al quran- senaskah

hubungi meor - 0125964886 utk membeli

Oct 28, 2010

SIMPLE TP KESANNYA...

Pagi Jumaat....

Pada setiap Jumaat, selepas selesai menunaikan solat Jumaat, seorang Imam dan anaknya yang berumur 7 tahun akan berjalan menyusuri jalan di kota itu dan menyebarkan risalah bertajuk "Jalan-jalan Syurga" dan beberapa karya Islamik yang lain.Pada satu Jumaat yang indah, pada ketika Imam dan anaknya itu hendak keluar seperti biasa meghulurkan risalah-risalah Islam itu, hari itu menjadi amat dingin dan hujan mulai turun.Anak kecil itu mula membetulkan jubahnya yang masih kering dan panas dan seraya berkata "Ayah! Saya dah bersedia"

Ayahnya terkejut dan berkata "Bersedia untuk apa?". "Ayah bukankah ini masanya kita akan keluar menyampaikan risalah Allah"

"Anakku! Bukankah sejuk keadaan di luar tu dan hujan juga agak lebat"

"Ayah bukankah masih ada manusia yang akan masuk neraka walaupun ketika hujan turun"

Ayahnya menambah "Ayah tidak bersedia hendak keluar dalam keadaan cuaca sebegini"

Dengan merintih anaknya merayu "Benarkan saya pergi ayah?"

Ayahnya berasa agak ragu-ragu namun menyerahkan risalah-risalah itu kepada anaknya "Pergilah nak dan berhati-hatilah. Allah bersama-sama kamu!"

"Terima kasih Ayah" Dengan wajah bersinar-sinar anaknya itu pergi meredah hujan dan susuk tubuh kecil itu hilang dalam kelebatan hujan itu.

Anak kecil itu pun menyerahkan risalah-risalah tersebut kepada sesiapa pun yang dijumpainya. Begitu juga dia akan mengetuk setiap rumah dan memberikan risalah itu kepada penghuninya.Setelah dua jam, hanya tinggal satu saja risalah "Jalan-jalan Syurga" ada pada tangannya. DIa berasakan tanggungjawabnya tidak akan selesai jika masih ada risalah di tangannya. Dia berpusing-pusing ke sana dan ke mari mencari siapa yang akan diserahkan risalah terakhirnya itu namun gagal.Akhirnya dia ternampak satu rumah yang agak terperosok di jalan itu dan mula mengatur langkah menghampiri rumah itu. Apabila sampai sahaja anak itu di rumah itu, lantas ditekannya loceng rumah itu sekali. Ditunggunya sebentar dan ditekan sekali lagi namun tiada jawapan. Diketuk pula pintu itu namun sekali lagi tiada jawapan. Ada sesuatu yang memegangnya daripada pergi, mungkin rumah inilah harapannya agar risalah ini diserahkan. Dia mengambil keputusan menekan loceng sekali lagi. Akhirnya pintu rumah itu dibuka.Berdiri di depan pintu adalah seorang perempuan dalam lingkungan 50an. Mukanya suram dan sedih. "Nak, apa yang makcik boleh bantu?"Wajahnya bersinar-sinar seolah-olah malaikat yang turun dari langit. "Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik. Saya datang ini hanya hendak menyerahkan risalah akhir ini dan makcik adalah orang yang paling bertuah". Dia senyum dan tunduk hormat sebelum melangkah pergi."Terima kasih nak dan Tuhan akan melindungi kamu" dalam nada yang lembutMinggu berikutnya sebelum waktu solat Jumaat bermula, seperti biasa Imam memberikan ceramahnya. Sebelum selesai dia bertanya " Ada sesiapa nak menyatakan sesuatu"

Tiba-tiba sekujur tubuh bangun dengan perlahan dan berdiri. Dia adalah perempuan separuh umur itu. "Saya rasa tiada sesiapa dalam perhimpunan ini yang kenal saya. Saya tak pernah hadir ke majlis ini walaupun sekali. Untuk pengetahuan anda, sebelum Jumaat minggu lepas saya bukan seorang Muslim. Suami saya meninggal beberapa tahun lepas dan meninggalkan saya keseorangan dalam dunia ini" Air mata mulai bergenang di kelopak matanya.

"Pada Jumaat minggu lepas saya mengambil keputusan untuk membunuh diri. Jadi saya ambil kerusi dan tali. Saya letakkan kerusi di atas tangga menghadap anak tangga menuruni. Saya ikat hujung tali di galang atas dan hujung satu lagi diketatkan di leher. Apabila tiba saat saya untuk terjun, tiba-tiba loceng rumah saya berbunyi. Saya tunggu sebentar, pada anggapan saya, siapa pun yang menekan itu akan pergi jika tidak dijawab. Kemudian ia berbunyi lagi. Kemudian saya mendengar ketukan dan loceng ditekan sekali lagi".

"Saya bertanya sekali lagi. Belum pernah pun ada orang yang tekan loceng ini setelah sekian lama. Lantas saya melonggarkan tali di leher dan terus pergi ke pintu"

"Seumur hidup saya belum pernah saya melihat anak yang comel itu. Senyumannya benar-benar ikhlas dan suaranya seperti malaikat". "Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik" itulah kata-kata yang paling indah yang saya dengar".

"Saya melihatnya pergi kembali menyusuri hujan. Saya kemudian menutup pintu dan terus baca risalah itu setiap muka surat . Akhirnya kerusi dan tali yang hampir-hampir menyentap nyawa saya diletakkan semula ditempat asal mereka. Aku tak perlukan itu lagi".

"Lihatlah, sekarang saya sudah menjadi seorang yang bahagia, yang menjadi hamba kepada Tuhan yang satu ALLAH. Di belakang risalah terdapat alamat ini dan itulah sebabnya saya di sini hari ini. Jika tidak disebabkan malaikat kecil yang datang pada hari itu tentunya roh saya ini akan berada selama-lamanya di dalam neraka"

Tiada satu pun anak mata di masjid itu yang masih kering. Ramai pula yang berteriak dan bertakbir ALLAHUAKBAR!

Imam lantas turun dengan pantas dari mimbar lantas terus memeluk anaknya yang berada di kaki mimbar dan menangis sesungguh-sungguh hatinya.Jumaat ini dikira Jumaat yang paling indah dalam hidupnya. Tiada anugerah yang amat besar dari apa yang dia ada pada hari ini. Iaitu anugerah yang sekarang berada di dalam pelukannya. Seorang anak yang seumpama malaikat.Biarkanlah air mata itu menitis. Air mata itu anugerah ALLAH kepada makhlukNya yang penyayang.Panjangkanlah risalah ini. Ingat ALLAH sentiasa menyayangi dan memelihara kamu!

TAKBIR!! ALLAHUAKBAR!

Wassallam


Contoh Surat Perjanjian Sewa Rumah Kediaman -

Oct 27, 2010

1ST STEP

ok la



OK…Bagaimana Caranya.?…

Caranya gini, pada 31 Julai 09 lalu based pada carta, harga emas dah kira rendah tuuu. So saya pun beli Gold Bar 100 gm Public Gold untuk cuba-cuba menyimpan. Kemudian, pada 14 Sept 09, saya pergi pajak Gold Bar 100 gm itu dan saya dapat pinjaman tunai RM8580 dengan upah simpan RM98.23 sebulan. Cuba tengok carta bawah ni, nampak rendahkan harga emas masa tu.

Dengan modal ini, saya beli emas gold bar PG 20gm dan 50 gm pada harga rm2420 dan RM6021 masing-masing, sebagai stok jualan. Boleh tengok contoh Surat Pajak Ar Rahnu Bank Rakyat dipajak pada 14 Sept 09.

Kemudian, pada 10 Oktober, harga dah kira tinggi jugalah berdasarkan pada carta emas, jika saya jualkan balik Gold Bar 100 gm itu pada Public Gold, maka harganya RM11780. Bermakna saya akan dapat balik modal saya RM11276 bersama keuntungan.

Kemudian pula, sebagai agen PG saya telah berjaya menjual balik Gold Bar 20 gm dan 50 gm itu kepada rakan saya dengan harga RM2533 dan RM6304 masing-masing, kedua-duanyanya pada 8 Okt 09. Pada 9 Okt saya pergi tebus semula Gold Bar itu dengan modal hasil jualan itu. Boleh lihat contoh resit tebus emas Ar Rahnu Bank Rakyat;

Jadi, untungkah saya dengan proses Pajak Gadai ini?

OK, jom kita buat kiraan skit, adakah saya untung dengan semua transaksi ini?

1. Keuntungan dari transaksi jual beli Gold Bar 20 gm dan 50 gm ialah;

Untung 20 gm : RM2533 - RM 2420 = RM113

Untung 50 gm : RM6304 - RM6021 = RM283

2. Untung dari Kenaikan Harga Emas Gold Bar 100 gm

Untung 100 gm : RM11780- RM11276 = RM504

3. Komisen jualan oleh Public Gold

4. Tolak kos Upah Simpan Ar Rahnu

Kos simpan : RM81.40

5. Untung Bersih kesemuanya

RM113 + RM283 + RM504 - RM81.40 = RM818.60 + komisen jualan

Jika anda selaku pelabur EMAS sahaja, maka keuntungan anda hasil dari menggunakan Teknik Pelaburan Emas Jangka Pendek ini adalah;

RM504 - RM81.40 = RM422.60

Dalam jangka masa +/- 3 bulan sahaja…duduk diam-diam dapat duit sebab emas naik harga…..he he…..

Jadi ini membuktikan emas mampu menjana pulangan singkat jika kena caranya dan apa kata kali ini kita ubah mentaliti kita jangan jadikan Institusi Pajak Gadai Ar Rahnu sebagai jalan terakhir jika dah terdesak nak pakai wang, sebaliknya jadikan ia tempat untuk kita menjana pendapatan lumayan daripadanya dengan konsep “OPM”.

IHSAN DR SAUDARA SYuKUR jutawanemas.com


So jika saya pun boleh, anda pun boleh juga……contact saya

MEOR-0125964886.

Oct 25, 2010

magis

Rahsia segala rahsia

Menjadi Jutawan Dalam Masa Sebulan

Sekarang nie sibuk semua orang nak jadi kaya dengan MLM. Tak payah jual barang cuma cari downline je dah boleh jadi jutawan. Kaya raya. Duit pakai sampai ke anak cucu pun tak habis. Tapi kami dah jumpa satu MLM yang paling hebat. Tak perlu cari downline, tak perlu jual produk. Dalam masa sebulan kami guarantee anda akan jadi jutawan.
Sila baca artikel ini sepenuhnya untuk mengetahui rahsia menjadi jutawan MLM dalam masa sebulan.

Hari minggu tu hari, aku diajak mendengar satu presentation MLM. Apa yang aku agak berlaku, biasalah MLM ..tepuk! tepuk! Anda Hebat!
Jadi Kali ini tawaran lagi hebat! Tidak perlu push orang, tak perlu cari kaki downline, tak perlu networking marketing, tak perlu maintain bulanan kerana peluang untuk menjadi 'jutawan kekal' ni datang sekali dalam sebulan.


Solat fardhu sendirian diganjarkan oleh Allah swt 1 pahala.
Solat fardhu berjemaah diganjarkan Allah swt 27 pahala
Solat fardhu berjemaah seseorang yang berkahwin 10 kali ganda iaitu diganjarkan oleh Allah swt 270 pahala
Solat fardhu berjemaah seseorang yang berkahwin didalam ramadhan diganjarkan oleh Allah swt 70 kali ganda iaitu 18900 pahala
Solat fardhu seseorang itu tadi 5 kali sehari semalam iaitu diganjarkan oleh Allah swt 94500 pahala
Mari kita tukarkan dalam bentuk RM.
Solat fardhu sendirian diganjarkan oleh allah swt rm 1.00
Solat fardhu berjemaah diganjarkan allah swt rm 27.00
Solat fardhu berjemaah seseorang yg berkahwin 10 kali ganda iaitu diganjarkan oleh Allah swt rm 270.00
Solat fardhu berjemaah seseorang yg berkahwin didalam ramadhan diganjarkan oleh Allah swt 70 kali ganda iaitu rm 18,900.00
Solat fardhu seseorang itu tadi 5 kali sehari semalam iaitu diganjarkan oleh Allah swt rm 94,500.00 satu hari!!!
Pahala solat dalam 30 hari dalam bulan ramadhan rm 2,835,000.00
Wow! Masya allah kita sudah jadi jutawan hanya dalam bulan ramadhan 30 hari Sahaja!!!!
Nabi saw memberitahu sekiranya kita membaca al-quran sebagai contoh Alif Laaaaaam miim, maka allah akan memberikan pahala atas setiapnya. Sahabat pun Bertanya satu perkataan satu pahalakah?
Nabi saw memberitahu lagi bukan begitu, allah swt memberikan pahala Alif 1 pahala Lam 1 pahala dan mim 1 pahala.
Wow!!! Bila kita baca al-quran dalam ramadhan ini dan ditukarkan dalam rm Berapakah jumlahnya?
Bagaimana dengan zikir, sadaqah, solat sunat, zakat,puasa, malam lailatul qadar dan lain-lain lagi?
Sesungguhnya allah swt itu teramat maha pemurah dan maha kaya. Tidak ada Mana-mana perniagaan, pekerjaan, multi level marketing, jutawan internet dan Lain lain dalam dunia yang mampu menawarkan bonus sebanyak ini!!!
Bagaimana dengan anda? Masih nak jadi papa kedana atau jadi jutawan!!!!! Ayuh Ajak keluarga, rakan dan yang lainnya menyertai kami menjadi jutawan jangan Lepaskan peluang ini sebelum terlambat dan tarikh tutup sampai.
Tetapi sedihnya masih ramai kita yang mahu miskin didunia dan miskin di akhirat!
Mengapa?
Alah swt juga mengajar kita bahawa sesungguhnya kita manusia ini senantiasa (diulangi senantiasa) berada dalam kerugian melainkan mereka yang berpesan-pesan dengan kebenaran dan juga di dalam kesabaran.
Tak guna jika kita ada degree ke, jadi akauntan ke, master in business admin (mba) ke, kalau tak tau nak kira untung rugi berniaga dengan Allah swt.
Jadi mari kita lihat siapa yang untung siapa yang rugi!!!!!!
*sesungguhnya rm1.00 tak mungkin sama nilai dengan 1 pahala allah swt. Hanya Allah sahaja yang tahu berapa besar nilainya satu pahala itu. Renungkanlah.

Oct 12, 2010

kenangan

saban tahun keluarga mentua gua pun rutin adalah bergambar di studio di hari raya.tp kali ni lambat sikit sbb yong gua dpt baby baru..sampai studio anak2 kecik memang otai.hanis semua brg studio di terokai depe.letih..dan inilah hasilnyeee

kenangan

saban tahun keluarga mentua gua pun rutin adalah bergambar di studio di hari raya.tp kali ni lambat sikit sbb yong gua dpt baby baru..sampai studio anak2 kecik memang otai.hanis semua brg studio di terokai depe.letih..dan inilah hasilnyeee

Oct 5, 2010

hari raya

banyak perkara dilakukan.1st raya di rumah mak aku.pastu br beraya di rumah mertua.seronok melihat kelibat anak2 dan anak2 buah.semoga bergembira di hari raya...selamat hari raya..