satu kursus di adakan sempena penyakit Tb yang semakin serius.ia di anjurkan oleh Bahagian kawalan penyakit
Aug 24, 2009
kursus qa tb di hotel brisdale kuala lumpur 17-20 aug 2009
satu kursus di adakan sempena penyakit Tb yang semakin serius.ia di anjurkan oleh Bahagian kawalan penyakit
sambungan puasa....
Dari segi bahasa ialah menahan diri daripada melakukan sesuatu seperti makan, minum dan bercakap. Hal ini berbetulan dengan firman Allah s.w.t menceritakan perihal Maryam, melalui Surah Maryam, ayat 26:
Maksudnya: Sesungguhnya aku bernazar diam membisu kerana Allah yang bersifat al‐Rahman.
Dari segi istilah syaraknya pula, puasa ialah menahan diri daripada sebarang perkara yang membatalkannya bermula dari terbit fajar hingga matahari terbenam dengan niat puasa.
Takrif Ramadhan
Ramadhan pada bahasa dengan maksud kepanasan atau batu‐batu kecil yang berada di padang pasir pada musim panas. Ia merupakan satu bulan daripada bulan‐bulan Islam yang berada di antara Sya’ban dan Syawal. Bulan ini ditaklifkan kepada umat Islam berpuasa.
Al‐Syeikh Sya’rawi di dalam al‐Fatawa berkata: Perkataan bulan رهش diambil daripada maksud pemberitahuan dan penzahiran dan kadang‐kadang dinamakan masa yang tetentu sebagai bulan.
Sesungguhnya matahari tidak mampu untuk diketahui berkenaan dengan bulan kerana ia berfungsi hanya untuk menetukan hari. Matahari yang muncul disebelah timur pada hari ini begitu juga akan muncul pada hari esok mengikut sifat dan bentuknya yang sama. Sedangkan bulan dapat dipastikan datang dengan Hilal (anak bulan) pada permulaan kemudian membesar sehingga menjadi bulan mengambang yang penuh hingga kepada kekurangan semula, justeru dapat di bezakan awal, pertengahan dan akhir bulan.
Atas dasar inilah Allah s.w.t mengikat segala amalan ibadat dengan ayat kauniyyah yang zahirah (tanda kekuasaan Allah yang zahir). Ayat di sini ialah anak bulan selepas itu baru di ambil dari matahari hari tersebut kerana anak bulan tidak memberikan kepada kamu kefahaman tentang hari justeru, kita berhajat kepada kedua‐duanya. Dengan sebab itulah sentiasa bermula masa ramadhan dengan malam dan segala ibadat di sini berkenaan dengan ramadhan bahawa malam didahulukan sebagaimana yang ma’ruf (tidak ada khilaf dalam masalah ini bahawa siang hari mendahului malam kecuali pada satu ibadat iaitu wuquf di `arafah. Malam datang selepasnya).
Bulan ramadhan asalnya daripada kalimah ض م ر yang menunjukkan kepada kepanasan atau kepada kepanasan yang membawa kepada dahaga begitu juga pasir‐pasir yang panas di padang pasir. Al‐Qurtubi berkata: Dikatakan dinamakan Ramadhan kerana ia membakar segala dosa dengan amalan yang soleh. Ini kerana diambil dari perkataan ضامرلإا yang bermaksud membakar. Ada pendapat mengatakan kerana hati‐hati dapat mengambil padanya dari
kepanasan mau`izah dan fikrah pada urusan akhirat sebagaimana pasir dan batu menjadi panas dengan sebab panahan cahaya matahari. Seolah‐olah manusia ketika mereka datang untuk meletakkan nama‐nama berbetulan pada ramadhan pada waktu yang panas terik (sebagaimana bulan rabi’ yang pertama dan kedua berlaku dalam musim bunga) ini menunjukkan mereka memerhatikan sifat bulan ketika menamainya, kemudian berlangsungnya masa yang khas bagi orang arab sebagai hilali pada zaman yang am sebagai syamsi. Kemudian datangnya ramadhan pada musim sejuk dan juga datangnya ramadhan pada musim luruh, tetapi saat penamaan adalah pada musim panas, justeru penamaan tersebut berkenaan dengan ramadhan dilihat pada waktu dinamakannya. Seolah‐olah Allah yang sebenarnya telah memilih bagi bulan ini dengan nama yang tersebut untuk menunjukkan betapa masyaqqah untuk ditempuhi oleh orang yang berpuasa.
Pensyariatan Puasa
Puasa bulan Ramadhan telah difardhukan pada bulan Sya’ban tahun ke‐2 Hijrah. Sebelum itu amalan puasa telah pun biasa dilakukan di kalangan umat terdahulu dan ahli kitab yang sezaman dengan Nabi ε. Hal ini berdasarkan firman Allah Ι dalam Surah al‐Baqarah, ayat 183:
Maksudnya: Wahai orang‐orang yang beriman kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang‐orang yang terdahulu daripada kamu supaya kamu bertaqwa.
Sayid Qutub berkata: Demikianlah ayat ini menonjolkan matlamat agung dari ibadat puasa itu iaitu untuk mencapai taqwa. Taqwa itulah yang bersemarak di dalam hati ketika ia mengerjakan fardhu puasa kerana menjunjung perintah Allah dan mengutamakan keredhaan‐Nya. Taqwa itulah yang mengawal hati dari merosakkan ibadat puasa dengan maksiat walaupun maksiat yang berbisik di dalam hati. Orang‐orang yang dihadapkan ayat‐ayat al‐Quran ini kepada mereka memang sedar betapa tingginya maqam taqwa di sisi Allah dan betapa berat timbangannya di dalam neraca Allah Ι. Taqwa itulah matlamat yang ditujukan oleh jiwa mereka, dan ibadat puasa hanya merupakan salah satu alat untuk mencapai taqwa dan salah satu jalan yang menyampaikan kepada taqwa. Oleh sebab itulah ayat ini mengangkatkan taqwa di hadapan mata mereka selaku matlamat yang gemilang yang dituju oleh mereka menerusi ibadat puasa.
Akan tetapi kewajipan berpuasa pada bulan Ramadhan belum disyariatkan lagi ketika itu. Persamaan antara mereka dengan umat‐umat terdahulu adalah dari segi pensyariatan puasa itu sahaja. Kemudian umat Nabi Muhammad s.a.w secara khususnya difardhukan puasa bulan Ramadhan tersebut berdasarkan Surah al‐Baqarah, ayat 185:
Maksudnya: Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah bulan Ramadhan yang padanya diturunkan al‐Quran menjadi petunjuk bagi sekelian manusia dan menjadi keterangan‐keterangan yang menjelaskan petunjuk dan menjelaskan perbezaan antara yang benar dan yang salah. Oleh itu sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadhan atau mengetahuinya hendaklah ia berpuasa bulan itu.
MUQADDIMAH
Lambaian Ramadhan sudah tiba dan Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud: Sesungguhnya telah datang kepadamu bulan Ramadhan bulan yang diberkati, di mana Allah telah mengfardhukan ke atasmu puasa. Dibuka padanya pintu‐pintu syurga dan ditutup padanya pintu‐pintu neraka, ditambat padanya syaitan‐syaitan. Padanya satu malam lebih baik daripada seribu bulan, siapa yang dihalang kebaikannya sebenarnya dia telah dihalang kebaikan yang banyak.
Hadith ini dikeluarkan oleh Ahmad, al‐Nasa`ie daripada Abi Hurairah.
Bersempena dengan kedatangan Ramadhan al‐Mubarak ini, saya mengucapkan selamat menyambut bulan mulia ini,moga amalan di perbanyakan dan direhdai oleh Yang Maha Pencipta.
Info Ka’abah
Di dalam Ka`bah terdapat 3 buah tiang yang dibuat daripada kayu dan besarnya kira-kira ½ meter, berwarna merah kekuningan. Menurut sejarahnya, tiang itu dipasang oleh Abdullah bin Zubair r.a. ketika beliau membangun kembali Ka`bah pada generasi yang kesepuluh pada tahun 64-65H, bertepatan dengan 683M.
Lantai Ka`bah adalah marmar putih dan hanya sedikit yang berwarna lain. Dindingnya marmar berwarna, dihiasi dengan ukiran-ukiran dan pahatan yang indah. Bahagian atas Ka`bah ditutup dengan kain sutera berwarna merah mawar, dihiasi dengan tulisan yang dengan benang putih dan bentuk huruf د(dal) atau angka lapan Arab ( yang ertinya “Mahasuci Allah dan Segala Puji Baginya, Mahasuci Allah yang Maha Agung”.
Di samping itu terdapat bundaran-bundaran yang masing-masing bundaran itu tertulis kata-kata yang ertinya “Wahai yang Maha Penyayang, Wahai yang Maha Kuasa, Wahai yang Banyak KurniaNya, Wahai yang Maha Suci”.
Kain penutup atas Ka`bah (sitarah) dibuat pada zaman pemerintahan Sultan Abdul Aziz Khan pada tahun 1290H. Baik pintu Ka`bah maupun pintu untuk naik ke loteng (sutuh) ditutup dengan kain sutera hitam, disulam dengan benang emas.
Diantara 3 tiang besar dipasang kayu penyangga yang melintang dari utara ke selatan, tingginya kira-kira 2/3 tinggi Ka`bah. Di sana digantungkan beberapa kandil, lampu beraneka ragam dan barang-barang berharga, terbuat dari emas dan perak, hadiah yang diterima Ka`bah sejak zaman dahulu yang sudah merupakan hak milik Ka`bah.
Diriwayatkan bahawa tanduk kibasy milik Nabi Ibrahim a.s. pun dulunya disimpan di dalam Ka`bah. Namun kerana Ka`bah pernah mengalami kebakaran iaitu pada hari Sabtu tanggal 3 Rabiul Awal tahun 64H, maka tanduk kibasy itu telah menjadi abu dan sekarang tidak dapat ditemukan lagi.