al quran- senaskah

hubungi meor - 0125964886 utk membeli

Jan 22, 2013

ibunya memberi nama AHMAD

Allahhummasallialasaidinamuhammad.

Saat kelahiran nabi kita,bapanya Abdullah berangkat ke syiria membawa barangan dagangan.tp bapanya sakit dalam perjalanan pulang,lalu meninggal di yatsrib.sbb kerana abdullah meninggal pasa masa yang relatif muda,ia tidak meningalkan byk warisan.ibunya aminah bergusar gelisah mengenangkan anak yg dilahirkan bakal yatim.masa di tunggu hampir tiba.maka masa mulia kelahiran nabi,seluruh alam bergembira bersyukur.datuknya Abdul muthalib mengangkat nabi lalu di bawa mengelilingi kaabah.sangat gembira!!!
lalu di beri nama mulia,MUHAMMAD.terlebih dahulu ibu nabi telah memberi nama AHMAD.
perihal nama AHMAD ini sudah di tulis terlebih dahulu daLM INJIL DAN TAURAT.
paling agung MUHAMMAD & AHMAD di sebut didalam AL QURAN.

Jan 21, 2013

saat kelahiran kekasih ALLAH.

assalamualaikum semua.selawat dan salam kepada nabi kita.
nabi muhammad s.a.w. amat istimewa.diciptakan sebagai pesuruh ALLAH dan menyampaikan kepada umat islam.zahirnya amat hebat.batin luar biasa.kita sering menceritakan ttg perjuangan nabi.tp kita kenal tak nabi?kita cinta tak nabi?apa cerita2 dan kisah2 sedih nabi?
pertama ttg kelahiran nabi:sy permudahkan ...

BILA dilahirkan : pada pagi-pagi hari Isnin dalam bulan Rabi'ulAwwal, tahun yang pertama dari tahun     
                                                                                                                      gajah bersamaan  dengan 20 atau 22April tahun 571 Masihi.
DI MANA                      : dilahirkan di rumah Abu Thalib di dalamperkampungan Bani Hasyim


BUKTI KENABIAN : runtuhnya sepuluh balkon istanaKisra, dan padamnya api yang biasa disembah              

                                                                                                                                              orang-orang Majusi serta runtuhnyabeberapa gereja di sekitar Buhairah.








IBU SUSUAN  : Tsuwaibah hamba  Abu Lahab
                                                                                                          Halimah As-Saadiah
SAUDARA  SUSUAN   :      Hamzah,      Abu Salamah Abdullah bin Abdul Asad,Abu Sufyan bin Harith     bin                      Abdul Mutallib,Abdullah bin Harith bin Abdul ' Uzza,Syaima ' binti Harith bin Abdul ' Uzza,


 

ada menceritakan Ibnu Saad meriwayatkan, bahawa ibu Rasulullah SAW berkata, "Setelah bayikukeluar, aku melihat cahaya yang keluar dari kemaluanku, menyinari istana-istana diSyam." Ahmad juga meriwayatkan dari al-Arbadh bin Sariyah, yang isinya serupadengan perkataan tersebut.

 

Jan 18, 2013

selepas jumaat - cinta nabi

" Wahai orang-orang yang beriman, sekiranya kamu membantu agama Allah, nescaya Allah akan membantu kamu dan meneguhkan kedudukanmu"
 
 
 
 
 
 
selawat ke atas nabi wahai semua umat.nabi yg kita cintai amat2 di rindui.
tp apa yg kita lakukan utk nabi kita?apa tahap dan target kita dlm merindui nabi muhammmad s.a.w.? ku damba cinta mu ya rasulullah...
betoi kata2 ALLAH kepada kita :Allah menyebut, "Wahai Nabi, sesungguhnya Kami mengutus kamu sebagai saksi (kepada umatmu) dan pembawa berita gembira (kepada orang beriman) serta pemberi amaran (kepada orang ingkar) dan juga penyeru (umat manusia seluruhnya) kepada agama Allah dengan petunjuk yang diberikan-Nya dan lampu yang menerangi." (surah al-Ahzab: 45-46)
 
tengok apa ALLAH kata? nabi membawa berita gembira.apa kegembiraan itu?kita(umat nabi muhammad) amat bertuah kerana mendapat rahmat dr ALLAH.kegembiraan di mana agama paling sempurna di turunkan kepada kita.agama yg bersinar lagi menerangi manusia.nabi membawa ajran yg mutlak.ajaran yg lengkap.betapa besarnya pengorbanan nabi kita.di ajarnya kita islam,ehsan,iman.
seharusnya kita generasi muda,mengenali IKON ini dgn searkab mungkin.kita boleh saja kenal artis2,bintang2 sukan,pemimpin dunia dan lain2 dgn amat mudah,namun ttg nabi junjungan kita!!!! nama ibu2 susuan dan tarikh2 penting pun kita x nak belajar dan ingat.wallahualam.Menurut riwayat, setelah Muhammad dilahirkan disusui oleh ibunya hanya beberapa hari saja, Tsuaibah menyusui 3 hari setelah itu disusukan kepada Halimah Sa’diyah istri Haris dari kabilah Banu Saad.saya menyeru sempena hari lahir nabi tahun ini(1434H),  khususnya generasi muda supaya mengenali Nabinya, mengetahui latar belakangnya, melahirkan rasa cinta sekaligus menurut jejak langkahnya.agar kita mendapat syafaatNYA nanti kelak di akhirat.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Jan 10, 2013

tahukah anda?

apakah ini?
 

insyaallah akan ana ceritakan di lain post.komen dan berilah pandangan.

tu dia !!!! PERAK punye lauk sudah mari..



SEMOGA BERJAYA PERAK ..
tahniah kepada penyokong2 perak di lumut
teman caya mike semua boleh menang besor punye.x kuat mana depe tu!!! azraai psti mmbuat congakkan bagi mencari formula untuk merobek gawang darul takzim.org lama ni..maybe taktik cam gini:
 ada beberapa perkara yg harus diambil berat oleh pemain2....
DTFC... mgamalkan corak 3-5-2.... menggunakan 3 orng pertahnan adalah 1 tektikal yg memerlukan 2 orng midfil yg brstamina tinggi.. jika dilihat... hanya del nero je yg kuat stamina.. tetapi beliau lebih pada serangan... so... mungkin.. perak boleh memasukkan pemain yg mempunyai speed yg tinggi pada spa...ruh masa kedua.. disaat pemain tengah DTFC telah keletihan.. itu yg dilakukkan tok gajah.. dan memulakan counter attck dri sebelah tepi kerana boleh menarik pemain pertahanan mereka ke bahagian tepi.. so.. perthanan tengah mungkin menjadi 1 atau 2 orng shaja... lg 1.. sewaktu coner.. gunakan rafael sebagai setup ball kepada karim atau hadi.. kerana pemain2 defend yg kental sperti muslim n azmi akan block die dri melonjak ke hadapan.. die mungkin dpt ball tinggi. tp xblh buat tndukkan padu ke gol sbb di block.. so... gunekan die sbgai setup ball... :D

-viva KEJOR YOB KEJOR 2013-
AJE 6969


tuan coach yg update !!!! good jobs








 


Jan 9, 2013

VIVA KEJOR YOB KEJOR 2013


SKUAD 2013
tahun ini di harapkan kebangkitan skuad seladang.
tahun yg dapat menaikkan minat aku utk kembali ke stadium.
takde byk yg aku nak komen,kita tgk dah lihat sahaja dulu.



komen :
-fuh!!! goal sendiri je...xpe2 ini adalah 1st step tk bergelar juara.
-awang import? hampeh lg.belum menyerlah dan kurang impak
-impian dan harapan : amat besar bagi aku,agar SEMANGAT itu ada kembali

go!! VIVA KEJOR YOB KEJOR !!!!

-AJE 6969-

Jan 7, 2013

BUAT KAJIAN BYK SIKIT .......




Satu penyelidikan atas tabiat manusia mengatakan bahawa secara tabiatnya, manusia sering mencari jalan atau penyelesaian yang mudah dan singkat untuk sesuatu masalah berbanding dengan memikirkan cara yang lebih sukar dan panjang.
Buktinya, boleh dilihat ramai yang terjerumus dalam skim-skim cepat kaya dimana ingin penyelesaian masalah kewangan yang cepat dan kononnya mudah.

APA KATA TRY BELI EMAS PULAK!!!!!
CALL 0125964886(MEOR) UTK EMAS ANDA.

serapkan semangat jihad...

biodata as-Syahid Sheikh Ahmed Yassin


 
 
 
 
 
 
 
Syeikh Ahmad Yassin telah dilahirkan di sebuah kampung bernama al-Jora, daerah Majdal di dalam wilayah Asqalan (Ashkelon) pada tahun 1938. Dia telah dibesarkan di sana sehingga tahun 1948 ketika pendudukan pengganas Yahudi ke atas bumi Palestin, dia dan keluarganya dipaksa berhijrah ke Semenanjung Gaza.

Membesar sebagai seorang pelajar yang cemerlang di dalam pelajarannya beliau amat disayangi oleh guru-gurunya ketika berada di sekolah. Beliau juga merupakan seorang ahli sukan yang aktif di zaman persekolahannya. Di zaman mudanya beliau telah ditimpa kemalangan, di mana beliau telah terjatuh ketika sedang beriadah yang menyebabkan beliau mengalami lumpuh pada bahagian kakinya.

Keadaannya yang lumpuh itu tidak mengahalang beliau untuk meneruskan kecemerlangannya di dalam bidang pelajaran dan juga aktiviti-aktiviti islam. Pada tahun 1964 beliau telah melanjutkan pelajaran di Universiti Ain Shams di Kaherah. Pengajiannya di universiti tersebut walaubagaimanapun tidak sampai ke hujungnya apabila beliau telah dipenjarakan selama sebulan oleh pihak berkuasa Mesir kerana penglibatannya dengan pertubuhan Ikhwan Muslimin pada tahun 1966. Lebih dahsyat lagi beliau telah dihantar pulang ke Gaza oleh pihak berkuasa Mesir tanpa sempat menamatkan pengajiannya. Ujian yang getir ini tidak sedikit pun membunuh semangatnya untuk terus bergerak aktif dalam pertubuhan tersebut untuk memperjuangkan islam dan dakwah islamiyyah.

Kepulangannya ke Gaza telah menyaksikan bagaimana beliau bergerak aktif memperjuangkan islam sebagai guru bahasa Arab dan juga khatib di masjid Gaza. Dalam tempoh yang singkat sahaja beliau telah menjadi terkenal di kalangan penduduk Gaza dengan khutbah-khutbahnya terutamanya selepas pendudukan rejim Zionis ke atas Gaza pada tahun 1967.

Selain daripada dua tugas utama tersebut, Semenanjung Gaza juga telah menyaksikan jasa Ahmad Yassin sebagai pekerja kebajikan dan juga pendakwah yang gigih mendidik anak-anak remaja dan para pemuda dengan didikan islam. Hasil dari usaha tersebut sekitar tahun 1969 dan 1970 pertubuhan Ikhwan Muslimin telah berkembang hebat di kawasan Gaza. Hasilnya pada tahun 1973 dengan bantuan anggota pertubuhan tersebut, Syeikh Ahmad Yassin telah berjaya menubuhkan sebuah pertubuhan kebajikan yang menjaga kebajikan pelarian-pelarian Palestin yang diberikan nama Mujamma al-Islam.

Usahanya tidak terhenti setakat itu sahaja. Memandangkan keadaan di Palestin lebih memaksa umat islam di sana untuk berjihad, beliau dan beberapa anggota Ikhwan Muslimin yang lain telah menubuhkan sebuah gerakan jihad yang dinamakan sebagai al-Mujahidun al-Filastiniyun pada tahun 1982 sebagai kesinambungan perjuangan Kataib Syuyukh yang mengambil wasilah jihad sebagai landasan perjuangan mereka. Bagi Ahmad Yassin kelumpuhan dirinya tidak menghalang dirinya dari usaha mendidik dan membina generasi mujahidin Palestin untuk berhadapan dengan penjajah Zionis yang telah menjajah bumi mereka dan juga Masjid al-Aqsa.

Pada tahun 1983, ketika beliau menjawat jawatan sebagai pengarah Pusat Islam di Gaza, beliau telah ditangkap dan dipenjarakan oleh pihak rejim Zionis diatas tuduhan memilki senjata api dan cuba untuk menggugat kerajaan Zionis Israel. Dia telah dijatuhkan hukuman penjara selama 13 tahun melalui mahkamah tentera Israel, namun pada tahun 1985 hasil dari proses pertukaran tawanan di antara pihak PLO dengan rejim Zionis, beliau telah dibebaskan setelah menjalani hukuman penjara selama 11 bulan.

Melihatkan kepada keadaan negara-negara Arab yang tidak lagi berminat untuk memerdekakan bumi Palestin dan Masjid al-Aqsa, begitu juga dengan gerakan PLO yang semakin bersikap lunak terhadap rejim Zionis, Yassin dan juga rakan-rakannya di dalam pertubuhan Ikhwan Muslimin telah menubuhkan gerakan pembebasan islam yang dikenali sebagai HAMAS pada tahun 1987. HAMAS telah memulakan corak baru penentangan cara baru, iaitu dengan mengadakan demonstrasi jalanan dan pertempuran secara bersemuka dengan pihak tentera Zionis. Kebanyakan ahli pergerakan ini dihasilkan dari masjid-masjid dari kalangan orang-orang muda yang dikenali dengan nama Atfal Hijarah (Kanak-kanak Batu) kerana menggunakan batu untuk berhadapan dengan tentera Zionis. Penentangan yang mempunyai impak yang besar terhadap rejim Zionis ini dikenali sebagai Intifadah. Kesan dari Intifadah ini amat hebat, pihak tentera Zionis terpaksa mengambil tindakan-tindakan drastik sebagai tindak balas terhadap kemaraan gerakan HAMAS.

Sebagai natijahnya, pada bulan Ogos 1988 pihak tentera Zionis telah merobohkan rumahnya dan membuangnya ke sempadan Lebanon. Tidak cukup sekadar itu sahaja, pada 18/5/1989 beliau bersama ratusan anggota pergerakan HAMAS yang lain telah dipenjarakan kerana kejayaan operasi-operasi yang telah dilancarkan oleh gerakan tersebut dalam usaha membunuh tentera-tentera dan komando-komando Israel. Sekali lagi mahkamah tentera Israel pada 16/10/1991 telah menjatuhkan hukuman 15 tahun penjara ke atas Syeikh Ahmad Yassin di atas sembilan pertuduhan yang disabitkan ke atasnya, termasuk tuduhan membunuh, menculik dan juga menyerang tentera-tentera Zionis.

Kesan dari penahanan tersebut beliau telah mengalami lumpuh seluruh tubuh kecuali kepalanya sahaja. Beliau juga mengalami kehilangan penglihatan mata kanannya dan juga kekaburan penglihatan pada mata kirinya selain daripada masalah pendengaran akibat tekanan dan penderaan yang dikenakan ke atasnya. Sepanjang tempoh itu juga beliau dihidapi jangkitan pada paru-parunya dan pada abdomennya. Keadaan kesihatannya yang semakin parah itu telah memaksa pihak penjara terpaksa membawanya berulang-alik ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Pada 13/12/1992 kumpulan komando HAMAS yang dikenali sebagai Kataib al-Qassam telah berjaya menculik seorang tentera Zionis dan menawarkan pertukaran tawanan dengan pihak rejim. Mereka menawarkan pertukaran di antara tentera tersebut dengan pembebasan Syeikh Ahmad Yassin dan beberapa tawanan HAMAS lain yang sakit dan yang telah berumur. Pihak rejim Zionis walaubagaimanapun menolak permintaan tersebut malah cuba menyerbu masuk ke rumah di mana tenteranya ditawan dengan harapan untuk membebaskannya. Percubaan mereka gagal, tentera Zionis yang ditawan itu mati dibunuh berserta dua tentera Zionis yang lain dan juga tiga pejuang Palestin telah mati syahid di tempat kejadian. Kejadian tersebut berlaku di Bir Nabala berdekatan dengan kota Baitul Maqdis.

Pada 1/10/1997, hasil dari perundingan pertukaran tawanan di antara kerajaan Jordan dengan rejim Zionis, Syeikh Ahmad Yassin telah berjaya dibebaskan. Kerajaan Jordan yang telah berjaya memberkas dua orang anggota perisikan rejim Zionis ketika mereka gagal dalam percubaan untuk membunuh ketua biro politik HAMAS, Khaled Mishaal di Amman, Jordan. Demi untuk mendapatkan kembali dua perisik tersebut, pihak rejim Zionis telah bersetuju dengan tawaran yang diberikan oleh mendiang raja Jordan, Raja Hussin yang meminta Syeikh Ahmad Yassin dibebaskan.

Sejurus pembebasannya Syeikh Ahmad Yassin kembali memainkan peranannya sebagai pemimpin agama bagi gerakan HAMAS yang semakin mendapat tempat di hati rakyat Palestin dan juga semakin digeruni oleh rejim Zionis. September 2000 telah menyaksikan tercetusnya Intifadah kali kedua selepas perdana menteri rejim Zionis, Ariel Sharon telah mencemarkan Masjid al-Aqsa bersama 200 tenteranya. Sekali lagi Syeikh Ahmad Yassin telah berjaya membangkitkan rakyat PAlestin untuk bangun berjuang menentang kegilaan rejim Zionis. Impaknya amat besar kepada rejim Zionis. Kerugian harta dan nyawa yang dialaminya adalah yang paling teruk dalam 50 tahun penubuhan Negara haram Israel. Penentangan berlaku tiap-tiap hari tanpa menunjukkan rasa menyerah kalah. Hasilnya pelbagai usaha dilakukan oleh pihak rejim demi mengekang kemaraan rakyat Palestin. Antaranya menyerang bandar-bandar, membunuh orang awam, membina tembok pemisah, membunuh pejuang-pejuang Palestin dan pemimpin-pemimpin mereka.

Hasil dari kegilaan tersebut, beberapa pemimpin pejuang Palestin telah berjaya menemui syahid dibunuh oleh rejim Zionis dengan menggunakan jet pejuang, helikopter dan juga kereta kebal mereka. Antaranya Salah Shahadah, Ismail Abu Shanab dan lain-lain lagi. Syeikh Ahmad Yassin juga tidkak terlepas dari usaha jahat tersebut, seperti yang berlaku pada 6/9/2003 bilamana sebuah helikopter Apache milih tentera Zionis telah membedil dan merobohkan rumah Ahmad Yassin, mujurlah beliau selamat dan hanya mengalami kecederaan ringan di tangan kanannya. Begitu juga apa yang dialami oleh Abdul Aziz Rantisi, orang nombor dua HAMAS yang telah dibedil keretanya ketika beliau di dalam perjalanan.

Namun, pada subuh 22/3/2004, mereka sekali lagi menyerang Syeikh Ahmad Yassin ketika beliau dalam perjalanan pulang dari masjid setelah selesai solat subuh secara berjemaah. Tiga buah roket telah dilancarkan ke atas Syeikh yang lumpuh itu telah berjaya mengorbankan diri Ahmad Yassin dan empat yang lain termasuk anaknya.

Semoga Allah Taala mencucuri rahmat kepada roh para syuhada yang bermati-matian berjuang menegakkan kebenaran agama Allah Taala di bumi Palestin. Semoga Allah Taala memberikan roh jihad yang sama kepada kita umat islam dalam memperjuangkan kewujudan khilafah islamiah agar umat islam tidak lagi ditindas seperti hari ini. Ya Allah, semoga Allah mempercepatkan kewujudan kekhalifahan islamiah, amin....
 
KATA-KATA HIKMAH 
 
 
"...kamu mungkin boleh membunuh
 batang tubuh As-Syahid Sheikh Ahmad Yassin, tetapi kamu tidak dapat membunuh semangat jihad beliau yang sedang mengalir di dalam darah setiap perindu syahid muda islam...."

 

Jan 3, 2013

rasai jiwa rumah ALLAH menjelang rindu kepada-NYA


merasai saat2 indah menanti masa bersujud kepadaMU amat2 la mengasyikkan.di rindui saban waktu solat.aku tersentuh bila mula mengambil wuduk lg.alangkah kecik rasanya aku. di rumah ALLAH yg besar ini.persoalan bukan saiz yg aku mahukan,namun amannya didalam masjid / surau.tambah2 saat menanti solat.ALLAHUAKBAR.
sinar dari kubah umpama halwa yg di bisikkan ke hati aku utk terus bertobat dan beramal.tidak cukup sebentar sahaja.kita hendaklah mendahulukan hak ALLAH dari hak dunia.



jadikan ruang udara dlm rumah ALLAH ini satu syukur.dan rasailah nikmat bersyukur kita di letakkan di dunia ini.nikmat bukan utk di bangga tp utk di syukuri.

ayuh!!! kita semua.terutama org2 muda ,capailah saf2 yg di hadapan seterusnya menjadi imam.jgn tunggu sampai kita di sembahyangkan di hadapan imam.TAKBIR!!!!



buatmu ZaHiN


akar usia menjendela puncak,
rabung di tanah tidak di akal,
biar bertamu usir mahupun gusar,
gembira anak di lanjut usia.


SETIAP ANAK ada cerita.di hari2 mendatang ku harap zahin akan menjadi hebat dan terus hebat.soleh dan terus alim.di jaga kini serapi mungkin biar berjasa kelak kelmarin.di isi jati ilmu nabi,bisa menerus agenda jihad.ku menanti dgn kesabaran,sbb kesabaran itu amat manis.ku sabar kerenah nakal mu,biar di jajah riang ketawamu.kekadang cemburumu amat tebal,namun ku tepis berhaluan.matangmu persis dewasa ini.pesan ubaya  : hebat mana zahin di dunia, tuhan jgn dilupa.





Jan 1, 2013

1st new 2013

insyaallah dimurahkan rezeki.amin

salah satu hartanah yg berprospek tinggi utk dijual.laburlah dlm hartanah.
boleh hubungi sy-0125964886(meor)

Mont Tierra Residences, strategically located within the established township of Sungai Ara, Penang. Comprises 44 units of 3-storey terrace houses with typical land area of 20 ft. x 70 ft. Each unit comes with 5 bedrooms and double volume ceiling at dining area.
Property Project : Mont Tierra Residences
Location : Sungai Ara, Penang
Property Type : 3-Storey Terrace
Tenure : Freehold
Total Units : 44
Land Area: 1,400 sq. ft. onwards
Developer : Solid Gold Network Sdn. Bhd.
Contact Number: +604 261-1289
Indicative Price: RM 950,000 onwards