri yg tabah dan baik...ni baru dua hero..nantikan kemunculan heroin gua..INSYAALLAH